pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

bahagia ini bukan kerana dia, tapi Dia.

Hati saya sedang bercorak bahagia. Coraknya pula seperti pelangi petang yang dilukis di serambi langit, tatkala hujan renyai baharu selesai menyegari bumi kontang.



Pesona sekali bahagia ini.



Mesti anda mahu bertanya mengapa. Mengapa sehingga saya menjalin anyaman bahagia ini begitu ayu sekali.



Tapi jangan risau, saya akan terangkan di dalam artikel ini juga.



Jadi, jangan keberatan membacanya sehingga selesai.
:)

gambar ini diimport dari sini





Sebenarnya saya selalu rasa bahagia. Dan sebab-sebab untuk saya merasa bahagia sudah saya kongsikan dalam banyak artikel-artikel yang lepas, cuma saya tidak menyebutnya dengan jelas.



Kalau anda pembaca setia yang selalu faham isi blog saya, rasanya ini tidak terlalu sukar untuk ada fahami.




Beginilah, rasa bahagia saya ini tak ada kaitan dengan perasaan cinta saya disambut positif oleh si dia. Bukan, pasti bukan kerana sejak mula lagi dia sudah menegatifkannya. Ini kerana sudah lama saya tak mengorat dia. Bahkan, saya sekarang sudah tidak lagi ghairah untuk mencuba menahaskan diri dengan melakukan perkara itu.




Tetapi, jangan pula disangka rasa cinta itu sudah hilang. Saya akan kekal untuk menjadi pencintanya selagi ketentuan Allah tidak menghalang untuk saya mencintainya. Bukankah cinta itu fitrah manusiawi?



Er, ni artikel jiwang ke? Tak boleh blah betul la aku ni...



Tak apalah, balik semula. Jadi, apa sebabnya sehingga bahagia saya ini terlukis begitu indah.



Anda tak tahu lagi?



Baiklah, mari saya beritahu anda. Tapi ada masalah sikit. Masalahnya ialah ianya akan terkongsi di dalam artikel selepas ini, insyaAllah.



Erm.. Saya sudah memungkiri janji. Sudikah anda memaafkan saya?
:(

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk