bersih 2.0 : siapa yang taksub dan jawapan pokok kelapa
Assalamualaikum.
Hanya seorang manusia sahaja untuk layak kita bertaksub dengannya iaitu nabi kita Muhammad S.A.W. Selain baginda, tiada lagi manusia zaman ini yang layak mendapat pengktirafan sedemikian.
Namun sumber perundangan agama kita tidaklah terlalu kecil dan sempit hingga membataskan hukum-hukum kepada apa yang tertulis di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadis semata-mata.
Sebaliknya dua sumber ini menjadi asas yang akhirnya mewujudkan berpuluh-puluh lagi sumber pengambilan hukum untuk kita beramal dengannya (sama ada yang disepakati ulama seperti ijmak dan qias, mahupun yang ulama berselisih mengenainya seperti masolih mursalah, istihsan, 'uruf, adat dan berpuluh-puluh lagi sumber yang benar-benar diiktiraf oleh mereka).
Ianya adalah ibarat pokok kelapa yang jika kita mencubit walau dari bahagian manapun nescaya bahagian itu akan memberi manfaat dengan syarat bahagian itu memang berasal daripada pokok tersebut.