pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

“Luka Anda Adalah Luka Kami.”

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Kita bangsa yang selesa
berselindung di sebalik agama
membiarkan tersiksa saudara

Nisah Haji Haron,http://palestinkini.info/?m=201002


SAYA INGIN BERTANYA

Saya ingin mulakan perbincangan ini dengan satu persoalan.
Harap soalan saya ini tidak terlampau keras.

Saya nak tanya, kamu fikir apa yang kamu nak buat bila kamu dapat tahu ibu kamu yang berusia 49 tahun kena ragut, adik lelaki kamu ditangkap polis kerana didapati terlibat dengan penagihan dadah, dan adik perempuan kamu nyaris dirogol semasa pulang dari kelas tambahan?

Saya ulang soalan.

Kalau ibu kamu diragut peragut, adik lelaki kamu ditangkap kerana kes dadah dan adik perempuan kamu hampir-hampir dirogol, apa yang kamu fikir kamu akan lakukan?

Yang sebenarnya.

Saya tanya soalan ini bukan mahu siapa-siapa bagi jawapan. Tapi saya tanya soalan ini kerana saya nak cuba sentuh hati-hati kita dengan soalan yang sensitif seperti ini.

Hati kita kan mudah sensitif kalau fikir tentang musibah yang menimpa ahli keluarga kita. Sebab itu saya tanya soalan seperti ini. Sedangkan sebenarnya saya nak maksudkan ialah apabila kita atau ahli keluarga kita ditimpa musibah, apa perasaan kita ketika itu. Mesti tak dapat duduk dengan tenang.

SAYA PEDULI MEREKA

Tapi bagaimana jika yang ditimpa musibah itu bukan ibu kita, bukan adik kita mahupun sesiapa yang kita kenal. Agaknya apa perasaan kita ketika itu. Mesti tak sama dengan apa yang kita rasakan pada ahli keluarga kita kan.

Contoh mudah adalah apa yang berlaku kepada keluarga orang lain. Yang kita tak kenal mereka, tak pernah tengok wajah mereka dan tak pernah tahu nama mereka.

Mereka ini sentiasa ada dan ramai pula. Bahkan musibah dan ujian yang ditimpa mereka kadangkala jauh lebih parah daripada yang selalu terjadi kepada ahli keluarga kita.

Siapa mereka?

Mereka adalah saudara kita.

Saya tidak kisah mereka berada di mana sahaja. Di Iraq, Afganistan, Selatan Thailand, Palestin (terutamanya kerana situ antara tanah suci kita) atau di mana sahaja hatta di belakang rumah saya sekalipun jika mereka itu mempunyai akidah yang sama dengan saya. Maka merekalah yang saya maksudkan.

“Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.” Surah Al-Hijr Ayat 47

SAYA BACA


Pada masa pemerintahan khalifah Al Mu’tashim billah 218 - 227 Hijriyah, pasukan Islam mampu mengalahkan pasukan Romawi dengan kemenangan besar yang belum pernah terjadi pada khalifah-khalifah sebelumnya. Beliau mampu memecahkan pasukan Romawi dan menembus masuk ke negeri Romawi, lantas menewaskan 3000 pasukannya serta menawan yang lain sejumlah itu pula.

Namun.

Tahukah kita apa yang melatar belakangi pertempuran dengan Romawi kala itu?

Semuanya bermula apabila seorang muslimah diperkosa oleh pasukan Romawi.

Lalu peristiwa ini diketahui oleh Khalifah Al Mu’tashim. Maka, demi menjaga kehormatan Islam dan kaum muslimin, Khalifah Al Mu’tashim mengirim pasukan ke Romawi dengan armada pasukan yang sangat besar.

Diriwayatkan pasukan terdepan sudah sampai di ibu kota Romawi saat itu (yakni Konstantinopel- Istanbul saat ini) sedangkan pasukan paling belakang masih ada di istananya di Baghdad!

Tapi sekarang. Apa terjadi sekarang?

SEDIH berganda-ganda.

Saya tidak mahu hanya bercerita tentang umat Islam-muslimin kita sekarang yang sudah sangat tidak berdaya. Saya mahu kelainan.

Saya mahu kita semua bergerak untuk membuktikan. Buktikan cinta kita kepada Ilahi yang dengan cinta itu kita menyelamatkan iman dan jasad saudara-saudara kita.

Iman kita dahulu tentunya.

Saya tutup dengan kisah Perdana Menteri Turki, Receb Tayyib Erdogan. Terkini (Ahad ,7/3/10) beliau mengisytiharkan Palestin adalah ‘isu kami’ dan ia tidak pernah dan tidak akan gugur daripada ‘senarai agenda kami’.

Luka anda adalah luka kami. Sudah tiba masanya luka tersebut sembuh.

Twitter
Facebook

salam,
masya'allah. mmg post ini lain dr lain..
Smoga sama2 hati kita bangkit mnuju kbenaran!

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk