pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Showing posts with label For Myself. Show all posts

gravatar

kehendak yang membahagiakan

Assalamualaikum.

Saya akan menghadapi peperiksaan pada hari Isnin depan. Satu-satunya subjek untuk semester pertama ini. Diharapkan Allah memberi saya kesempatan untuk menjadi hambaNya yang paling cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai hamba.

Tugas sebagai seorang hamba sememangnya satu tugas yang berat.

Bekerja tanpa ganjaran. Sebaliknya seorang hamba bekerja sema-mata kerana kehendak tuannya.

Malah, yang lebih dalam daripada itu, saya adalah hamba kepada tuhan, tuhan yang tiada tuhan selain Dia, iaitu Allah.

Tuhan tidak sama dengan tuan. Seberapa hebatpun seorang tuan, dia tidak ada apa-apa kelebihan jika semua orang bawahannya tidak ada. Misalannya seorang lelaki yang memiliki hamba, apabila hamba yang dimilikinya meninggal dunia, masih wujudkan kemuliaan dan kelebihannya?

Twitter
Facebook
gravatar

Peringatan kepada orang Islam

Assalamualaikum.





Berilah berita gembira kepada hamba-hamba Allah yang bermaksiat bahawa Allah sentiasa ada masa untuk memaafkan mereka sekiranya mereka mencari keampunanNya.


Jangan lengah daripada mendapatkan keampunan Allah dari maksiat yang anda lakukan. Bahkan berlengah-lengah dengannya menyebabkan anda terus terperosok di dalam kekejian.


Berilah peringatan kepada hamba-hamba Allah yang taat bahawa segala amalan baik mereka hanya dipandang jika hanya Allah yang menjadi tujuan.


Jangan bangga dengan kebaikan yang anda lakukan. Bahkan berasa bangga dan puas dengan amalan walaupun apa alasannya adalah bukan dari sifat yang terpuji.

Twitter
Facebook
gravatar

tolonglah selamatkan saya daripada neraka

Assalamualaikum.


Kata Umar R.A, “hendaklah kamu memperbanyakkan diri mengingati neraka kerana kepanasannya teramat dahsyat, kedalamannya teramat jauh dan penukulnya dicipta daripada besi.”


Ya Allah, tolonglah selamatkan hambaMu ini daripada nerakaMu.


Hanya kepada engkaulah hamba memohon pertolongan. Mana lagi tempat untuk hamba mengadu jika bukan Engkau yang memandang hamba dengan pandangan RahmatMU.


Dengan kekuasaan yang Engkau miliki wahai Tuhan seluruh alam, selamatkanlah kami daripada nerakaMu.

Twitter
Facebook
gravatar

kepada kaum yang lemah

Assalamualaikum.


Saya tahu anda lemah. Jika anda kuat pasti anda mampu menjadi manusia berpengaruh yang kesannya bukan sahaja terasa oleh manusia di bumi, tetapi sehingga menghairankan makhluk di langit.


Itu buktinya bahawa anda adalah kaum yang lemah.


Tetapi lemahnya anda bukanlah bertujuan supaya anda berasa puas dengan kelemahan ini. Apatah lagi untuk berputus asa.


Sebaliknya anda dijadikan lemah supaya terasa kekuatan Allah Yang Maha Besar.


Twitter
Facebook
gravatar

belum mahu nikah

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, semalam diberi kelapangan untuk menjawab peperiksaan dengan tenang.


Ini adalah madah pertama maka ia jadi sangat memberi kesan terhadap madah-madah yang seterusnya. Semoga semuanya menjadi lapang hingga melorongkan kita dengan lurus ke jalan mencari redhaNya.


Selesai menjawab semalam, ramai yang menunggu di luar dewan untuk pulang dengan kawan-kawan serumah.


Tiba-tiba, tatkala bersalaman, seorang sahabat menyebut, "bittaufiq wannajah, wannikah!"


p/s: saya nak najah, tapi belum mahu nikah. :)

Twitter
Facebook
gravatar

mengapa perlu memohon maaf?

Assalamualaikum.


Beristighfar bagi seorang muslim bukanlah satu hal yang asing. Bahkan ketidakasingan ini hingga akhirnya mengakibatkan ramai muslim yang memandang ringan kepada pengamalannya.


Istighfar bukanlah payah. Tetapi untuk sentiasa melazimi beristighfar saban waktu memerlukan diri menjadi seorang mukmin yang sentiasa ingat kepada tuhannya.


Tanyalah kepada diri anda sendiri.


Siang dan malam anda berapa banyak yang diisi zikir dan istighfar?

Twitter
Facebook
gravatar

Dua asas menulis blog

Assalamualaikum.


Menulis blog ada asas tersendiri yang diperlukan supaya anda ada fokus dan tahu bagaimana untuk berblog dengan baik. Bahkan untuk menjadi pemblog yang Berjaya bukan sekadar menulis, tapi mengurus blog.


Saya simpulkan asas mengurus blog terbahagi kepada dua. Yang pertama adalah dari sudut menyusun blog yang meliputi kesesuaian template, widget-widget yang bermanfaat, dan loading blog yang cepat.


Yang kedua adalah teknik menulis artikel. Antara perkara yang terpenting dalam bahagian artikel pula antaranya pemilihan tajuk blog dan olahan idea dalam artikel.


Kedua-dua bahagian ini penting. Namun salah satunya akan menjadi lebih penting mengikut kepada tahap penerimaan pembaca blog anda atau tahap pembabitan anda terhadap blog anda sendiri.


Tak faham?

Twitter
Facebook
gravatar

mari promosi blog anda di sini

Assalamualaikum.

Sukacita dimaklumkan penyertaan peraduan promosi blog selama sebulan (klik untuk join) setakat sekarang adalah 8 blog dengan link-link yang berkut:


  1. http://ariffah9.blogspot.com/
  2. http://ukhwah-dhearty.blogspot.com/2011/05/peluang-promosi-blog-selama-sebulan.html
  3. http://aiedasyid.blogspot.com/2011/05/hamba-zaman-sekarang.html
  4. http://baizuratuha.blogspot.com/2011/05/hamba-zaman-sekarang.html
  5. http://piahbecok.blogspot.com/2011/05/hamba-zaman-sekarang-ulasan-ringkas.html
  6. http://myilhamz.blogspot.com/2011/05/hamba-zaman-sekarang.html
  7. http://syazana-aziz.blogspot.com/2011/06/hamba-zaman-sekarang.html
  8. http://syauqatulwardah-lavender.blogspot.com/2011/06/hamba-zaman-sekarang.html


Enam daripada mereka juga sudah diriview di dalam artikel-artikel saya, seperti dijanjikan bahawa 10 blog terawal yang mendapat hadiah istimewa ini.


Maka ditolak daripada 8 blog di atas, dua blog terawal yang menghantar penyertaan selepas ini akan mendapat peluang untuk diriview di dalam artikel blog saya yang sudah lebih 800 follower ini.



Syarat penyertaan ini juga cukup mudah. Tak berbaloi jika dibandingkan dengan hadiah promosi blog selama sebulan yang akan saya berikan kepada 5 blog yang terbaik.

Malah semua penyertaan juga akan disenaraikan di dalam bloglist saya yang baru nanti.

Twitter
Facebook
gravatar

Mengapa perlu menangis

Assalamualaikum.


Hakikatnya anda sekarang terlalu sukar untuk menangis, betul? Sekurang-kurangnya anda pasti lebih banyak ketawa daripada menangis.


Bagaimana anda mahu menangis sedangkan di dalam hati anda penuh dengan berkeinginan kepada dunia.


Kekayaan harta, kecantikan rupa, kemasyhuran nama dan kemewahan benda, semua ini telah menjauhkan anda dari merasa perlunya menangis.
  

Twitter
Facebook
gravatar

game antara blogger

Assalamualaikum.


Saya baru sebut tentang membina keseronokan berblog dalam artikel baru-baru ini. Dijemput kepada semua terutamanya yang mempunyai blog untuk kembali membacanya.


tajuk blog berkaitan dengan link dalam gambar


Banyak lagi artikel saya berkaitan teknik berblog. Kalau anda kali pertama di sini rajin-rajinkanlah diri semak artikel-artikel saya yang lepas.

Twitter
Facebook
gravatar

Bagaimana membina keseronokan berblog

Assalamualaikum.


Berblog sangat seronok jika kena gayanya. Ada orang bila sudah mendapat gaya berblog ini, dia dapat menghasilkan sehingga berbelas artikel sehari.


Jika anda mahu membina keseronokan berblog, mari kita kongsikannya. Saya pun bukannya pandai sangat.


Sampaikan apa yang anda tahu


Apabila anda menyampaikan apa yang anda ketahui, secara tidak langsung anda telah melakukan dua perkara sekaligus.

Twitter
Facebook
gravatar

BA - 5 blog pilihan hati

Assalamualaikum.


Disebabkan benda ni saya yang mintak beliau jalankan, maka saya turut serta.



5 blog pilihan hati.


  1. http://saifulislam.com/9929
  2. http://genta-rasa.com/
  3. http://iqbalsyarie.blogspot.com/
  4. http://langitilahi.com/
  5. http://www.motivasi-islami.com/ 


tambah satu lagi, nazrulnasir.blogspot.com


Semua blog yang disenaraikan ini sangat pandai menulis. Pernah tulis dan terbitkan buku masing-masing. Bahasa penyampaian mereka sangat menyentuh hati dan membuka minda.

Twitter
Facebook
gravatar

rahsia menulis artikel

Assalamualaikum.


Ada masanya anda berasa tidak mampu menulis artikel blog dengan baik? Cuba semak semula. Pasti ada silapnya di mana-mana.


Secara ringkasnya, kekuatan untuk update blog dengan kerap bergantung kepada sejauh mana kemahiran dan kesungguhan anda dalam menulis.


Lebih mahir anda menulis, mungkin lebih kerap anda menulis. Lebih bersungguh anda dalam mahu menyampaikan isi tulisan, mungkin lebih kerap anda menulis.


Twitter
Facebook
gravatar

pendedahan: mengapa Allah rahsiakan

Assalamualaikum.


Berhentilah memberi alasan untuk terus bermaksiat. Berhentilah.


Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Namun kita tidak akan sanggup untuk dijauhkan dari redhaNya.


Dengan demikian bersegeralah mencari. Perbanyakkanlah meminta. Teruskanlah memberi ketaatan.


Sesungguhnya Allah menyembunyikan murkaNya dari segala kejahatan supaya tidak ada satu kejahatan pun yang kita lakukan melainkan kita bertaubat daripadanya. 

Twitter
Facebook
gravatar

Bukti kekuasaan Allah

Assalamualakum.


Telah terpadam lampu-lampu yang menyinari buana. Telah mendiam seluruh suara yang lunak dan bersemangat.


Yang tetap ada adalah Allah dan segala kekuasaanNya. Dia sentiasa hidup dan tidak akan mati.


Dia penuh berkuasa hingga kuasaNya tidak perlu bertambah. Dia penuh sifat Penyayang hingga kasihnya tidak akan habis biarpun seluruh makhluk menuntutnya.


Yang masih lalai hanyalah kita.

Twitter
Facebook
gravatar

status saya sudah berubah

Assalamualaikum.


Sukacita dimaklumkan bahawa status saya ketika ini adalah tidak sama dengan status saya beberapa minggu yang lepas.


Hal ini terpaksa saya akui selepas mendapat teguran daripada seorang sahabat, semalam.


Katanya, "anta kena keluar dari zon anta sekarang. Sudah masanya untuk anta berikan 100 peratus terhadap apa yang akan anta lalui selepas ini".

Twitter
Facebook
gravatar

cara untuk ikhlas


Assalamualaikum.


Semasa saya menjalankan peraduan promosi blog selama sebulan, seorang peserta bertanya kepada saya bagaimana cara untuk mendapatkan niat yang terbaik ketika melakukan sesuatu.


Er, peserta tersebut adalah piahbecok (kenapa namanya kelihatan negatif) yang amat baik hati telah kembali melontarkan soalan kepada saya mengenai ikhlas dalam melakukan amalan.


Saya dah sebut ini banyak kali. Tapi saya akan sebut lagi supaya kita selalu beringat.

Twitter
Facebook
gravatar

Jadikan blog anda disukai pembaca



Assalamualaikum


Susun atur yang baik sangat penting untuk memastikan kelangsungan traffik dan pembaca blog anda.  Blog yang mengambil masa yang panjang untuk loading akan membuatkan pembaca bosan dan tidak berminat untuk meneruskan pembacaan.


Contoh penyusunan blog yang berserabut adalah seperti berikut:
  1. ·         warna yang digunakan tidak sesuai
  2. ·         tidak menggunakan readmore hingga menyebabkan artikel memenuhi muka depan (homepage) sekaligus menjadikan loading lambat
  3. ·         memasukkan widget-widget yang tidak penting seperti jam, bintang-bintang, widget pelawat widgeo (dll yang menyebabkan timbul pop out window), gambar di sidebar yang terlalu banyak.
  4. ·         Dan lain-lain (siapa tahu sila tambah di bahagian komen. 


Selain itu, ujilah berat blog anda di tempat timbang blog. Jika blog anda melebihi 120 kb, itu sudah dikira berat dan termasuk di dalam loding blog yang lambat.


Kekemasan blog akan menjemput pembaca untuk menikmati artikel anda. Tetapi perlu diingat, hanya artikel bernas dan bermanfaat akan diingati oleh pembaca anda.


Twitter
Facebook
gravatar

teknik menarik pembaca ke blog



Assalamualaikum.


Tahukah anda teknik menulis artikel yang baik dan kreatif boleh menyebabkan pembaca tersangkut di blog anda selama hampir bilangan jam.


Anda mahu tahu caranya?


Mari kita kongsikan. Saya pun bukannya tahu sangat.


Tajuk yang menangkap


Sebelum sampai ke blog anda, para pembaca terlebih dahulu akan melihat tajuk artikel yang anda tuliskan. Jika mereka tertarik, barulah link artikel anda  akan diklik.

Twitter
Facebook
gravatar

game antara blogger bermula

NAMA KUMPULAN: JET JET SEMUT

KETUA KUMPULAN: Belog MTT

AHLI KUMPULAN seramai 10 orang yang terdiri dari blogger:

2) Ady Budika (http://www.adybudika.com)
4) Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine (http://topimagine.blogspot.com)
6) Izzat Nazmi Saiful Bahri (http://skytechxtreme.blogspot.com)
8) Mohd Naimul Firdaus (http://naimulfirdaus.blogspot.com)

KENAPA NAMA KUMPULAN ITU DIPILIH ?

Sebab munasabahnya nama kumpulan ini di pilih adalah kerana bukan terpengaruh dengan cerita dongeng hantu kak limah tapi kerana kami teruja dengan kekentalan kak limah yang berdiri di atas bumbung lalu menerbangkan diri ke atas pokok sena tanpa kecederaan..Lantas dengan itu kekentalan hati Kak Limah akan sentiasa terpahat dalam hati kami sebagai BLOGGER..Berani untuk menghadapi apa jua situasi walau pon di kejar oleh orang Hospital Bahagia.. Kami sebagai BLOGGER tidak takot di hentam Cik Anon..Kalau Cik Anon sudi meh la singgah blog sambil poco poco lagu JET JET SEMUT :D

Sila klik SINI untuk maklumat lanjut.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk