pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Archive for April 2010

gravatar

Video Panas dan Sajak Bernafsu

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1) 

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.
 

Tak tahu sebenarnya patut cakap apa. Apapun cuba anda hayati video di bawah ini. Visualnya menarik, lagunya pula sangat sedap didengar.



Ini pula puisi yang saya hasilkan beberapa hari lepas. Saya memang tak pandai buat puisi, jadi puisi yang saya hasilkan ini tak menarik mana.

Ini adalah luahan hati saya sendiri.


PUISI: JANGAN TENDANG HATIKU

Kau dunia,
Makhluk sepertiku juga,
Yang mencipta aku,
Itulah juga Tuhanmu.

Takkan aku berputih,
Walau dihujan ujianmu,
Aku tetap mahu berdiri,
Biar silahmu memakan hati,
Aku bukan pengalah.

Kau dunia,
Helah dan silahmu,
Merenjis wangian bangkai,
Menyolek gadis hodoh,
Memahkota nama keji,
dan pangkat yang terkutuk.

Kau dunia,
Katanya kau jambatanku,
Mana?
Mana rentasanmu?
Kau hanya menyeretku,
Menjadi sesat.

Aku,
Aku ini masih berdiri,
Usai jatuh semalam,
Kali ke seribu.

Kau dunia,
Dengarlah kataku,
Minggirlah kamu,
Aku senang tanpamu.

Tahukah?
Yang kau tendang ini,
Adalah hatiku!

Kutahu kau dan mainmu,
Maka aku ingin terbang,
Mengasing,
Menjauh,
Menggenggamu,
Hanya dengan hujung jari.
_____________________________________________________________________________________

Sebenarnya puisi ini juga merupakan puisi perpisahan saya dengan blog ini. Herm, ayat macam sedih pulak.

Bukannya apa, saya mahu pergi bertapa. Namun bukanlah ke Gua Hira’ seperti yang dilakukan baginda nabi Muhammad , bukan juga ke Jabal Tursina walaupun saya dah ada di Negara yang Jabal ini terletak di sini.

Saya pun tak pasti juga mahu bertapa ke mana. Kalau dapat di Masjid Al-Azhar pun dah cukup.

Dan tak tahu bila pula mahu kembali. Cadangnya sebulan dua. Tapi itu cadangan saya lah. Mungkin lebih cepat, mungkin juga tak balik langsung. Haha~

Yang menentukannya bukan saya, sebaliknya ada suatu kuasa lain yang lebih besar. InsyaAllah.

Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap amal itu dikira dengan niat, dan setiap orang apa yang diniatkan olehnya. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan kepada Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia untuk segala habuannya, dan kerana perempuan kerana hendak menikahinya, maka berhijrahlah dia kepada apa yang dia hijrahkan tadi” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Pesan saya. Marilah sama-sama kita memperbaharui niat kita hidup di dunia ini. Hidup ini adalah untuk mati. Maka persediaan ke situ sangatlah membantu kita.


                                                     semalam genap 7 bulan saya di negara orang


wassalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.

Twitter
Facebook
gravatar

Manusia Muslim, Lihatlah Mereka Ini

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1) 

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.
 

Dalam artikel saya yang lepas, iaitu artikel Jangan Terlalu Fokus Pada Isteri Cantik, saya sebutkan bahawa tanpa mula melangkah, kita tak akan sampai ke mana.


Kemudian malam ini saya menyelak helaian beberapa laman berita dunia. Maka yang saya temui adalah berita ini, Malaysia Islamic party seeks apology over Prophet, dari surat khabar The Independent, UK.

Berita ini berbahasa English, saya kurang faham mengenainya. Namun yang membuatkan saya tertarik adalah kerana terdapat nama Malaysia dan Islam di situ.

Jadi saya terjemahkannya melalui Google Translate,

Boleh baca beritanya di sini.

"Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." al-Anfal ayat 73

Twitter
Facebook
gravatar

Jangan Terlalu Fokus Pada Isteri Cantik

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1) 

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.
 

Ada orang yang matlamat jangka pendeknya untuk tahun ini adalah berkahwin. Ada juga yang mahu lulus peperiksaan dengan cemerlang. Tidak kurang juga yang fokusnya adalah mesti dapat siapkan sebuah novel tahun ini.
                                                       pic by Desert_Rose_by_Laila_Jihad
Yang nampak macam lain sikit, dia berusaha supaya sebelum habis tahun ini, sudah khatam semua kitab yang dikarang oleh Iman Nawawi Rahimahullah.

Namun, semua matlamat, kehendak, keinginan, kemahuan, cita-cita dan yang layak baginya ini tak akan langsai jika fokus kita tidak digerakkan kepada amal.

Bercita-cita mahu beristeri cantik tidak memungkinkan kita berhasil mendapatkannya hinggalah kita bergerak selangkah ke hadapan. 

Contohnya, meminang gadis tersebut.

JANGAN FOKUS PADA HASIL, TAPI LIHATLAH PADA PROSES

Nasihat saya, janganlah terlalu asyik dengan hasil, tetapi lihatlah pada proses.

Nasihat ini sangat mudah difahami.

Ramai di kalangan kita apabila dia melakukan sesuatu, awal-awal yang dipandangnya adalah keberjayaan daripada usahanya. Baru mula berniaga sudah mahu untung lumayan. Mengajar tidak sampai beberapa tahun sudah mahu semua pelajarnya faham.

Apakah semua ini?

Kitakah yang menentukan takdir?

Tentu jawapannya tidak. Yang dinamakan qada’ dan qadar itu berada di dalam genggaman-Nya.

“Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.Surah al-Israa’ ayat 19

BERJAYA SELEPAS CUBA, BUKAN SEBELUMNYA

Ada pakar motivasi berkata, perjalanan beribu batu, bermula dengan langkahan pertama.

Fahamilah bahawa apa pun matlamat dan tujuan yang mahu dicapai. Walau setinggi dan sehebat mana pun, yang terlebih penting dari itu adalah memulakan langkah.

Kerana tanpa memulakan, kita tak akan dapat apa-apa.

“... dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Surah al-Baqarah ayat 195




Twitter
Facebook
gravatar

Video Panas Yang Mesti Ditonton

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani." (surah al-Fatihah ayat 1) 

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu 'alayhi wa sallam penghulu anbiya' dan para rasul. 



Beberapa hari yang lepas, saya ada menulis sebuah artikel yang bertajuk Mencipta Seni Kematian. Saya tidak mahu mengulas semula berkenaan artikel itu, boleh baca artikel tersebut di sini.


Kemudian, pagi ini Allah mempertemukan saya dengan video di bawah ini. 


Video ini saya rasakan sangat hampir maknanya dengan artikel yang saya tulis tempoh hari. Jadi saya masukkan di sini supaya dapat dihayati selalu.


Berkenaan tajuk artikel ini pula hanyalah gimik semata-mata. Cuma ada la jugak yang panas tu. Herm, Bergantung kepada yang tonton lah.





“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).” Surah al-Ankabut ayat 57




p/s: kepada yang selalu lewatkan solat dianjurkan sangat untuk hayati. :)
p/s/s: ada panas-panas tak?

Twitter
Facebook
gravatar

Nasi Hangit Bukan Salah Blog

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani." (surah al-Fatihah ayat 1) 

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu 'alayhi wa sallam penghulu anbiya' dan para rasul. 
Hari ini saya melakukan sedikit kemaskini di blog saya. Walaupun ada beberapa bahan yang dibuang, namun yang ditambah sebagai gantiannya lebih banyak.
Kerana itu saya suka untuk berkongsi bersama anda semua sedikit sebanyak bahan-bahan dan perkara-perkara yang terdapat dalam blog saya yang tak sepertinya ini. Siapa tahu mungkin terdapat faedah berguna yang kita selama ini tak pernah perasan.

TAJUK BLOG DAN TEMANYA


Tajuk blog saya adalah ‘hamba Ilahi bernama Mohd Naimul Firdaus’. Temanya pula saya ambil daripada potongan sajak sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang, sajak Jiwa Hamba, Berpusing roda, beralih masa berbagai neka, hidup di bumi selagi hidup berjiwa hamba pasti tetap terjajah abadi.


Jika diteliti, kedua-dua tajuk dan tema blog ini berkongsi pada perkataan hamba.
Sebenarnya, yang merosak dan mengucar-kacirkan dunia kita sekarang adalah kerana hilangnya perasaan diri sebagai hamba kepada Ilahi. Orang-orang yang seperti ini, yang memenuhi kolam fikir mereka saban waktu adalah keduniaan.
Seluruh kehidupan mereka ditumpahkan kepada mencari keduniaan dan apa-apa yang membawa mereka hebat dan dikenali di dunia ini. Terjadinya pecah amanah dikalangan orang yang diberi tanggungjawab adalah kerana tiadanya perasaan diri dilihat oleh Tuhan.
Seorang anak gagal menunaikan amanah orang tuanya apabila dia gagal membahagiakan mereka. Ibu bapa pula tidak dapat mendidik anak mereka dengan sempurna kerana pengharapan mereka selama ini tidak sepenuhnya digantungkan kepada Allah Yang Maha Kaya.
Begitulah juga para pemimpin, rakyat mereka, dan seluruh manusia amnya, perkara ini tidak akan terjadi jika setiap daripada kita menyematkan perasaan hamba ini dengan baik di jiwa masing-masing.

PAUTAN-PAUTAN DARI LAMAN LAIN


Secara umumnya, laman-laman yang diletakkan mengikut bahagaiannya yang tersendiri ini adalah untuk kemudahan saya mendapatkan info-info dan maklumat-maklumat yang saya rasakan memang penting untuk diri saya dan semua pelawat blog ini.
Rasanya ridak perlu saya terangkan panjang lebar kerana kebanyakan pautan-pautan ini memang dikenali oleh orang ramai. Cumanya kalau masih ada yang belum kenal dengan blog Dari Anjung al-Atrak, Langit Ilahi dan Faisal Yusup, cuba anda lawati selepas ini terutamanya ke laman web Langit Ilahi. Saya yakin anda tidak akan berasa rugi selepas berkunjung ke sana.
Untuk perhatian semua pembaca, di atas bahagian artikel saya terdapat satu kotak kosong yang saya letakkan tajuk cuba taip maklumat yang mahu dicari.... Di ruang ini kalau ada yang masih belum tahu, sebenarnya anda boleh mendapatkan banyak bahan yang berguna.
Taip sahaja apa bahan yang ingin didapatkan, maka akan keluar senarai yang berkaitan dari laman-laman dan pautan-pautan yang disediakan di blog saya. Anda juga boleh memilih laman dari bahagian mana mengikut kesesuaian bahan yang ingin dicari.

BANNER BLOG SAYA

Pada awalnya saya teragak-agak untuk membuat dan meletakkan banner blog saya ini. Maklumlah, saya ini bukanlah siapa-siapa untuk memiliki sebuah banner blog supaya dikenali ramai orang.


Namun bila difikirkan semula saya rasa tidak ada salahnya untuk saya membuat dan menyebarkannya pula. Saya tidak berfikir perbuatan saya ini sebagai satu perbuatan yang tidak baik walaupun tidak dinafikan mungkin akan ada kesan-kesan negatif dan keburukan daripadanya.
Kerana itu, sesiapa yang rasa bersetuju dengan pernyataan saya ini saya galakkan untuk ambil banner blog ini dan lampirkan di blog anda. Siapa tahu dengannya kita dapat memperoleh manfaat walaupun sedikit.
Penat saya buat banner ini, khusyuk betul sampai terlupa masak nasi sampai hangit! Kwang2x

MAHU MENJADI HAMBA

Yang saya harapkan daripada pembinaan blog ini adalah supaya pembumian amal kita sebagai seorang hamba dapat disebarluaskan. Sekurang-kurangnya jika orang lain tidak dapat mengambil manfaat, cukuplah jika saya sendiri yang merasakannya.
Saya ingin dalam kehidupan saya ini, saya dapat menjadi seorang hamba yang sebenar kepada Tuhan saya.
Tuhan saya yang Maha Sempurna ini, walaupun saya sering terlupa kepada-Nya, namun Dia tidak pernah lupa kepada setiap hamba-Nya.
Moga rahmat-Nya yang luas tidak bertepi dan keampunan-Nya yang besar melebihi segala kebesaran itu tidak diharamkan daripada kehidupan saya.
Ya Allah, bantulah aku dalam menjadi seorang hamba-Mu.

"Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." al-Anfal ayat 73

Twitter
Facebook
gravatar

My Time is Running Out!

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1) 

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.
 


“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian” Surah Al-‘Asr ayat 1-2.

Twitter
Facebook
gravatar

For Myself, The Others terpulang

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.


Artikel ini saya tulis untuk diri saya, seorang hamba yang bernama Mohd Naimul Firdaus bin Abd Latib. Orang lain tak baca pun tak apa.

Dan kali ini, saya tak kisah menulis panjang kerana artikel ini memang untuk saya.




YANG HANYUT DALAM DOSA

Saya ini, yang selalu menghiaskan roh saya dengan kehodohan dan menjadi sangat buruk adalah maksiat kepada Allah. Yang menyebabkan hati saya hitam dan kotor juga ini, maksiat yang hanyir dan berlekit-lekit.

Akhirnya, saya jadi jauh dari khusyuk kepada-Nya. Solat saya jadi hanyut, bacaan al-Qur’an saya banyak lalai, tiada sebarang penghayatan. Ibadah-ibadah saya semua jadi hancur. Rosak dan musnah begitu saja.

Semuanya kerana ini, dosa-dosa maksiat yang menggelapkan.

Mengenangkan dosa-dosa dan maksiat ini, saya selalu mengajak mata saya menangis. Namun saya tidak mampu. Hati saya memang kotor. Pancaran iman dan suluhan takwa masih malap di hati saya.

Saya selalu lupa bahawa Allah yang Maha Penyayang itu, suatu hari Dia akan melepaskan kemarahan-Nya tanpa dapat ditahan.

Murka dengan semurka-murkanya.



YANG MAHU REDHA ALLAH

Sebenarnya, yang paling saya mahu dalam seluruh kehidupan saya adalah kebahagiaan. Kebahagiaan semasa hidup di dunia, juga kebahagiaan apabila hidup di akhirat yang kekal, abadi.

Yang saya tahu, mendapat kebahagiaan hanyalah selepas mendapat redha Allah. Tanpanya, kebahagiaan, kesenangan, keamanan yang disebut-sebut hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak kukuh.

Namun, mahu dapatkan redha ini saya rasakan sukar betul. Hendak buat perkara yang hujungnya terletak redha Allah ibarat menggenggam bara api, mahu dilepas ia jatuh terpadam, terus dipegang tentulah membakar tangan.

Sahabat-sahabat nabi yang mulia, ulama-ulama salaf dan khalaf, malah tokoh-tokoh yang terkini juga, mereka akan benar-benar gembira apabila tikaman pedang-pedang tajam menebusi dada dan memutuskan tengkuk mereka.

Yang mati akibat kepala dibenam peluru-peluru pistol tidak bermata, dan yang berakhir nyawa di tali gantung, mereka ini menghadiahkan kita dengan hadiah yang sangat mahal, iaitu sebuah senyuman yang membakar.

Semua itu kerana mereka mendapat nusrah daripada Allah. Jalan hidup mereka tersuluh cerah. Mereka nampak dengan jelas bahawa syurga dan redha Allah sedang menantikan ketibaan mereka.

Akhirnya mati menjadi penghubung yang menyambungkan mereka dengan kecintaan mereka itu.

Seperti yang saya sebutkan, motivasi mereka adalah redha Sang Pencipta.

Mereka itu tahu bahawa bahagia hanya selepas redha Dia.



YANG MELIHAT HATI

Saya ini,yang saya dapat sebutkan adalah periharalah hati. Lunakkan dan gemburkanlah (kalau perlu gempur) supaya hati menjadi bersih semula.


Hati saya ini adalah tempat dipandang Allah, saya percaya itu.

Seluruh amalan saya, setiap satunya dikira hanya selepas hati saya tepu dengan ikhlas. Yang disalut riyak, atau yang terpalit sombong, malah yang disentuh bangga, semua ini apabila saya persembahkan di hadapan Dia, pasti tidak lagi bermakna.

Hanya kosong dan tiada apa yang tinggal.

Saya takut sebenarnya. Walaupun di dasar hati saya terdapat harapan bahawa Allah itu memang Maha Pengampun, tapi itu tidak bermakna saya boleh bermain-main dengan Dia!

Dengan amalan yang mahu ditunjukkan kepada manusia, dan yang dilakukan untuk kelebihan dunia, semua itu menghilangkan nilaian-nilaian Allah. Seolah-olah saya ini bermain-main dengan suruhan-Nya.

Dan saya mahu sebut lagi, hati yang saya selalu lupa jaga ini, inilah tempat dipandang Allah.



DIRI SAYA INI

Yang di atas ini adalah untuk diri saya. Saya khaskan kepada jasad saya yang sedang memandu kenderaan amal, sebagai pengendali nafsu yang selalu merosak, untuk membawa roh menemui Tuhan-Nya.


Sebab itu saya kata orang lain tak baca pun tak apa.

Saya ini tidak seperti baginda nabi. Baginda Muhammad sallallaahu ‘alayhi wasallam di akhirat nanti menangis teresak-esak kerana risaukan tentang umatnya. Yang baginda sebut-sebut di akhir nafas baginda juga tentang mereka inilah, umatnya yang selalu lupa kepadanya.

Saya pula hanya pentingkan diri saya. Jika saya dapat selamat di akhirat nanti, saya sudah rasa bahagia. Peduli apa dengan orang lain. Mereka juga sedang sibuk dengan kecintaan mereka.

Cuma yang saya kisahkan, mereka ini ada yang beriman. Mereka percaya kepada tuhan sebagaimana saya percaya. Mereka kasih kepada baginda nabi sepertimana saya kasih kepada baginda. Jadi saya mahu mereka selamat juga.

Bersama saya untuk menikmati bahagia.



SAYA MAHU KELUAR

Akhirnya, yang mahu saya sebut juga, saya mahu keluar dari dunia ini. Apa jalan pun saya tak kisah lagi. Yang penting saya dapat keluar.


Dunia ini banyak meresahkan saya. Kecintaan saya yang patut ditumpahkan kepada Dia, akhirnya tertumpah kepada dunia.

Kepada dunia, kamu dengar sini, saya bosan dengan kamu. Saya hendak keluar. Saya harap kamu jangan ganggu saya lagi.

Bolehkah begitu?

Gilakah saya kalau bercakap dengan dunia?

Jawapannya tidak. Saiyidina Ali Karamallah Wajhah juga pernah menghalau dunia. Bezanya dunia datang kepada beliau dengan rupa manusia, saya ini dunia datang tanpa merupai sesiapa, tetapi dengan rupanya yang sebenar.

Wajah dunia yang sebenar tetapi saya selalu buat-buat tidak kenal.

Dunia, kalau kamu tidak mahu pergi, saya yang akan menjauh dari kamu.

Dengan seluruh daya saya (kalau ada), dipimpin petunjuk ilmu dan rahmat Allah.


“... sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),” (surah at-Talaaq ayat 2)

“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah at- Talaaq ayat 3)

Twitter
Facebook
gravatar

Cerita Pancutan Mani

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.


KISAH AIR MANI



Setiap manusia, permulaan kejadian mereka hanyalah dari setitis mani yang kotor. Kotorlah, mana ada orang suka-suka mahu minum air mani. (kecuali dalam sesetengah kes??)

Hakikat ini telah kita ketahui melalui pendidikan sains yang diajarkan di sekolah-sekolah. Yang tidak bersekolah juga tahu.

Malah perkara ini juga telah disebut dalam kitab al-Qur’an sejak 1400 tahun lebih yang lalu.

“Dari air mani diciptakannya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab..” (surah 'Abasa ayat 19)




LUPA KEPADA MANI, LUPA JUGA KEPADA PENCIPTA

Namun, para manusia ini apabila mereka boleh berfikir dan diberi sedikit ilmu, malah yang tidak berilmu juga, mereka menjadi lupa diri.

Lupa yang asalnya diri mereka itu hanyalah dari beberapa titis mani yang jika mani itu tumpah di mana-mana, tiada siapa pun yang mahu mengutipnya kembali.

Lupa kepada yang mencipta mani, juga yang mencipta mereka, Allah itu sentiasa memerhati mereka.

Lupa juga bahawa mereka itu diperhati untuk diberi balasan di kemudian hari.

Mereka ini apabila dipanggil untuk menghadap kepada Allah, mereka berlengah dari bersegera kepada-Nya.

Walaupun seruan itu adalah seruan yang mengajak ke arah kebaikan, kecemerlangan, kejayaan, dan semua kemuliaan, mereka tetap berlengah.

Saya hairan betul dengan manusia-manusia ini. Seruan itu sudah sangat jelas menyebut ‘marilah menuju kejayaan’, tapi mereka masih tidak mahu bersegera.

Saya terfikir, jika manusia tidak mahu segera dengan kejayaan, mahu segera kepada apa?

“(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?” (Surah Al-Waaqi'ah ayat 58)

Nasihat saya, kita jangan angkuh sangat.



p/s: perbincangan tentang ayat al-Qur’an yang mengajar cara membuat roti canai terbang disambung pada artikel akan datang.

Twitter
Facebook
gravatar

Islam dan Roti Canai Terbang

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.


Orang beriman, mereka percaya Al-Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah. Dari sebesar-besar perkara seperti pentadbiran negara dan pembangunan masyarakat hinggalah kepada hal-hal yang kecil seperti penjagaan haiwan ternakan, semuanya diajar di dalam kitab perundangan Islam iaitu Al-Qur’an.

Firman Allah:

“... dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.” Surah an-Nahl ayat 89.


Roti canai pula adalah salah satu dari beratus-ratus jenis makanan yang ada dalam dunia masakan. Dengannya Allah memberikan kita tenaga untuk kita meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini.

Membuatnya tidaklah mudah. Hanya segelintir dari kalangan manusia sahaja yang mampu.

Namun, persoalannya sekarang wahai orang beriman yang mengakui agama sebagai sistem hidup yang membawa berjaya, pada ayat manakah di dalam Al-Qur’an yang menceritakan tentang cara membuat roti canai terbang?

Apa kata sesiapa memberikan pandangan tentangnya.



Akan bersambung..

Twitter
Facebook
gravatar

Mencipta Seni Kematian

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

MATI DEKAT SANGAT

Kata ulama, jangan tertipu dengan usia muda kerana mati itu tidaklah syaratnya tua. Dan jangan juga tertipu dengan kesihatan tubuh kerana bukanlah sakit saja syarat menyambut ajal.

Kita ini yang salahnya kita selalu tetapkan dalam hati kita begini:

‘Aku ini muda lagi, mesti lambat lagi akan mati. Baru umur 20 tahun, sekurang-kurangnya ada 30 tahun lagi.’

Ataupun kita fikir macam ini:

‘Aku sekarang ini kan masih sihat. Badan pun tak ada sakit-sakit, takkan dah nak mati pulak’.

Sampaikan kita terfikir agaknya malaikat maut itu tersilap kalau mengambil nyawa kita yang sihat sejahtera ini.

Patutkah macam itu?

SENI KEMATIAN


Bila kita sedar yang matinya kita ini tak perlukan syarat, maka di sinilah peluang kita. Peluang untuk memilih cara kita mati.

Sahabat saya sebut ‘seni kematian’.

Seni kematian ini sangat menarik. Memang sangat menarik.

Caranya mudah sahaja. Siapa-siapa pun akan dapat, insyaAllah.

Kerana seni kematian ialah kaedah kita memilih cara kita mati.

Begini, ada orang yang hidupnya dilumuri palitan maksiat, maka matinya juga kerana jijiknya kotoran itu.

Kaki judi, akhirnya mati akibat dibunuh lantaran tidak membayar hutang kerana kalah judi. Kaki rempit, matinya pula di jalan raya akibat kemalangan.

Kaki perempuan, kaki botol dan kaki-kaki lain pun sama. Agaknya kaki rokok dan kaki filem dan drama Korea pun termasuk sekali.

“Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.” Surah Al-Baqarah ayat 95.

CIPTA SENI YANG KITA MAHU



Yang selalu kita laungkan adalah syahid di jalan Allah. Itulah seni kematian yang kita mahukan.

Maka jika kita mahu seni kematian kita namanya syahid, maka bergeraklah.

Bergeraklah ke arah mati yang syahid di jalan Allah.

Pada saya syahid ini maksudnya bukan mesti mati berperang dengan orang kafir. Bukan mesti perlu tadah tengkuk di medan perang sahaja baru dikira syahid.

Tapi pada saya syahid juga adalah orang yang berjuang untuk memastikan kalimah Allah di tempat yang tertinggi.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Musa al-Asy’ariy, bahawa ada seorang lelaki mendatangi Rasulullah saw lalu berkata:

“Ada seorang lelaki berperang kerana ingin mendapatkan ghanimah, ada pula yang berperang untuk diingat (kemasyhuran), dan ada pula yang berperang supaya kedudukannya tinggi; lantas siapa orang yang benar-benar berjihad di jalan Allah? Rasulullah saw menjawab, “Siapa saja yang berperang untuk meninggikan kalimat Allah, maka ia benar-benar berjihad di jalan Allah.”Hadis riwayat Muslim


Jihad kita pelbagai. Apa cara yang mampu, maka di situlah kita berjihad.

Jihad kan asalnya dari perkataan arab, maknanya bersungguh-sungguh. Jadi, siapa bersungguh-sungguh untuk meninggikan kalimah Allah, maka itulah jihad.

Kata kuncinya sungguh-sungguh di jalan Allah.

Boleh kan macam ini?

SOAL MATI TAK AKAN HABIS

Sahabat-sahabat, mati ini perkara pasti.

Kita tak akan jumpa orang yang tak mati sampai bila-bila. Yang ramainya kita jumpa mati tiba-tiba.

Jadi marilah kita bersiap. Mana tahu kita mati hari ini.

Bukannya saya doakan mati hari ini. Tapi inilah kebenarannya.

Mati itu pasti, dan kedatangannya pula bila-bila masa.

Soal mati hanya akan habis bila kita sudah mati.



“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).” Surah al-Ankabut ayat 57

p/s: ikuti juga penambahannya di sini.

Twitter
Facebook
gravatar

Puisi - Lautan Maaf Sang Pencipta

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Sehari dua ini, hati rasa gundah. Tenang dan tenteram menjauh.

Mungkin kerana banyaknya dosa, lantas hati berasa tidak kena.

Ya Allah.. ampunkan salah hamba-Mu ini.

Apapun, mari hayati puisi ringkas,

LAUTAN MAAF SANG PENCIPTA

Dosa-dosa yang menggunung,
Mari kita teggelamkannya,
Dengan taufan doa,
Dan goncangan insaf,
Ke dalam lautan maaf,
Yang dasarnya tidak dijumpai,
milik Sang Pencipta.



"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami..." (Surah Al-baqarah ayat 286)

Twitter
Facebook
gravatar

Bersiap di Atas Jambatan


“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”
(surah al-Fatihah ayat 1)

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.


MELALUI JAMBATAN. PANJANG KAH?



Kamu yang membaca, sekarang ini kita sedang berada di dunia. Namun, tiada siapa dapat memastikan kita akan berada di sini sehingga bila.

Kerana dunia ini sementara.

Bukankah dunia ini ini jambatan?

Hala tuju kita yang sebenar bukan di sini.

Dunia ini hanyalah sebuah daerah sempit untuk kita mengutip bekal sebelum di akhirat nanti bekalan kita itu akan dipunggah.

Banyakkah yang dibawa?

Kebaikan di sebelah kanan, seimbangkah dengan maksiat yang memberati kiri?


“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)…” (surah al-Mulk ayat 2)

MALU DAN TAKUT

Saya, tentu saya tidak sekadar malu jika yang hendak dipertontonkan di hadapan Dia nanti tidak lebih daripada maksiat yang hanyir, dan berlekit-lekit.

Yang menyebabkan kulit tubuh tertanggal di sana nanti, adalah kerana keseronokan di sini yang menipu.

Yang menjadikan badan tersalai dalam julangan api yang menggunung, semuanya berpunca kelalaian diri sebagai hamba Ilahi.

Sedih?

Di sana, menangis dengan darah mata tidak lagi berguna. Merayu sehingga putus lidah pun tidak akan mengubah apa-apa.

Takut?

Sinilah tempatnya. Di atas jambatan ini.

Jangan bertangguh.

Mari bersegera kepada-Nya.

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”
(surah A-li Imran ayat 135)

Twitter
Facebook
gravatar

Saya Berdoa Agar Pelangi Muncul

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Saban hari, saya berusaha supaya hidup saya tidak lari dari kata-kata ini:

‘Berpijaklah di bumi dunia, serta junjunglah langit akhirat.’


Kerana saya tahu ini:

‘Pelangi hanya akan muncul pada hujung hari yang bergerimis.’




Kerana itu saya hasilkan ini:

PUISI TAKUT KEPADA-NYA DAN MENGHARAP CINTA

Diri sudah penat berdosa,
Selepas semua noda,
Berasa ingin mencari sinar semula,
Tuhan,
Tunjuki daku jalan yang Kau redha..


Tuhanku,
Kau Esa mustahil berdua,
Aku hanya hamba-Mu yang hina,
Berilah padaku ruang masa,
Syukur pada nikmat segala,
Sabar dengan segala bala..


Yang ada di dalam dunia,
Tak pernah puas kurasa,
Nafsu yang mengejar selera,
Mengajak jiwa terdampar bersama..


Tuhanku,
Cinta-Mu yang sempurna,
Itulah yang selalu kudamba,
Namun amalku yang tercela,
Membawa diri jauh dengan-Mu wahai Pencipta..


Beri aku khusyuk dengan-Mu,
Aku mahu hanyut dalam kasih-Mu,
Biar hidupku berbatas murka-Mu,
Biar ajalku di sisi redha-Mu..


Aku mohon kembali,
Kepada rahmat yang tak bertepi,
Agar dijauh julangan api,
Untuk mendiam syurga nan abadi..


Tidak aku sedari bila ini bermula,
Yang kutahu lembah hitam ini amat menyeksa,
Mencurah kasih di jalan murka,
Mendamba rindu pada sang dunia,
Diri ini makin hina.


Tuhanku,
Yang Maha Sempurna,
ALLAH…





"Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya..."surah al-baqarah ayat 25

"Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati." surah al-baqarah ayat 62

Twitter
Facebook
gravatar

Sedih. Apa Nak Buat...

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.


DIRI YANG RUGI


Hari-hari yang kita lalui, sangat merana jika setiap masa yang kita berada di dalamnya tidak kita penuhi dengan jalan mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Setiap detik, tanpa sesaat pun daripada masa kita yang kita akan terlepas.

Bukan sekadar perbuatan maksiat kita akan dihitung, bahkan amalan ibadah kita juga tidak terlepas daripada pengawasan malaikat-malaikat Allah.


Amalan kita yang sedikit cuma, bila dihisab nanti agak-agak banyak mana?

Mesti sedih kalau kita dapat fikirkan.



ALLAH ADA, DIA TAK SIA-SIAKAN HAMBANYA

Namun, Allah tak pernah mensia-siakan hamba-Nya.

Dia tahu hamba-Nya ada dari kalangan mereka yang ikhlas diri dan penuh menggantung harapan kepada Dia.

Mereka yang meletakkan pergantungan kepada Dia, bukan kepada amal sendiri.

Kerana Dia yang memegang bongkahan hati kita.

Kerana itu, bila hendak mengubah hati, hendak momohon hati atau hendak dijauhkan hati, mintalah kepada-Nya.

SAYA RISAU. ANDA BAGAIMANA?


Memikirkan semua ini, saya merenung sendiri. Pada umur yang tidak tahu dapat bertahan sehingga bila, pada ajal yang datangnya tanpa diminta.


Risau kan? Anda pun mesti pernah terfikir akan dosa-dosa yang banyak yang pernah dibuat.

Agak-agak ke mana nak dibawa dosa-dosa tu?

Mahu diseret menghadap Ilahi?

Apa kata kita fikirkan semula?

"Dan takutlah kamu kepada suatu hari di waktu seseorang tidak dapat menggantikan seseorang lain sedikit pun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfaat sesuatu syafaat kepadanya dan tidak (pula) mereka akan ditolong." (Surah Al-Baqarah ayat 123)





teringat cerpen ‘Dia Berikan Tangannya’ nukilan Rahmat Purnama Mulya..
cerpen yang mampu membuat air mata menitik, menceritakan tentang manusia yang mengorbankankan tangannya demi manusia lain yang bukan seagama. baca anugerah sastera kumpulan utusan, pemenang cerpen remaja 2005, 'Pelangi, Kami Ingin ke Sana'

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk