pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Detik emas merah

Ramadhan sudah hampir berakhir. 


Satu perkara yang kita risaukan adalah, Ramadhan ini berakhir, sedangkan kita tidak berjaya membawa diri kepada sebuah penghijrahan ke arah kebaikan.

Justeru, baki masa yang amat sedikit ini, marilah kita bermuhasabah semula agar detik-detik terakhir kita mengharungi tarbiyah Ramadhan ini, tidak dibazirkan walaupun sesaat, bahkan setiap detik kita mengisinya dengan ibadah dan zikir.

rujuk gambar di sini




Detik-detik keemasan

Kelompok manusia apabila dipergolongkan kepada beberapa kumpulan mengikut umur mereka, akan tersenarai satu kumpulan manusia yang kita kenali mereka dengan gelaran warga emas.

Siapakah mereka?

Mereka secara umumnya adalah kelompok manusia yang usianya telah lanjut, sekitar 60 tahun, mendekati usia purata datangnya ajal kebanyakan manusia.

Lantas mereka digelar sebagai warga emas, merujuk kepada detik-detik hidup mereka yang sangat bermakna.

Maka di sini kita memandang bahawa Ramadhan juga begitu.

Masa yang berbaki benar-benar sangat suntuk. Detik-detik Ramadhan yang berbaki bukan lagi sebagai masa-masa keemasan, bukan juga senilai emas merah yang amat sukar didapati, bahkan nilainya sudah tidak dapat dibandingkan dengan apa bentuk kekayaan yang ada di muka bumi ini.

Dengan jaminan pembebasan daripada neraka yang disebutkan baginda Nabi, tentu sekali tidak akan ada satu jenis penghargaan daripada dunia ini yang dapat menandingi harga Ramadhan ini.

Sepatutnya kita tidak bazirkannya

Terdapat satu hadith Rasulullah SAW yang apabila saya ingat-ingatkan dan muhasabah semula, menimbulkan satu kegerunan yang amat dasyat kepada diri saya sendiri.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah naik mimbar seraya berkata, “Amin.. Amin.. Amin..”

Para sahabat bertanya kepada Baginda,  “Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan amin, amin, amin..”

Sabda Baginda “Sesungguhnya Jibril datang kepadaku, dan dia berkata, “Barangsiapa yang datang kepadanya Ramadhan tapi tidak diampuni dosanya maka akan dimasukkan neraka dan akan Allah menjauhinya, katakanlah “Amin”, maka aku pun mengucapkan Amin….”

Kita perhatikan, terdapat tiga point penting.

1. Datang kepadanya Ramadhan, tetapi tidak diampuni dosa-dosanya.

2. Akan dimasukkan ke dalam neraka.

3. Dan Allah akan menjauhinya.

Tidakkah ini menggerunkan?


Walaupun sedetik, ia adalah peluang yang diberikan

Sekarang, masa yang berbaki untuk menjalani ibadah Ramadhan pasti sangat suntuk. Mungkin dua hari, sehari, beberapa jam, atau Ramadhan telahpun berlalu, bergantung kepada masa anda membaca risalah ini.

Namun, meskipun sekarang ini hanya tinggal beberapa minit sebelum Ramadhan melambaikan tangannya, ianya adalah kita masih lagi diberikan peluang untuk menambahkan amal. 

Perhatikan peringatan daripada Allah kepada kita,

“Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu, dan memberikan kamu masa yang cukup untuk berfikir dan beringat oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat?, dan bukankah kamu telahpun didatangi oleh Rasul Kami yang memberi peringatan?” Surah Al-Faathir ayat 37.

Ayat di atas ini difirmankan oleh Allah di dalam kitab-Nya yang suci menjawab kepada permintaan daripada ahli neraka apabila mereka memohon untuk dikeluarkan dari situ untuk beramal soleh.

Namun, itu jawapan kepada ahli neraka. Mereka yang ketika peringatan-peringatan disampaikan kepada mereka, mereka hanya lengah.

Tetapi kita?

Kita tidak seperti mereka. Kita masih ada waktu. Ramadhan belum berakhir. Nyawa belum ditarik.

Tanda peluang masih dibuka.

Tinggal, sejauh manakah kita menggunakan peluang yang diberikan ini.

Tik tok, tik tok. Masa terus berjalan.


Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk