pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

kenali lelaki ini

Assalamualaikum.


Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke sini.


Mungkin ada yang mahu kenal saya. Maka kali ini saya mahu perkenalkan diri.


Sebelum itu, sebenarnya ulama kita terbahagi kepada dua golongan dalam masalah memperkenalkan diri. Ada yang tidak mahu dirinya dikenali ramai atas tujuan merendah diri.


Golongan kedua pula tidak ada masalah dalam memperkenalkan diri kepada orang ramai kerana mereka berpandangan setiap orang yang mengenali kita atas jalan kebaikan nantinya akan menjadi saksi di atas amal-amal yang kita lakukan.


Begitulah secara ringkasnya. Maka di sini saya mengambil pandangan golongan kedua. Semoga perkenalan kita menjadi salah satu daripada rantaian yang menghubungkan kita kepada redha Allah.



Nama saya Mohd Naimul Firdaus bin Abd Latib. Saya adalah anak ke 11 daripada 14 beradik hasil perkongsian hidup  bapa saya, Abd Latib bin Abd Rahman dengan emak saya, Norima binti Johari.


Saya dilahirkan pada 16 Januari 1990 di Kedah, Negeri Kebajikan Nikmat Untuk Semua.


Status pendidikan saya:

-mengenali huruf dan angka diajar oleh bapa saya.

-bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh dan sempat menjadi Ketua Pengawas semasa di darjah enam (pengawas bodo2 ja pun) dan mendapat keputusan  3a 1b 1c dalam UPSR.

-bersekolah menengah di Maktab Mahmud Alor Star sehingga tingkatan enam.

-antara kegiatan kemasyarakatan di sekolah menengah antaranya termasuklah menjadi pengerusi pustakawan, exco asrama, ahli majlis tertinggi badan dakwah sekolah dan exco pengawas sekolah serta beberapa tugasan yang lain.

-mengambil PMR pada tahun 2005 dengan keputusan 8 a 1 b.

-mengambil SPM pada tahun 2007 dengan keputusan 6 a (5 AI, I A2), 6 b dan 1 c

-mengambil STAM (sijil tinggi agama Malaysia) pada 2008 dengan keputusan Jaiyyid Jiddan.

-melanjutkan pengajian ke Al-Azhar As-Syariff, kampus induk Kaherah pada September 2009 hingga sekarang.


Apa lagi ya?


Saya tidaklah dikategorikan rajin membaca, Cuma minat untuk selalu membaca sentiasa dicuba untuk diamalkan. Saya lebih gemar membaca daripada menulis. Sastera bukan bidang saya.


Keutamaan saya adalah motivasi yang berbentuk Islamik walaupun sehingga sekarang memang saya belum reti. Sekurang-kurangnya saya tahu di mana minat saya.


Saya tidak mahu bencikan sesiapa melainkan orang-orang yang dituntut oleh agama kita untuk membencinya.  Tetapi saya seorang yang agak sensitif, mudah kecil hati, agaknyalah. Saya suka orang-orang yang berakhlak dengan akhlak Islam.


Rasanya ini sahaja.Rujuk sini (klik) dan sini (klik) untuk penambahan. Semoga kita dapat bersahabat di Syurga Allah.


Amin.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk