pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Showing posts with label remaja. Show all posts

gravatar

inilah kekasih yang paling disayangi

Assalamualaikum.


Mengingatkan baginda nabi, hati saya menjadi sayu. Adakah saya dapat bersama baginda nanti?


Adakah baginda akan menerima saya yang pada ketika itu semua manusia lain selain baginda terlalu sibuk dari memikirkan selain hal dirinya sendiri?


Adakah baginda mahu memberi syafaatnya tatkala saya memohon kepada baginda yang pada ketika itu tiada lagi manusia yang dapat membantu manusia lain selain baginda?


Adakah baginda sanggup memandang wajah saya yang penuh kegelapan maksiat ini?

Sedangkan baginda adalah kekasih Allah.

Twitter
Facebook
gravatar

pekerja yang pelik

Assalamualaikum.


Binalah kekuatan menghadapi ujian hidup dengan penuh pengharapan kepada tuhan kerana Allah adalah satu-satunya yang mampu dan berkuasa untuk memberi manfaat dan menarik mudarat.


Sekiranya seluruh makhluk berkumpul untuk memberi sesuatu perkara kepada anda, perkara tersebut tidak akan terhasil langsung melainkan apabila Allah mengizinkannya terjadi.


Kuasa Allah adalah kuasa yang menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada. Sedangkan tiada suatu makhluk pun yang mampu berfikir tentang sesuatu perkara yang tiada, apatah lagi mengadakannya!


Twitter
Facebook
gravatar

apabila dia bukan jodoh anda

Assalamualaikum.


Boleh dikatakan tajuk artikel adalah termasuk di dalam perkara penjenamaan semula (rebranding) sehingga dengan mengambil berat terhadap tajuk ini akan membuatkan bahan anda akan mendapat lebih perhatian, walaupun sekejap.


Kebahagiaan anda ada bersama tuhan anda. Tiada suatu entiti lain yang mampu berkuasa untuk memberi anda rasa bahagia atau menghalangnya daripada sampai kepada anda.


Hanya Allah yang ada kuasa itu. Memberi dan menarik bahagia daripada sesiapa yang Dia kehendaki.

Twitter
Facebook
gravatar

Inilah saya, anda pula siapa?


Assalamualaikum.


Pernah Tanya tak kepada diri sendiri siapa diri kita ini yang sebenar?

Maksud saya bukannya seperti diri sendiri sekadar yang teraksara di kad pengenalan - Mohd Naimul Firdaus bin Abd Latib, 16 Januari 1990, Kampung Keda Sungai Salleh, Serdang-Kedah, dll… tapi yang saya maksudkan adalah diri kita yang sebenar-benarnya.

Iaitu hakikat pengenalan diri kita yang sebenar.



Kalaulah pengenalan diri kita sekadar seperti yang termaktub macam yang saya tulis kat awal tadi, maka saya boleh sebutkan bahawa pengenalan diri jenis itu adalah untuk membezakan seorang manusia dengan makhluk yang lainnya.


Tiada yang istimewa.

Twitter
Facebook
gravatar

kehendak yang membahagiakan

Assalamualaikum.

Saya akan menghadapi peperiksaan pada hari Isnin depan. Satu-satunya subjek untuk semester pertama ini. Diharapkan Allah memberi saya kesempatan untuk menjadi hambaNya yang paling cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai hamba.

Tugas sebagai seorang hamba sememangnya satu tugas yang berat.

Bekerja tanpa ganjaran. Sebaliknya seorang hamba bekerja sema-mata kerana kehendak tuannya.

Malah, yang lebih dalam daripada itu, saya adalah hamba kepada tuhan, tuhan yang tiada tuhan selain Dia, iaitu Allah.

Tuhan tidak sama dengan tuan. Seberapa hebatpun seorang tuan, dia tidak ada apa-apa kelebihan jika semua orang bawahannya tidak ada. Misalannya seorang lelaki yang memiliki hamba, apabila hamba yang dimilikinya meninggal dunia, masih wujudkan kemuliaan dan kelebihannya?

Twitter
Facebook
gravatar

orang Islam yang baik

Assalamualaikum.



Para da'i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan; tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Maka dengan itu dia akan berada dalam amal-amal yang soleh dan azam kebaikan. 


Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, mengindahkan kejatuhan dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.


Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, terus berlaku. 
undefined

Twitter
Facebook
gravatar

tanda Dia sayang

“Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?” satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

“Macam mana kalau tak betul?”

 Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.

gambar hiasan ini dipetik dari sini

Twitter
Facebook
gravatar

betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?

Assalamualaikum.


Sebelum ada yang emosional baca tajuk ni, saya nak perjelaskan dulu beberapa pendirian yang kita sepatutnya tahu. (Ini cuma pendirian berdasarkan pandangan dan pengetahuan saya)


Yang pertama, urusan agama kita sentiasa ada sumber dan sandarannya bila kita nak buat keputusan apa sekalipun. Makanya bila dikatakan sumber, jelas sekali hawa nafsu dan pandangan akal kita sendiri mestilah tidak kita utamakan.


Akal yang kita ada gunanya untuk mempertimbangkan segala natijah dan kemungkinan yang bakal lahir daripada tindakan-tindakan kita sendiri. Baik atau buruk kesan sesuatu amalan, akal kita sebagai sempadannya. Namun sehebat-hebat akal manusia ia masih terbatas, justeru agama datang sebagai penyelesaian segala masalah.



Twitter
Facebook
gravatar

tolonglah selamatkan saya daripada neraka

Assalamualaikum.


Kata Umar R.A, “hendaklah kamu memperbanyakkan diri mengingati neraka kerana kepanasannya teramat dahsyat, kedalamannya teramat jauh dan penukulnya dicipta daripada besi.”


Ya Allah, tolonglah selamatkan hambaMu ini daripada nerakaMu.


Hanya kepada engkaulah hamba memohon pertolongan. Mana lagi tempat untuk hamba mengadu jika bukan Engkau yang memandang hamba dengan pandangan RahmatMU.


Dengan kekuasaan yang Engkau miliki wahai Tuhan seluruh alam, selamatkanlah kami daripada nerakaMu.

Twitter
Facebook
gravatar

inilah makna bahagia

Assalamualaikum.


Sudah ramai yang mengulas bahagia, tetapi kali ini biarlah hamba pula yang berkata-kata.


Menghadkan bahagia terhadap kekayaan lahiriah semata-mata memang telah lama ditolak oleh manusia kebanyakan. Tetapi menghadkan bahagia kepada apa yang kelihatan di dunia, inilah yang selalu manusia banyak amalkan.


Mungkin kelihatan kejam untuk menyatakan bahawa bahagia ini tiada di dunia.


Tetapi itulah hakikatnya. Bahagia tempatnya di dalam syurga, bersama keredhaan tuhan manusia, Allah Si Pencipta bahagia.

Twitter
Facebook
gravatar

cara mencipta motivasi dalam kehidupan anda

Assalamualaikum.


Saya yakin anda mesti pernah mendengar kata-kata yang berbunyi, 'jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan.'


Sekarang saya akan menambah perkataan insyaAllah di tengah-tengah ayat tersebut sehingga ayat ini jadinya berbunyi begini, 'jika kau fikirkan kau boleh, insyaAllah kau pasti boleh melakukan.'

gambar ini diimport dari sini

Twitter
Facebook
gravatar

Saya bodoh? Suka hati sayalah!

Assalamualaikum.

Ada seorang pemandu yang sedang memandu kereta di dalam kegelapan malam.

Tiba-tiba kenderaannya ditahan seseorang.



Twitter
Facebook
gravatar

perkara yang perlu dilakukan jika terlanjur

Assalamualaikum.


Janganlah sama sekali anda berasa sanggup untuk ditempatkan walau sekejap di neraka Allah. Mintalah sesungguh-sungguhnya supaya dijauhkan daripada tempat yang sangat dahsyat ini.


Saya cakap begini kerana ada waktunya yang anda melakukan maksiat secara sedar, sedangkan anda amat mengetahui setiap kemungkaran kepada Allah, balasannya sangatlah berat.


Anda bayangkan, semua unsur yang ada di dalam neraka dicipta daripada api. Bahkan bukan api seperti api yang kita temui di dunia, tetapi api yang dikatakan 70 kali ganda lebih dahsyat.


Pernahkah anda tersentuh besi panas seperti kuali atau periuk nasi yang panas? Atau pernahkah anda melhat bekas plastik atau botol plastik yang dimasukkan kuah atau air yang panas?


Anda akan melihat ketika itu bekas-bekas plastik tadi akan mengecut atau melebur disebabkan kepanasan cecair yang dikenakan kepadanya.


Maka itulah perbandingannya.


Bayangkan jika yang menjadi bekas plastik tadi adalah jasad anda yang segar bugar itu. Bayangkan yang akan dituangkan cecair panas ke atasnya adalah wajah anda yang cantik dan manis itu. Diceritakan, ahli neraka akan dituangkan cecair panas melalui kepalanya yang panasnya bahan tersebut hingga menyebabkan muka mereka melebur, isi perut mereka hancur, dan kulit-kulit tubuh mereka mencair sehngga tersangkut di buku lali dan tumit mereka.

Twitter
Facebook
gravatar

satu alasan untuk ke syurga

Assalamualaikum.


Ada satu alasan yang kukuh bagi melayakkan seorang hamba Allah untuk masuk ke syurga dengan rahmatNya. Alasan tersebut adalah hamba Allah ini mestilah seorang yang hebat.


Syurga menantikan orang-orang hebat untuk memasukinya. Tidak menjadi hebat adalah alasan yang kukuh untuk tidak melayakkan manusia untuk mendapat nikmat di daerah yang dijanjikan kebahagiaan ini.

Twitter
Facebook
gravatar

bersih 2.0 : siapa yang taksub dan jawapan pokok kelapa

Assalamualaikum.


Hanya seorang manusia sahaja untuk layak kita bertaksub dengannya iaitu nabi kita Muhammad S.A.W. Selain baginda, tiada lagi manusia zaman ini yang layak mendapat pengktirafan sedemikian.


Namun sumber perundangan agama kita tidaklah terlalu kecil dan sempit hingga membataskan hukum-hukum kepada apa yang tertulis di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadis semata-mata.


Sebaliknya dua sumber ini menjadi asas yang akhirnya mewujudkan berpuluh-puluh lagi sumber pengambilan hukum untuk kita beramal dengannya (sama ada yang disepakati ulama seperti ijmak dan qias, mahupun yang ulama berselisih mengenainya seperti masolih mursalah, istihsan, 'uruf, adat dan berpuluh-puluh lagi sumber yang benar-benar diiktiraf oleh mereka).


Ianya adalah ibarat pokok kelapa yang jika kita mencubit walau dari bahagian manapun nescaya bahagian itu akan memberi manfaat dengan syarat bahagian itu memang berasal daripada pokok tersebut.


Twitter
Facebook
gravatar

sifat seorang isteri yang penyayang

Assalamualaikum.


Saya perasan juga ada kawan-kawan yang kemaskini artikel tentang hari ibu. Kemudian timbul pula pandangan beberapa orang yang lain bahawa meraikan ibu masing-masing tidak perlukan kepada hari-hari khusus, sebaliknya setiap masa.


Masalah ini saya tinggalkan untuk anda jawab sendiri kerana hakikatnya semua orang mahu sayang dan menghargai ibu masing-masing.


Cuma bila saya mengenang adanya hari ibu ini, secara tidak langsung ia akan mengheret kisah bagaimana seorang wanita menjadi isteri sebelum kemudiannya menjadi ibu.


by ~TheCalling


Twitter
Facebook
gravatar

motivasi petua mengatasi masalah cinta 1

Assalamualaikum.


Ada dua perkara utama yang anda perlu faham untuk mengatasi masalah cinta.


Yang pertama adalah mengetahui hakikat cinta.


Memang banyak pihak yang mentakrifkan cinta dengan makna dan terjemahan mereka tersendiri sehingga ada yang menyatakan cinta itu sebagai sesuatu yang subjektif. Namun Imam Ghazali sebenarnya telahpun memberikan kepada kita sebuah takrifan cinta yang cukup padat dan tepat dengan kata beliau bahawa, "cinta adalah suatu kecenderungan terhadap sesuatu yang memberikan manfaat".

undefined



Twitter
Facebook
gravatar

ciri-ciri gadis murahan dan lelaki pengecut

Assalamualaikum.


Jom sentap sikit malam ni. Er, buat-buat faham sudah. Tentang lelaki pengecut dan gadis murahan.


Sebenarnya, bagi saya lelaki yang gemar bermain dengan perasaan wanita adalah seorang lelaki yang pengecut.


Mengapa?


Kerana dia hanya bermain dengan sehelai kapas yang lembut. Nipis, ringan dan mudah diterbangkan. Ke mana angin ingin menerbangkan, kapas mengikutinya dengan rela.

Twitter
Facebook
gravatar

15 tip blogging terbaik untuk dimanfaatkan

Assalamualaikum.


Yang tidak berblog dijemput baca artikel perkara yang perlu dilakukan apabila terlanjur.




Ok, sambung balik pasal tip blogging terbaik.




Sebenarnya saya sudah menerbitkan beberapa artikel berkenaan tip blogging di dalam blog ini


Jadi tip-tip blogging terbaik yang akan saya utarakan kali ini secara umumnya telahpun saya kongsikan pada artikel-artikel yang lepas. Memang rugi jika anda terlepas peluang untuk membaca setiap satu daripadanya.




Tetapi sebagai galakan, saya akan menceritakan secara ringkas tip-tip blogging terbaik tersebut di dalam artikel ini supaya anda akan berminat untuk memilih mana-mana daripada tajuk tip-tip blogging terbaik seperti yang saya senaraikan di bawah ini:

Twitter
Facebook
gravatar

penyelesaian masalah remaja perempuan dan generasi muda yang rosak akhlak

Assalamualaikum.




Nabi kita SAW bersabda, "Bagaimana dengan kalian jika para remaja perempuan dan para generasi muda kalian rosak dan runtuh akhlaknya, sedang kalian tidak memerintahkan kebaikan dan tidak melarang kemungkaran?




para sahabat bertanya, "Apakah itu benar akan terjadi, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "ya bahkan yang lebih buruk dari itu akan terjadi iaitu saat kalian akan memerintahkan keburukan dan melarang kebaikan."




Mereka lagi-lagi bertanya, "apakah itu benar akan terjadi?" 




"Ya," jawab Rasulullah, "dan lebih dari itu apa yang akan kalian lakukan jika kalian telah melihat kebaikan sebagai kemungkaran dan kemungkaran sebagai kebaikan?".





Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk