pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

inilah kekasih yang paling disayangi

Assalamualaikum.


Mengingatkan baginda nabi, hati saya menjadi sayu. Adakah saya dapat bersama baginda nanti?


Adakah baginda akan menerima saya yang pada ketika itu semua manusia lain selain baginda terlalu sibuk dari memikirkan selain hal dirinya sendiri?


Adakah baginda mahu memberi syafaatnya tatkala saya memohon kepada baginda yang pada ketika itu tiada lagi manusia yang dapat membantu manusia lain selain baginda?


Adakah baginda sanggup memandang wajah saya yang penuh kegelapan maksiat ini?

Sedangkan baginda adalah kekasih Allah.



Hidup baginda penuh dengan suri teladan yang baik. Sirah baginda adalah sejarah terulung yang tiada bandingannya.


Baginda berjuang menyemai cahaya Islam ke dalam hati para sahabat yang pada masa itu seluruh kehidupan mereka disurami kegelapan jahiliyyah, dan mengubah mereka menjadi generasi terbaik yang pernah diketahui.


Kalau bercerita berkenaan baginda Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam 10 hari pun mungkin tidak habis. Hal ini kerana, baginda ibarat lautan ilmu yang berjaya. Baginda adalah qudwah hasanah kepada manusia yang inginkan syurga Allah SWT.


Sesungguhnya pada Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi siapa yang inginkan Allah dan hari akhirat…” Al-Ahzab ayat 21.


Baginda sangat mulia dan tidak mampu diceritakan semuanya dalam dua tiga muka surat. Peribadi baginda terlalu bersih dan amat menawan. Hatta diam baginda juga menjadi tauladan.


MasyaAllah.


Adakah kita sudah benar-benar mengenali baginda?


Jika belum, maka selaklah sirah baginda.


Sesungguhnya kita akan jatuh cinta dengannya.



Saya memohon ampun daripada Allah Subhanahu Wa Taala kerana dalam catatan ini saya tidak mampu membawa makna yang sebenar tentang ketinggian dan kemuliaan peribadi baginda.


Diri saya yang serba hina ini sangat tidak layak untuk berbicara berkenaan baginda, namun saya tidak mahu melepaskan peluang daripada menyebutkan kepada diri dan kepada anda supaya kita sama-sama memperbanyakkan diri mengenang baginda yang ketika berhadapan sakaratul maut masih mengingati kita, ummatnya ini.


Justeru, untuk kesekian kalinya saya mengajak,


Marilah kita mengenang dan mencintai baginda.


Supaya dengan kecintaan itu mendekatkan kita kepada baginda yang mulia.



Dari Abu Musa al-Asy’ari berkata: Rasulullah bersabda: Seseorang itu bersama orang yang ia cintai. (Muttafaqun 'alaihi)



p/s: sila baca sirah Nabi dan pengajarannya di http://www.scribd.com/doc/8000454/Sirah-Nabawiyah-Mustafa-Sibaie

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk