lelaki ini masih sabar walau badan dibakar
p/s: tahniah jika anda membaca artikel ini hingga ke huruf yang terakhir
Assalamualaikum.
Pernah suatu hari seorang sahabat nabi yang bernama Khabab ibnu 'Arat R.A datang kepada Rasulullah S.A.W dan bertanya kepada baginda dengan katanya, "bilakah kita akan menang wahai rasulallah?"
Sahabat nabi yang bertanya ini sebenarnya telah mendapat seksaan dan ujian yang teruk. Badannya dipanggang sehingga diriwayatkan lemak di badannya mencair dan menitik ke lantai.
Namun itu tidak terjadi. Rasulullah akhirnya memujuk beliau dengan lembut tetapi tegas melalui kata baginda, "Umat terdahulu lebih dahsyat diseksa sehingga kepala mereka digergaji.."
Bersabarlah, sesungguhnya umat-umat terdahulu lebih dahsyat diseksa sehingga kepala mereka digergaji.
Apa perasaan kita mendengarkan kata-kata seperti ini?
Bukankah kata-kata ini juga sebenarnya ditujukan kepada kita?
Tdakkah ada dalam diri kita sedikit kekuatan untuk terus bersabar menghadapai kesusahan hidup dalam melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah?
Sesungguhnya kehidupan dunia bagi seorang muslim sememangnya ibarat penjara yang memenjarakan jasad dan pergerakannya. Kerana dunia ini sementara, dijadikan Tuhan hanya untuk menguji hamba-hambaNya siapa di kalangan mereka yang baik amalannya.
Maka bersabarlah dengan kesusahan melaksanakan suruhan Allah kerana sesungguhnya syurga Allah dan redhaNya sedang melambai-lambai untuk membahagiakan anda di sana.
Marilah beristighfar dengan penuh kesedaran..
p/s: 100 blogger bertuah sedang dicari, klik segmen dan cara dapatkan 1000 follower dalam masa sebulan untuk mendapatkan hadiah anda
p/s: syabas jika anda tekan icon FB berbintang 5 di bawah untuk share artikel ini dengan kawan-kawan di wall anda..
munna · 717 weeks ago
suhausim 20p · 717 weeks ago
mencuba berdakwah melalui blog walopon pd dasarnya blog cik suha hampeh je..tp moga dapat gak di ambil intipati nya
Lydia miza · 717 weeks ago
piah becok · 710 weeks ago
by the way, saudara. boleh respon kepada entri terbaru: Pelacur dan Pengasuh Anak ni tak?
My recent post memo melekit