Masihkah Kita Bersolidariti Tanpa Jemu?
2 months ago
Hari ini, apa kata kita renungkan ayat ini.
Dan saya tidak bercadang untuk memperbanyakkan menulis tentangnya, sebaliknya saya berharap sidang pembaca boleh menghayati maknanya dengan cara yang paling baik.
Kita berdoa untuk mereka, kerana doa itu senjata orang mukmin.
Namun, benar mukminkah kita ini?
Kemudian kita melakukan maksiat sehari-hari.
Maka maksiat yang kita perbuat itulah yang melemahkan kita, lalu Islam menjadi mundur.
Akibat lemah dan mundur, tanah Palestin dijajah, dan saudara-saudara kita itu dibunuh, diperkosa dan dilayan lebih hina dari binatang.
Puncanya, kelemahan Muslimin yang kita cipta.
Kita lupa bahawa saudara kita itu, mereka mempunyai hak ke atas kita.