pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Archive for April 2011

gravatar

download novel percuma

Assalamualaikum.


Saya menyambung hasrat seorang sahabat yang meminta agar novel tulisan beliau dapat dipanjangkan ke blog dan mana-mana ruang yang dapat disebarkan.


Saya tidak sempat untuk menceritakan sinopsis novel ini memandangkan saya sendiri belum habis membacanya, tetapi di sini saya sediakan sedikit preview untuk hidangan anda.


by ~doeza30



Twitter
Facebook
gravatar

1000 pageview sehari

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Masih lagi Allah memberikan kita pinjaman roh dan jasad untuk kita hidup sebagai hamba-Nya hari ini.


Saya perasan kita ini cukup sukar untuk rasa bersyukur dengan pemberian-pemberian Allah kepada kita. Biasanya ini berlaku apabila kita berfikir bahawa kita selalu tidak mendapat apa yang kita inginkan.


Betul tak?

klik gambar untuk lihat lebih jelas


Tapi memang benarkah jika kita beranggapan kita selalu tidak mendapat apa yang kita inginkan?

Twitter
Facebook
gravatar

wanita yang suci bersih

Assalamualaikum.


Apa khabar wahai para pembaca? Harapnya anda sihat jasmani dan rohani.


Hari ini, rata-rata manusia asyik sibuk dengan kesihatan dan keelokan jasad sehingga dia terlupa untuk membersihkan dan memelihara rohnya. Mukanya ingin kelihatan cantik dan kacak, tubuh badannya diusahakan menjadi ramping dan tegap, rumah, kereta, dan alat-alat bantu kehidupan yang lain pula semuanya diimpikan yang mewah-mewah.


Dia lupa bahawa dirinya itu terbina dengan dua unsur, roh dan jasad. Mungkin difikir jasadnya itu hidup sendiri, dan tidak akan mati-mati.


by ~Blakant




Twitter
Facebook
gravatar

Tips Untuk Bahagia 1

Ramai orang ada banyak harta, tanah berekar-ekar, perniagaan yang selalu menguntung, dan kewangan yang tidak pernah kunjung malap. Namun, dengan harta yang banyak ini, tidak ramai daripada mereka yang mampu untuk selalu bahagia.




Boleh ke pusat kaunseling jika tidak percaya apa yang saya katakan ini. Kebanyakan orang yang mendapatkan khidmat nasihat daripada para kaunselor ini adalah mereka yang tidak bahagia dengan hidup walaupun dalam poket mereka tidak pernah kekeringan wang.

gambar dari devianart.com


Begitu juga halnya dengan orang yang hidupnya melarat. Kata orang, ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Namun, dengan kesusahan kewangan ini, tidak semua mereka ini yang hidupnya penuh dengan kesengsaraan.



Sebenarnya, bahagia dan sengsara ini, ukurannya adalah apa?




Twitter
Facebook
gravatar

kesilapan dalam rancangan Maharaja Lawak

Assalamualaikum.



Jangan betulkan skrin pc/laptop anda. Anda sememangnya berada di blog saya, naimulfirdaus.blogspot.com.



Seminggu dua ini saya dapati ramai betul sahabat-sahabat saya yang menonton rancangan Maharaja Lawak yang menghimpunkan pemenang-pemenang daripada siri rancangan Raja Lawak sejak musim pertama hingga musim entah ke berapa. Inilah yang saya faham, jika salah sila perbetulkan.


by ~Siilin



Twitter
Facebook
gravatar

penulis blog ini akan meninggal dunia

Assalamualaikum.



Diharapkan para pembaca dapat sama-sama menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada para solihin yang telah meninggalkan dunia yang sementara ini.



Al-Fatihah.



Penulis blog ini masih belum meninggal dunia ketika ini. Sebaliknya artikel ini ditulis untuk memperingatkan diri bagaimana jika kita benar-benar meninggalkan dunia ini.



Cukupkah amalan untuk dibawa bertemu Kekasih Agung?



Dengan corak kehidupan kita selama ini, bagaimana agaknya kita akan disambut nanti?

Twitter
Facebook
gravatar

dua sifat orang beriman yang kita perlu ada

Assalamualaikum.



Nabi kita bersabda dengan kata baginda yang lebih kurang mafhumnya, "sangat menakjubkan sifat orang beriman. Apabila diuji mereka sabar, apabila diberi mereka bersyukur." Pada perkongsian ringkas ini saya ingin mengajak anda merenung sejauh mana kita mengamalkan dua sifat yang menakjubkan ini. Sudah berapa banyak kita bersabar dengan ujian-ujian Allah, dan sudah berapa banyak pula kita bersyukur dengan nikmat pemberian-Nya?



Wahai orang beriman, jawablah kepada dirimu sendiri.

Twitter
Facebook
gravatar

berjanjilah, kita bertemu di syurga!

Assalamualaikum.



Jika saya cintakan kamu, kamu pasti akan mati kerana kematian akan menyentuh setiap makhluk bernyawa.



Tetapi, jika saya cintakan Pencipta kamu, Dia wujud dan tidak mati. Bahkan Dialah yang memberikan kita sebuah kehidupan.



Namun, kematian pada orang beriman bukanlah perpisahan. Sebaliknya hanya sebuah pintu untuk ke alam seterusnya.



Orang beriman akan kembali bersama di sana nanti. Sana yang selamanya, tanpa penghujung.



Berjanjilah, kita bertemu di syurga!

Twitter
Facebook
gravatar

sampah sarap kehidupan

Seorang lelaki cuba memasukkan batu pelbagai saiz ke dalam sebuah bekas.


Mula-mula dimasukkan pasir, kemudian batu kecil dan akhirnya batu besar.


Malangnya batu besar tidak dapat dimasukkan sepenuhnya. Maka akhirnya batu besar ini ketinggalan daripada dimasukkan ke dalam bekas.


Batu besar tidak dapat dimasukkan kerana bekas tadi sudah hampir penuh dengan batu-batu kecil dan pasir yang diisikan awal tadi.


Twitter
Facebook
gravatar

tingkatkan komen di blog

Assalamualaikum.


Bertemu lagi kita di sini. Semoga anda sihat jasmani dan rohani selalu hendaknya.


Bagi kebanyakan blogger, isu komen di blog agak menjadi perhatian. Entahlah, mungkin bagi mereka jumlah komen menandakan blog semakin diminati atau apa, saya juga tidak pasti.


by ~midwatch


Tetapi saya ada sebuah cadangan untuk difikir-fikirkan oleh anda jika anda adalah seorang blogger. Tambah-tambah lagi yang menggunakan perkhidmatan percuma blogspot. Tak ramai orang mudah berkomen di blogspot sebenarnya.


Twitter
Facebook
gravatar

sebagai manusia, aku cinta padamu

Assalamualaikum.


Saya bukan peminat novel karangan Ramlee Awang Mursyid, tapi saya pernah membaca beberapa novel tulisan beliau beberapa tahun lepas. Dan jika anda adalah peminat novel beliau, anda sepatutnya tahu di mana saya meminjam kata-kata ini.


Sebagai manusia, aku sayang padamu.


by ~Siilin



Boleh terima tak?


Sebagai manusia, saya sayang kepada anda. Ini kerana pada saya nilai kasih sayang dan ukhwah adalah di antara nilai-nilai asas yang menjadikan dunia ini sangat indah.

Twitter
Facebook
gravatar

2011 adalah tahun yang digeruni Yahudi. Tapi anda buat apa masa ini?

Assalamualaikum.


Jika anda pernah menonton The Arrival, di sini saya membawakan kepada anda sebuah video yang lebih praktikal, padat dengan perkiraan, mudah difahami, dan yang terpaling penting, uslub penceritaan yang disampaikan oleh penceramah ini.


Meremang bulu tengkuk saya ketika mendengar pendedahan yang diberikan. Malah, kesimpulan kecil sebelum rakaman ini berakhir juga membuatkan air mata saya bergenang.


Inilah masanya untuk kita kembali menjadi hamba Allah yang sejati. Tinggalkanlah maksiat-maksiat yang melalaikan dan menggelapkan hati.


Seperti yang saya pernah sebutkan, kita tahu bahawa inilah zamannya bahawa melaksanakan sunnah mendapat pahala 100 syahid, tetapi sekadar tahu tanpa bertindak mengakibatkan kita tidak akan menuju kepada perubahan yang lebih baik.


2011 adalah tahun yang digeruni Yahudi. Maka perhatikanlah sekiranya kita termasuk dalam kalangan yang  menggerunkan mereka.


Twitter
Facebook
gravatar

mari saya ajarkan anda rahsia senyuman

Assalamualaikum.


Jika anda sekarang sedang berduka, saya mohon untuk anda tetap tersenyum.


Senyumlah dengan sejujur-jujurnya kerana senyum di kala kepayahan itu tanda keredhaan anda dengan ketentuan-Nya.


Kesukaran hidup yang sedang anda hadapi sekarang sebenarnya tidaklah asing berbanding kepayahan hidup manusia lain. Dengan kata lainnya, semua manusia di dunia ini menimpa kepayahan hidup yang tersendiri.


Hanya kita yang menyangkakan bahawa kita seorang sahaja yang merasai dugaan dan cabaran yang hebat.


Kerana itu saya mengajak anda supaya tetap tersenyum. Yakinlah bahawa Allah sedang menyusun yang terbaik untuk anda.


Apabila Allah memberi anda sesuatu ujian, itu bermakna Dia masih memandang anda. Dia mahu anda kembali ingat kepada-Nya. Kembali meminta pertolongan kepada-Nya. Kembali menjadi hamba-Nya, yang hanya kepada-Nya anda memohon bantuan.


Apabila Allah menguji anda, jelas sekali Dia mahu anda kembali menyembah diri di hadapan-Nya. Sesungguhnya Dia menyusun ujian ini kepada anda supaya anda sedar diri anda itu lemah dan perlu kepada bantuan.


Lantas Allahlah sebaik-baik pembantu.


Tuan, inilah masanya untuk kamu tunduk khusyuk kepada-Nya.


Sudah tahu rahsia senyuman?


:)

Twitter
Facebook
gravatar

bebaskan diri untuk ikhlas

Assalamualaikum.


Saya masih ingat lagi beberapa bulan lepas ketika menulis artikel berkenaan usia saya yang sudah menjangkau 21 tahun, seorang pembaca memberi komen meminta saya menulis tentang keikhlasan dalam bekerja.


Sayangnya komen itu tidak dapat ditayangkan semula akibat masalah teknikal yang tidak dapat saya selesaikan.


Sebenarnya saya pernah menulis tentang ikhlas di dalam artikel blog jadi mangsa, tetapi tidak ada masalah jika kita masih berkongsi tentang tajuk yang sama, kerana perkongsian ini mungkin dari sudut yang berlainan.


Baiklah.


Sebenarnya orang ikhlas itu bebas. Selagi tidak bebas, maka itu maknanya kita belum ikhlas. Ah, mungkin ini agak berlainan bunyinya sebelum anda faham bebas yang saya maksudkan.

Twitter
Facebook
gravatar

menunjukkan jalan kebaikan

Assalamualaikum.


Bertemu lagi kita di sini. Sini maksud saya tu adalah di mana sahaja anda berada untuk membaca artikel saya ini.


Saya sebenarnya tidak tahu apakah perasaan anda apabila membaca blog saya ini. Sukakah, bosankah, bencikah, saspenkah, ataupun laparkah, saya tak tahu pun apa yang anda rasa selama ini.


Tapi kalau yang rasa lapar tu saya fikir itu bukan sebab anda membaca blog saya. Pasti ada sebab lain hingga anda berasa kelaparan. Agak menakjubkan kalau anda membaca blog saya sehingga empat atau lima jam sampai tidak makan dan minum.


Selama ini pun memang saya yang menulis di blog ini seorang diri, jadi tak pernah tahu apa perasaan anda sebagai pembaca blog saya.


Maka apa kata jika kali ini anda meluangkan sedikit masa untuk kita berkongsi apa yang anda rasakan. Anda mungkin ada pendapat sendiri terhadap blog saya ini.


Cadangan atau teguran lebih-lebih lagi saya alukan. Mana tahu cadangan anda itu membawa erti yang sangat besar maknanya kepada saya dan semua orang. Dan kiranya selepas saya kembali semula ke sini lalu mendapati kotak komen di bawah masih kosong, saya tahulah di mana kedudukan saya sekarang.


Owh, ya. Dijemput klik ikon-ikon comel bersegi lima di bawah artikel-artikel saya bila saja anda mahu mengongsikannya kepada orang lain.

Twitter
Facebook
gravatar

anugerah blog paling menarik 2011

Saya mula menulis blog ini sejak rasminya pada bulan Februari tahun 2010. Ini bermakna apabila dengan tarikh terbit artikel ini ialah pada 7 April 2011, ini menunjukkan bahawa sudah lebih setahun saya menulis di blog ini.


Jika anda melihat pada nama blog saya, saya menamakan blog ini dengan nama saya sendiri sambil menisbahkan diri saya sebagai hamba kepada Allah. Tak ada apa yang menarik sangat dengan nama blog saya ini.


Salah seorang teman juga pernah  berkata kepada saya bahawa nama blog saya ini kelihatan tidak menarik perhatian.


Er, anda fikir betulkah pendapat kawan saya ini?


Terpulanglah anda mahu jawab atau tidak kerana buat masa ini saya tidak mahu mengambil berat tentang itu.


Tetapi yang mahu saya ceritakan kali ini adalah sebab mengapa saya menulis blog ini.


Twitter
Facebook
gravatar

dengarlah kata hatimu

Kalaulah ada sedikit nasihat yang boleh saya sematkan kepada diri, ianya adalah pesanan supaya tidak berlengah-lengah di dalam kemaksiatan, walau sebesar manapun maksiat itu, dan walau seberapa kerap saya tertewas dalam menanganinya.



Sebaliknya, saya harus segera keluar, membersihkan diri dari kotoran batin yang tercela lantas memusatkan diri bersama kebaikan, walau sekecil manapun kebaikan itu, walau sesikit mana sekalipun.


Bukankah manusia perlu sentiasa berubah ke arah kebaikan?


Jika orang lain mampu, mengapa tidak saya? Jika bukan sekarang, bila lagi masanya untuk saya berubah? Duhai diri yang menulis rasa hati, sedarlah bahawa matimu pasti, bahkan makin menghampiri.

Twitter
Facebook
gravatar

kisah saya bersama wanita Arab di Mesir

Assalamualaikum.


Anda ingat lagi cerita saya tempoh hari yang bercerita tentang keadaan saya di Mesir?


Kalau sudah lupa cuba baca semula di sini (klik).


Bukan apa, cerita saya itu menurut beberapa orang tergantung dan tak dapat difahami. Tapi itu tak mengapa kerana bak kata ayah saya, apabila orang mempersoalkan apa yang kita sampaikan, itu bermakna penyampaian kita itu telah sampai kepada mereka.


Ok. Semasa saya di dalam bas yang saiznya jauh lebih kecil berbanding Bas Transnasional di Malaysia, dan bersesak-sesak dengan kepadatan menjangkau 100 penumpang untuk satu trip itu, saya mula melihat pemuda-pemuda Arab di sekeliling.


Er, kalau saya kata saya pandang yang  lelaki sahaja anda percayakah?


Tapi tak mengapalah, abaikan soalan itu. Mari teruskan baca.


Twitter
Facebook
gravatar

dua cara untuk letak link blog anda di sini

Assalamualaikum.


Sebelum itu sila semak senarai blog saya di bloglist saya. sudahkah anda tersenarai?




Ok, Ada dua cara untuk letak link anda di sini.


Begini. Kalau masih ada yang belum tahu, saya sebenarnya telah menukar perkhidmatan komen di blog ini daripada kotak komen Disqus kepada Intensedebate.


Kelebihan kotak komen intensedebate ini ialah dapat menyertakan link entri terbaru daripada sesiapa sahaja yang berkomen. Ini yang adalah apa yang disebut commentluv.


Khabarnya, mana-mana blog yang ada commentluv adalah blog yang dofollow dan ini sangat baik untuk sesiapa yang berkomen di blog tersebut. Namun saya masih kurang tahu tentang dofollow ini. Kalau ada sesiapa tahu sila cakap dalam komen di bawah.


Dengan meletakkan commentluv, ini adalah cara pertama bagaimana link blog anda dapat diletakkan di sini.


Ok.


Twitter
Facebook
gravatar

komen sayang dan bayarannya

Assalamualaikum.



Salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Semoga anda sihat di bawah pemeliharaan Allah S.W.T.


Sebenarnya saya mahu beritahu kepada sesiapa yang terlibat pernah berkomen di blog saya dalam masa beberapa bulan ini, sesuatu terjadi kepada komen-komen anda.

With Loveby =ivy046


Bukannya setakat sebahagian besarnya saya tak sempat jawab, bahkan lebih teruk dari itu komen-komen anda tersebut telah hilang. Er, diharapkan anda bersabar ya.



Twitter
Facebook
gravatar

Maaflah, saya tak sengaja

Assalamualaikum.


Saudara-saudara yang dikasihi kerana Allah,


Saya mendapat komen yang agak bersemangat daripada seorang blogger mengenai blog saya yang sudah lama saya tidak berbalas komen di situ. Tolak satu komen yang dapat saya berikan dua hari lepas sebagai menjawab kepada soalan (siapa saya pun tak ingat), rasanya sudah sebulan lebih saya tidak membalas komen.


Ada juga beberapa komen yang saya tidak menjawab secara langsung di ruang komen, sebaliknya saya menjawab melalui artikel-artikel ringkas yang saya tulis kemudiannya.

                                           by ~MariaLaLoca



Sungguh sebenarnya seperti yang pernah saya sebutkan, saya sangat bernafsu untuk membalas komen anda. Membaca komen-komen anda tanpa saya sempat membalasnya sebenarnya semacam sebuah penyiksaan mental kepada saya.


Twitter
Facebook
gravatar

Apa Kata Kita Sambut April Fool?

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.


JANGAN BUANG MASA


Yang dapat saya sebutkan, menyambut perayaan ini adalah orang yang memperbodohkan dirinya sendiri.


Kerana budaya ini, yang walaupun sesetengah pihak mengharamkannya dengan menggunakan alasan bahawa ini salah satu perayaan barat ke atas kemenangan umat Islam, dan saya tidak mahu menjelaskan itu, menurut saya adalah sangat menjejaskan integriti kita.


Bilakah masanya lagi kita mahu dipandang bermaruah?


Mengenakan orang lain, menyebabkan wujudnya api dendam, amarah yang diseret-seret, ataupun keseronokan sementara atas kejatuhan orang lain, ini semua hanya akan lebih menjuruskan kita ke arah yang merugikan.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk