pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Showing posts with label berita semasa. Show all posts

gravatar

pelajar mesir dibuang Universiti kerana sertai bersih 2.0

Assalamualaikum.


Pelajar mesir dibuang Universiti kerana sertai bersih 2.0. Di manakah kewajarannya?


Hari ini saya membaca satu berita yang bukan saja menggemparkan, tetapi menimbulkan seribu satu tanda tanya di atas kewajaran suatu tindakan yang dikenakan kepada seorang pelajar Malaysia yang hampir menamatkan pengajian di kuliah lanjutan Darul Ifta' Misriyah.


Ikuti berita yang ditulis oleh sahabat saya sendiri di blog beliau, http://allgreenislamic.blogspot.com/2011/07/dibuang-universiti-kerana-menganjur.html, yang juga mendapat liputan daripada harakahdaily.net.



Semalam saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra di kalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ust Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir. Kemungkinan besar adalah disebabkan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini.

Twitter
Facebook
gravatar

semakan nama calon peserta PLKN siri 9 2012 ikut negeri

Assalamualaikum.




Petang tadi saya ada terbitkan artikel tentang semakan SMS nama calon peserta PLKN siri 9 2012 (tak ada tulis negeri pun)untuk berkongsi dengan mereka yang sedang mencari maklumat tersebut.




Alih-alilh bila bukak google analytics banyak pula keyword yang disearch datang dari perkataan 

semakan SMS nama calon peserta PLKN sabah. Mula-mula saya hairan jugak mana datang perkataan sabah tu.




Rupanya bila saya sendiri search di google ada tulis perkataan muhasabah dekat description blog saya. Jadi dari muhasabah tulah terkeluar perkataan sabah. Best jugak kan macam ni?


Sebab yang saya pun masih cari lagi semakan nama calon peserta PLKN siri 9 2012 mengikut negeri. Sabah ke, selangor ke, perak, kedah, johor, perlis, pahang, kelantan, terengganu, sarawak, pulau pinang, semua negeri kat Malaysia pun tak ada semakan mengikut negeri kelahiran.


Yang ada semakan nama calon peserta PLKN untuk awal tahun 2012 ni macam yang saya tulis pada artikel siang tadi. Kalau anda cari yang ikut negeri kat sini boleh,  semakan SMS nama calon peserta PLKN siri 9 2012.


Jadi kalau sesiapa nak semak lagi tak perlu semak ikut negeri. Sama ada Kedah, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, dan semua negeri-negeri lain.


Twitter
Facebook
gravatar

semakan SMS nama calon peserta PLKN siri 9 2012

Assalamualaikum.


Saya terbitkan artikel bertajuk semakan SMS nama calon peserta PLKN siri 9 2012 ni untuk test seo lagi sambil kongsi maklumat kalau ada yang sampai sini untuk semak nama masing-masing sama ada terlibat atau tidak untuk menyertai Pusat Latihan Khidmat Negara siri ke 9 pada awal tahun 2012 nanti.

PLKN siri 9 ni untuk sesiapa yang lahir pada tahun 1994. Macam tu lah kot mengikut maklumat yang saya dapat.




p/s: anda semua dijemput baca ni, bersih 2.0 : siapa yang taksub dan jawapan pokok kelapa


Jadi untuk semak sama ada nama anda termasuk sekali dalam senarai ataupun tidak, sila klik link kat bawah ni.



Bagaimanapun dengarnya server web berkenaan sedang mengalami masalah mungkin disebabkan ramai sangat orang yang nak buat semakan sampai server portal tu down.




Jadi cara alternatif untuk anda semak adalah melalui sms. Untuk menyemak senarai nama ni menggunakan SMS mudah saja caranya. Anda cuma perlu ikut step-step di bawah.



TAIP
NS(jarak)NO.IC

HANTARKAN KEPADA
33995

CAJ RM0.50 BAGI SETIAP SMS

Kalau tak boleh cuba yang ni pulak, PLKN <space> SEMAK <space> IC Number dan hantar ke 15888


Ok, selamat menyemak. Bagi yang ingin menyemak melalui web rasmi PLKN, sila ke semakan nama calon peserta PLKN siri 9 2012.


Jadi itu sahaja untuk semakan SMS nama calon peserta PLKN siri 9 2012 kali ini. Didoakan sesiapa yang menghadiri program tersebut dapat jaga diri baik-baik.


Semoga berjaya.


p/s: anda semua dijemput baca ni, bersih 2.0 : siapa yang taksub dan jawapan pokok kelapa

Twitter
Facebook
gravatar

semakan nama calon peserta PLKN siri 9 2012

Assalamualaikum.




Saya terbitkan artikel bertajuk semakan nama calon peserta PLKN siri 9 2012 ni untuk kongsi maklumat kalau ada yang sampai sini untuk semak nama masing-masing sama ada terlibat atau tidak untuk menyertai Pusat Latihan Khidmat Negara siri ke 9 pada awal tahun 2012 nanti.




PLKN siri 9 ni untuk sesiapa yang lahir pada tahun 1994. Macam tu lah kot mengikut maklumat yang saya dapat.






Jadi untuk semak sama ada nama anda termasuk sekali dalam senarai ataupun tidak, sila klik link kat bawah ni.





Bagaimanapun dengarnya server web berkenaan sedang mengalami masalah mungkin disebabkan ramai sangat orang yang nak buat semakan sampai server portal tu down.




Kalau tak boleh semak jugak cuba semak melalui sms. Er, saya dah buat satu lagi artikel untuk semak melalui SMS.




Jadi jika anda nak semak nama untuk calon peserta PLKN siri 9 2012 melalui cara SMS, sila ke sini, semakan SMS nama calon peserta PLKN siri 9 2012.




p/s: anda semua dijemput baca ni,

Twitter
Facebook
gravatar

siapakah ambiga, kaitan ambiga dengan IFC, bersih 9 Julai 2011. jawapan kepada mereka yang mengaitkan bersih dengan IFC (Ambiga)

Assalamualaikum.




Rasanya semua orang tahu siapakah Ambiga dan kaitan Ambiga ini dengan IFC. Kaitan Ambiga dengan bersih 2.0 9 Julai 2011 ni lagilah orang tahu kan.




Saya terbitkan artikel ini kerana pihak yang membantah bersih  2.0 kali ini tapi tiba-tiba dia menggunakan hujah bahawa beliau (ambiga) adalah pejuang IFC, maka perjuangannya dalam BERSIH 2.0 9 Julai 2011 yang menuntut sebuah pilihanraya yang telus dan adil bagi sebuah negara demokrasi seperti Malaysia juga dibantah.




Berkenaan  siapakah Ambiga dan kaitan Ambiga ini dengan IFC, saya ingin katakan bahawa mana-mana perjuangan yang merendahkan ketinggian Islam mestilah kita tentang.


Dalam konteks ambiga, seorang yang berpengaruh dalam persatuan peguam tetapi tak faham Islam macam yang anda faham, apa yang saya boleh jawab adalah semua tuntutan daripada IFC sekiranya menyalahi konsep-konsep asas dalam agama kita hendaklah ditentang.


Adapun bersih 2.0, saya bersepakat dengan beliau bahawa pilihanraya bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi perlulah dilaksanakan dengan telus. Kerana keadilan walaupun datang daripada siapa kita terpaksa terima. 

Twitter
Facebook
gravatar

laporan berita terkini bersih 2.0 9 Julai 2011 terbaru


Assalamualaikum. 


Berikut adalah  sebahagian daripada laporan dan berita terkini bersih 9 julai 2011 terbaru yang saya copy paste dari Malaysiakini. Anda boleh dapatkan berita dan laporan penuh daripada web berita tersebut. Sila baca dari bawah ke atas.


4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.

Katanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.


4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.

Twitter
Facebook
gravatar

adakah Islam melarang atau membenarkan perhimpunan aman dan demonstrasi jalanan?

Assalamualaikum.


Sebelum bercakap tentang sama ada Islam melarang atau membenarkan perhimpunan aman dan demonstrasi jalanan khususnya dalam konteks  perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan dijalankan pada 9 Julai 2011 ini, saya ingin mengajak anda bercakap tentang kesihatan jasmani dan rohani terlebih dahulu.


Adakah jasmani dan lebih-lebih lagi rohani anda dalam keadaan sihat?


Saya yang menulis ini memang kurang sihat. Maka marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah S.W.T Yang Maha Memakbulkan doa. Semoga doa-doa anda yang dihantarkan secara sembunyi akan mendapat pandangan Allah lantas Dia memperkenankan untuk memberikan kesihatan jasmani lebih-lebih lagi kesihatan rohani kepada kita.

Seminggu lagi sebelum perhimpunan aman BERSIH 2.0 bermula, suasana masyarakat di Malaysia semakin hangat. Hangat disebabkan musim panas yang melanda, hangat juga disebabkan isu panas perhimpunan BERSIH 2.0 yang berleluasa.

Twitter
Facebook
gravatar

senarai nama jumlah tangkapan pemimpin bersih 2.0 9 Julai 2011

Assalamualaikum.


Adakah anda mencari senarai nama dan jumlah tangkapan pemimpin bersih 9 Julai 2011 yang berlangsung hari ini?


Sebenarnya saya pun mencari senarai dan jumlah yang sama. Yang saya dapat setakat berita yang keluar di Malaysiakini telah beratus-ratus orang ditangkap termasuklah beberapa orang daripada pemimpin pakatan rakyat antaranya Tuan Guru Haji Hadi dan tersesat juga seorang pemimpin pemuda Umno iaitu Khairi Jamaluddin.


Ramai lagi rakyat dan pemimpin pakatan rakyat yang ditangkap pada bersih kali ini tetapi saya tak jumpa pula nama-nama mereka.


Yang dimusykilkan mengapa polis sanggup menangkap mereka sedangkan tujuan perhimpunan bersih 2.0 ini adalah untuk tujuan yang baik, dan dengan cara yang aman.


Entahlah, saya pun tak tahu apa lagi nak dikatakan kepada sistem pentadbiran negara kita kalau lepas tengok senarai nama jumlah tangkapan rakyat dan pemimpin bersih 9 Julai 2011 nanti.


Anda ada apa tak nak dikatakan?

Twitter
Facebook
gravatar

video gambar terkini perhimpunan bersih 9 Julai 2011


Video dan gambar terkini perhimpunan bersih 9 Julai (July) 2011 akan sama-sama kita saksikan nanti. Pastinya media utama milik kerajaan akan mempergiatkan lagi usaha mereka untuk memberikan gambaran yang buruk kepada rakyat mengenai bersih 9 Julai (July) ini.


Sebelum itu mari kita bincangkan gambarannya yang terkini dulu. Menurut berita telah berpuluh orang rakyat Malaysia yang didapati terlibat dengan bersih 9 Julai ini telah ditangkap. Tak lama lagi mesti video dan gambar-gambar bersih 9 Julai dan yang berkaitan akan tersebar dengan cepat.


Hairan juga saya. Bukankah KDYMM Agung sendiri telah sedia untuk menyambut rombongan yang ingin bertemu, mengapa pihak berkenaan beriya-iya menghalangnya lagi? Tak sabar saya nak tengok kalau ada gambar terkini dan video bersih terkini 9 julai ini.

Twitter
Facebook
gravatar

laporan berita terkini bersih 2.0 Kuala Lumpur 9 Julai (july) 2011

Laporan berita terkini bersih 2.0 terutamanya sekitar Kuala Lumpur pada 9 Julai (july) 2011 iaitu hari ini dapat sama-sama disaksikan pada kali ini. Sesiapa yang berminat sila terus ke laman-laman berita yang melaporkan berita-berita terkini berkenaan seperti Malaysiakini dan lain-lain.


Pada saya masing-masing daripada pihak yang terlibat sama ada penyokong ataupun penentang bersih akan menanti dengan penuh debaran untuk mengetahui keputusannya. Bahkan berita dan laporan berkenaan bersih 2.0 kali ini telah diikuti dengan khusyuk oleh orang ramai sejak beberapa minggu seblum hari in lagi.


iklan: jom baca perkara yang perlu dilakukan apabila terlanjur


Rasanya memang banyak tangkapan akan dibuat hari ini walaupun KDYMM Agung sudah menasihatkan pihak-pihak berkenaan supaya menangani perhimpunan rakyat ini dengan sebaik-baiknya. Kadang-kadang bila baca berita pun orang ramai jadi makin pening dan keliru.


Ketua negara bagi cadangan untuk buat di stadium. PM pun kata buat di stadium. Tiba-tiba polis muncul dan mengambil tindakan untuk menangkap sesiapa yang didapati terlibat dengan perhimpunan bersih 2.0 ini.

Twitter
Facebook
gravatar

3 cara mudah mendapatkan idea menulis blog

Assalamualaikum.


Ada 3 cara utama untuk mendapatkan idea menulis blog. Mari kita kongsikan.


Banyak membaca


Menulis blog memerlukan anda ada info untuk ditulis. Bukannya tiba-tiba idea boleh muncul di minda anda.



Jadi perbanyakkan bacaan anda. Carilah bidang-bidang yang sesuai, kemudian bacalah sehingga anda memahaminya dengan baik. Anda pasti dapat menulis artikel anda selepas itu.


Melainkan anda memang tidak cekap menulis.




Banyak berfikir


Banyak berfikir juga akan meningkatkan daya penulisan anda. Semakin banyak anda berfikir, semakin banyak yang ada dalam fikiran untuk ditulis.


Fikirlah tentang apa yang anda lihat, anda baca dan anda rasa. Hayati semuanya dengan baik, anda akan mampu menulis.


Melainkan anda memang tidak cekap menulis


Tuliskan perkara bermanfaat sahaja


Sebenarnya anda memang mempunyai pilihan terhadap apa yang anda mahu tuliskan. Tetapi memilih untuk menulis perkara yang tidak bermanfaat bukanlah satu cadangan yang baik.


Sekiranya anda hanya menulis perkara-perkara yang tidak bermanfaat yang tidak mendatangkan faedah, perkara itu lama kelamaan akan menyebabkan daya penulisan anda menumpul. Sebabnya tiada faktor pendorong untuk anda menulis dengan baik.


Berbeza pula apabila anda menulis perkara berfaedah. Anda akan berasa puas dengan penulisan anda. Bahkan idea anda akan terus berkembang kerana perkara kebaikan jika mahu ditulis tidak akan habis.


Betul kan?


Ok, jadi anda dah tahu nak tulis bagaimana?

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk