pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Showing posts with label sunnah dalam puasa. Show all posts

gravatar

khutbah Rasullullah mengenai menghadapi bulan Ramadhan

Assalamualaikum.


Saya rasa kita semua patut dengar khutbah nabi kita mengenai cara kita menghadapi dan menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.




Jadi di sini saya lampirkan terjemahan teks khutbah tersebut untuk sama-sama kita hayati.



Wahai manusia!

Sungguhnya telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkat, rahmat dan maghfirah(keampunan).Bulan yang paling mulia di sisi Allah.Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah(dimakbulkan).Berdoalah kepada Allah Rabb-mu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya(Al-Quran).

Twitter
Facebook
gravatar

hadis-hadis nabi tentang kelebihan puasa Ramadhan

Assalamualaikum.

Mari sama-sama kita hayati sebahagian hadis-hadis nabi kita berkenaan kelebihan berpuasa terutamanya di bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan Allah membuka pintu hati kita untuk berusaha keras sebelum dibenarkan mendapat piala taqwa kepadaNya.


  • Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d. yang maknanya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya”.

Twitter
Facebook
gravatar

lafaz niat puasa sehari dan sebulan Ramadhan

Assalamualaikum.


Mengenai lafaz niat puasa untuk sehari atau untuk sebulan penuh Ramadhan, ada perbincangan yang tersendiri di kalangan ulama. Bagaimanapun kita yang bermazhab Syafie telah dipermudahkan oleh ulama-ulama dalam mazhab kita sendiri dengan mereka menyusun beberapa lafaz untuk dijadikan lafaz niat puasa.


Antaranya seperti berikut.



Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk