pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Showing posts with label hadis nabi. Show all posts

gravatar

doa dan cara menghidupkan lailatul qadar



Kelebihan Lailatul Qadar

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran  lailatul qadar itu? Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: 1-5)
Di antara keistimewaan Ramadan juga ialah adanya lailatul qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Dahulu, para sahabat mengadu kepada Nabi Muhammad SAW berkenaan dengan umur dan kesempatan untuk beribadat. Hal ini kerana umat pada zaman dahulu mempunyai jangka umur panjang yang membolehkan mereka untuk beribadat lebih lama. Disebabkan itu, para sahabat mengadu dengan baginda SAW. Maka, Allah SWT menganugerahkan satu malam yang mana sesiapa yang mendapati malam tersebut merupakan satu keuntungan yang besar bagi mereka. Malam itulah yang dinamakan lailatul qadar yang padanya lebih baik daripada 1000 bulan (iaitu 83 tahun).
Ada juga beberapa fuqaha' yang berpendapat lailatul qadar merupakan malam paling afdal daripada malam-malam lain bahkan lebih afdal daripada malam Jumaat. Hal ini kerana keistimewaan yang ada pada lailatul qadar tersebut.


Twitter
Facebook
gravatar

satu alasan untuk ke syurga

Assalamualaikum.


Ada satu alasan yang kukuh bagi melayakkan seorang hamba Allah untuk masuk ke syurga dengan rahmatNya. Alasan tersebut adalah hamba Allah ini mestilah seorang yang hebat.


Syurga menantikan orang-orang hebat untuk memasukinya. Tidak menjadi hebat adalah alasan yang kukuh untuk tidak melayakkan manusia untuk mendapat nikmat di daerah yang dijanjikan kebahagiaan ini.

Twitter
Facebook
gravatar

panduan puasa sunat 6 hari Syawal dan qadha puasa

Assalamualaikum.




Dah puas raya kan? Jom puasa enam untuk bulan syawal ni pulak. Tapi saya tak sempat nak tulis penuh hukum-hukum dan cara pelaksanaan puasa 6 ni. Jadi saya salin ini daripada blog kawan untuk perkongsian kat bawah ni. Perbahasan tentang qadha puasa ramadhan yang tertinggal untuk dilakukan dalam bulan syawal pun ada.


Puasa 6 hari di bulan Syawwal adalah termasuk di dalam ibadah puasa Tathawwu’ (amalan ketaatan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah). Kebanyakan ahlil ilmi mengatakan sunnat berpuasa 6 hari di bulan Syawwal termasuklah Ibn Abbas, Thaus, Sya’bi, Maimun bin Mahran, Ibn Mubarak, Imam Syafi’e, Imam Ahmad, Ishaq dan lain-lain.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk