pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?

Assalamualaikum.


Sebelum ada yang emosional baca tajuk ni, saya nak perjelaskan dulu beberapa pendirian yang kita sepatutnya tahu. (Ini cuma pendirian berdasarkan pandangan dan pengetahuan saya)


Yang pertama, urusan agama kita sentiasa ada sumber dan sandarannya bila kita nak buat keputusan apa sekalipun. Makanya bila dikatakan sumber, jelas sekali hawa nafsu dan pandangan akal kita sendiri mestilah tidak kita utamakan.


Akal yang kita ada gunanya untuk mempertimbangkan segala natijah dan kemungkinan yang bakal lahir daripada tindakan-tindakan kita sendiri. Baik atau buruk kesan sesuatu amalan, akal kita sebagai sempadannya. Namun sehebat-hebat akal manusia ia masih terbatas, justeru agama datang sebagai penyelesaian segala masalah.



Yang kedua, suruhan yang sebenarnya datang berkenaan aurat orang Islam bukanlah tudung atau jubah dan sebagainya, tetapi suruhan tersebut didatangkan dengan makna suruhan menutup aurat. Buatlah macam mana pun, janji aurat itu tertutup.


Maka sebab tu masih timbul istlah-istilah pakai tudung pun tapi ..... anda isi tempat kosong tu sendiri. Hakikatnya yang wajib ditutup adalah aurat. Kena faham apa takrifan aurat tu yang penting barulah kita boleh nilai kita ni dah ikut syarak atau belum.


Yang ketiga, menutup aurat adalah tuntutan dan suruhan syarak. Syarak ni adalah Allah dan RasulNya. Syarak tidak akan menyuruh, melainkan semua suruhan dan tuntutan tersebut akan memberikan kebaikan kepada yang disuruh. Itu hakikat yang kita semua akui.


Kesimpulannya, yang suruh tutup aurat ni bukan manusia. Bukan ibu kamu atau ayah kamu, bukan suami atau bakal suami kamu.


Tetapi yang menyuruh supaya aurat ditutup adalah Tuhan kamu. Jika kamu benar-benar beriman dengan Tuhan tersebut, mengapa masih banyak alasan yang kamu berikan untuk mentaati suruhanNya?


Jawablah kalau berani.

Twitter
Facebook

Comments (85)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hurm... hukum dan arahan Allah.. kenapa nak dibahaskan lagi...
sangat tertarik dengan entri nih.. dan perlahan2 membuka pemikiran saya... setiap manusia itu harus ikut perintah Allah dan RasulNya. :)
jadi tak ada alasan bagi seseorang mengatakan belum sampai seru untuk itu dan ini... sebab kenapa dia harus tunggu seru sedangkan benda itu wajib...
entri nih punya nilai kesedaran yang tinggi... thanks...
My recent post 7 keistimewaan bunga mawar pada manusia
1 reply · active 657 weeks ago
huhu..sedeh baca artikel ni...
sape lah kite hamba Dia kan..
T_T
Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. An Nisa (4): 59)

bagus entri ni,membuka minda para pembaca utk berfikir...
ssh nk clp mengenai nie...
sb semua da persepsi msing kan..
tp klu dh syariat Islam..
n wajib menutup aurat...
x pyh pon nk wat..
yg terbuka sna cnie 2..
xtawla diorg nk tunjuk pa...
hurm...
dunia khir zman la kan..
suka dengan entry ni... aurat itu wajib ditutup dan jika tidak menutu aurat dengan sempurna sekarang hanya tika bila roh bercerai dari jaasd baru aurat akan ditutup dengan sempurna.. wallahualam
My recent post Segmen : Saya Blogger Ipta/s
Hal aurat dah tudung tiada KHILAF atau perbezaan pendapat antara bijak pandai jelas tertulis dalam Al Quran tiada tolak ansur dan di ceritakan balasannya ketika Rasulullah SAW dinaikkan untuk Isra Mikraj.
sebagai hamba-Nya yang menerima rezeki dan kekayaan
dari pemberian-Nya, salahkah kita wahai perempuan
utk menjalankan KEWAJIBAN itu dan taat pada suruhan-Nya...

manusia itu memang selalu dlm kerugian....
My recent post PS3, dried cranberry dan lain2
kuahkacang's avatar

kuahkacang · 714 weeks ago

yeah.. betul.. sbb anatare wanita yang layak masuk ke syurga adalah wanita yang menjaga maruahnye.. kan..
bila sebut pasal aurat semua letak atas bahu perempuan... jangan lupa lelaki pun ada aurat yang perlu dijaga... aurat perempuan itu terbuka kerana ada lelaki yang ingin lihat aurat itu terbuka.... tepuk dada tanya iman... Wallahualam....
6 replies · active 710 weeks ago
as salam

sekadar nak berkongsi.. lelaki pun RAMAI yang tidak menjaga aurat dengan sempurna?
aurah lelaki dari pusat hingga ke lututnya. tapi ramai juga lelaki sekarang yang memakai seluar yang jelas menampakkan susuk bentuk tubuh dari pusat hingga ke lutut.

kebanyakan kita hanya nampak pada kaum hawa dalam soal ini. jangan kita lepas pula pandangan pada kaum adam.
saling menasihati.

allahua'lam bisshowab.
limau purut's avatar

limau purut · 714 weeks ago

semuanye atas diri sendiri...
tapi mcmana nak attract org yg tak pakai tudung tu ..pakai tudung?

soal tutup aurat satu hal,,,solat pun satu hal lagi......aku nak tolong tapi...aku pun tak tau cara nak tegukkk tu cane
2 replies · active 714 weeks ago
thanks atas perkongsian pendapat ni..tertarik dgn entri ni..membuka minda..
dunia akhir zaman..semakin ramai golongan manusia yg tidak suka ditegur kesilapannya sedangkan teguran itu utk kebaikannya..
My recent post Penghabisan stok: Jualan Murah Handbag Wanita
tutup aurat selagi boleh ...
My recent post Sotong kurita curi video kamera scubaman yang tengah rakam video
1 reply · active 709 weeks ago
Assalamualaikum.
bagi saya, apa lagi yang kita mahu pertikaikan
apabila berkaitan dengan hukum dan perintah Allah..
kita perlu sedar, kita hanya hambanya.. Wajib untuk kita mentaati Allah.
termasuklah hukum menutup aurat.

My recent post KL Cleaning Services Sdn. Bhd
fly to the sky's avatar

fly to the sky · 713 weeks ago

mak saya pernah ckp, manusia yg bergelar muslim yg tak menutup aurat itu merasakan dirinya lagi terer dari Allah. kalau dah rasa diri tu terer sgt, pergi la cipta planet sendiri. buat sibuk2 nak duduk kat Allah punya?
1 reply · active 686 weeks ago
salam..
tajuk yang dibincangkan sangat menarik.. kenapa ia tidak dilanjutkan penulisan mengenai tren memakai tudung, tren berpakaian.... dimana menutup aurat tetapi tidak..
1 reply · active less than 1 minute ago
setuju, lantak lah taknak pakai tudung je, janji tak tutup aurat.
saya memang tak setuju dengan kata2 sesetengah orang kalau tak pakai tudung "mesti" masuk neraka
My recent post Bagaimana menulis TIP BLOGGING TERBAIK?
Assalammualaikum...
ada satu renungan....ada kah semua orang yang menutup aurat akan ke syurga ?
1 reply · active 711 weeks ago
Orang yang ke syurga orang yang mengikut suruhan Allah i.e. menutup aurat dengan sempurna...orang yang ke neraka, orang yang ingkar suruhan Allah i.e. tidak menutup aurat walaupun dia tahu hukumnya, tidak jahil, gila etc...Nabi dah jelas dalam hal ini..sama mcm tak solat = ke neraka...halnya sama..kenapa susah sangat nak tutup aurat? peliklah..
1 reply · active 709 weeks ago
janji aurat di tutup ..
My recent post Hargailah Kehidupan ..
nice entry btw . saya nak bagi suggestion . apa kata tuan blog kupas tajuk aurat lelaki yang semakin tidak dijaga . lagi - lagi bila bermain bola . keep it up ;)
Dah patut tutup aurat, tutup je la. Masalah nye, ramai org ingat sekadar pakai tudung tu dah cukup syarat dah tutup aurat. Klu kite tgk sekarang, ramai org pompuan yang kenakan tudung tapi baju yang dipakai tu sendat-sendat belaka. Saya pernah nampak seorang budak tu bagi tau mak dia t-shirt yang mak dia beli tu 'longgar' sangat, dan kalau bole nak cari yang sendat sikit, baru nampak 'lawa'.
bagus entry ni.. tutuplah aurat kerana ianya suruhan Allah..
My recent post Plugin SEO Slugs Untuk Mantapkan Lagi SEO Blog
Isinya menarik, namun tajuknya sangat kontroversi...

Tak ada yang dijamin masuk syurga atau neraka... Anda tutup aurat litup? Belum tentu masuk syurga... Anda telanjang bulat? Belum tentu masuk neraka.

Dosa tidak menutup aurat itu pasti, tapi ingat sebelum Rabiatul Adawiyah terkenal dengan cintannya kepada Allah, dia terlanjur sehingga menjadi pelacur, dan melakukan pelbagai nista.

Kerana, hidaya Allah milik Dia, syurga neraka pun milik Allah, apa lagi yang menghukum adalah ALLAH, bukan anda atau saya atau hakim mahkamah mana pun. Tanggungjawab kita menegur secara berhikmah, dan membenci dosa-dosa, bukan menjadi tukang cop engkau ahli neraka, aku ahli syurga...

Wallahualam
7 replies · active 710 weeks ago
sekarang nih ramai perempuan bertudung pon sbb fesyen kot. adore hana tajima, maria elena. heee. kalau kat kampus, msuk kelas je pakai tudung, bile hang out, tak pakai pon.
My recent post this is not ramadan stories! a short letter to my mr. right.
em kay bee's avatar

em kay bee · 712 weeks ago

sy cabar gurl2 yg suka tutop aurat setengah n buka setengah terutama kat bahagian rambut tu, utk mewasiatkan supaya dikafankan sama seperti cara pemakaian tudong semasa hidup..biar nampak jambul kat dpn tu mcm si dot dot abdul dot dot dan dot dot binti dot dot bini si dot dot ...
1 reply · active 709 weeks ago
ummi sofea's avatar

ummi sofea · 712 weeks ago

astagfirullah..mati itu semakin hampir rupanya..
pakai tudung tak semestinya masuk syurga, tapi kalau tak pakai macam mana??? fikir2kanla..
nice post..visit n folo..
My recent post Road To Nowhere Nature Wallpaper
Tak tau nak cakap apa dah, byk sangat komen yang aku nak tulis dah ada dalam nih..he3.. Tapi betul kata bro, memng ramai yang bagi alasan.. Memanglah kubur lain-lain, tapi Nabi sendiri menegaskan supaya berpesan-pesan sesama kita...
Sekadar cadangan. Mungkin boleh dicuba dengan cara memberi kebaikan bertudung dan balasan kebaikan yang dapat darinya
My recent post Cicak Tokek disuntik silikon
piah becok's avatar

piah becok · 711 weeks ago

menutup aurat itu adalah salah satu usaha untuk mengelakkan maksiat daripada berlaku. menutup aurat itu tidak terhad kepada memakai tudung semata. kalau pakai tudung, tapi ade bonggol unta di kepala + baju ketat seluar ketat + pakai legging + tudung tak tutup dada bagai buat apa? tak tutup aurat jugak. menutup aurat ni, adelah menutup bentuk tubuh termasuk rambut dari pandangan zahir bukan muhrim.

semoga Allah melindungi kita semua dari kemaksiatan. semoga Allah menjaga hati kita dari bolak balik jua, insyaAllah.
1 reply · active 710 weeks ago
rasanya takde sape yang berani bangkang :D
tahniah.artikel yang menarik bro :D
My recent post Jom Jadi Rakan Blogger Pacifista
aku sedih bila org yg aku syg sndiri x pkai tudung..aku cuba pelan-pelan nasihat kt dia supaya dia x trguris hati dgn apa yg aku kata..dia phm apa yg aku mntk, tp mcm biasa la, dia kata blm smpai seru, blm ada niat lg..tolong la aku...
My recent post Serius! Ni Lebih Masyuk Dari Nuffnang, Google Adsense, Innity..
1 reply · active 709 weeks ago
tak betul dan tak tahu betul ke tidak.hehehe. soal syurga neraka bukan urusan kita. sedangkan pelacur yang secara logiknya tak memakai tudung pun, Allah ampunkan dosa dan masukkan syurga sebab kebaikkannya yang lain..dan cerita orang tua yang alim baik itu ini tapi sayangnya tak sukakan binatang dan masuk neraka juga...

so, tak berani nak kata apa2. serahkan saja pada Allah.kita, as manusia. as kawan nasihat, bimbing tapi cara baik da bukan hina/jauhkan diri takut "join masuk neraka" katanya..berkawanlah dengan sesape saja, kawan yg baik kita contohi.mana yg kawan kurang baik dr kita..kita bimbing...
2 replies · active 691 weeks ago
Terbaik. Peringatan yang sangat bagus. Insaf aku.
Tuntutan syarak menyuruh kita menutup aurat.. Bukannya pakai tudung sahaja..
Kalau pakai tudung, yang aset lain jelas terpamer, tak guna jugak..
My recent post Apa tengok, nak kena simbah asid ke?
jadi jawapanyanya?

sila baca pendapat saya di blog saya.
My recent post Isu Tak Pakai Tudung Masuk Neraka
salam.

kita bertudung dan berpakaian itu tanda ketaatan kepada Allah dan rasul. bukan kerana manusia semata-mata. so Allah saja yang layak mengadili kita. sedangkan yang berfesyen sanasini itu jelas hanya untuk tatapan manusia semata.
salam.

kita bertudung dan berpakaian itu tanda ketaatan kepada Allah dan rasul. bukan kerana manusia semata-mata. so Allah saja yang layak mengadili kita. sedangkan yang berfesyen sanasini itu jelas hanya untuk tatapan manusia semata.
My recent post "SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?"
budak superbike's avatar

budak superbike · 710 weeks ago

haha.....x de alasan kenapa x mahu tutup aurat...Allah dah surut kita tutup aurat..tututp je lah....ada kebaikan disebalik semua ini.....x kan nk tunggu masa yg sesuai baru nak tutup??.....habis...kalau Izrail datng cabut nyawa..nk ckp ape..??..."ehh..malaikat,tunggu jap...jngn tarik nyawa aku dulu..."...boleh er??...renung2kan...
Allah dah suruh.. malu nak pertikaikan. belum bab akhlak lagi yg perlukan perubahan rohani.
My recent post Jaga duit raya takut kena pau nanti!
SURUHAN AGAMA JANGAN KITA SANGKALKAN GUNA AKAL..KALAU MCM 2..KENAPA ALLAH SURUH KITA MENGHADAP KAABAH..KITA BUKAN SEMBAH KAABAH PON TAPI SEMBAH ALLAH..
1 reply · active 709 weeks ago
salam aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin :)
Aku tertarik dengan artikel ni,
Tapi jarang aku dengar tentang teguran yang berkaitan dengan aurat lelaki, terutama yang suka bersukan.., mungkin kerana aurat wanita lebih banyak, dan lebih berisiko mendatangkan mudarat ..
My recent post Ulamak Politik – Untuk Dakwah atau Parti (Video)
Kalau tak pakai tudung tu mengaku je la jahat ... haha
My recent post 5 Goalkeeper Terbaik Malaysia
salam. sy mmg tertarik dgn entri ni. kebetulan sy baru bace entri yg lebih kurang cmni n sy share di blog sy. sudi laa jenguk miss-aisya.blogspot.com
salam

first time singgah. sekadar berkongsi dari satu ceramah. kata ustaz itu.... kalau yang bertudung pun belum tentu syurga... yang tak bertudung, faham faham sendiri lah !!!

fikirkan !

thanks
My recent post his birthday today
jangan bagi alasan. buat aje..
My recent post Update terbaru Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com

Post a new comment

Comments by

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk