pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Menangislah, Kamu Akan Hebat Dengannya

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.




MEREKA HEBAT


Dalam sejarah manusia, yang paling hebat dalam kalangan mereka adalah yang paling berjaya dalam mendidik rohani sendiri.


Mereka ialah baginda nabi, para sahabat baginda, dan pengikut-pengikut mereka yang seterusnya.


Antaranya ialah Salahuddin al-Ayyubi yang orang barat memanggilnya Saladin (1137 -1193 M). Beliau ini masyhur kisahnya selepas menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem).


Kita mendengar kisah bagaimana Sultan Salahuddin ini, beliau memilih tentera di barisan hadapan pasukannya hanya dari kalangan mereka yang pada malam sebelumnya khemah-khemah mereka cerah bercahaya kerana lampu yang dinyalakan untuk memudahkan mereka mendirikan solat sunat tahajjud.


Hasilnya, pada 2 Oktober tahun 1187 mereka menawan semula Baitul Maqdis selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib.



Bahkan Sultan Salahuddin ini sebenarnya jika mendengar kisahnya, dapat mengalirkan air mata kita. Beliau ini ketika wafat pada 4 Mac 1193 di Damsyik, yang ada ketika dibuka peti simpanan beliau hanyalah beberapa dinar sahaja.


Yang jasadnya disegani kawan dan lawan ini, wang simpanannya tidak cukup untuk menguruskan pengebumiannya sendiri. Semua wang yang dimiliki awal-awal lagi telah disedekahkan kepada rakyatnya.


Antara mereka yang hebat ini juga termasuklah Sultan Muhammad al-Fatih (1432-1481 M). Beliau ini masyhur apabila berjaya menakluk Konstantinople.


Kejayaan beliau ini menepati hadis nabi yang telah disabdakan baginda beratus-ratus tahun sebelumnya.


Rasulullah s.a.w. bersabda ketika menggali Parit Khandaq,

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Tentera beliau adalah tentera yang mereka ini tidak pernah walau sekali meninggalkan solat fardhu, tentera beliau juga adalah tentera yang mereka ini kebanyakannya tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh.


Namun, antara mereka hanya beliau seorang yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh.


Inilah yang saya lihat sebagai kekuatan yang sebenar. Kekuatan rohani yang dengan kekuatan itu, mereka menawan kota yang selama 800 tahun umat Islam berusaha untuk menaklukinya.





Itulah pendidikan roh yang sebenar. Pendidikan roh yang dengan roh mereka ini, kekuatan pihak batil walau sekuat mana sekalipun tetap dapat ditumpaskan.

MARILAH MENANGIS



Sebenarnya artikel ini saya tulis untuk mengajak kita semua menangis. Menangis kerana kekurangan diri, menangis kerana mengenangkan dosa-dosa kita yang terlalu banyak, kerana maksiat yang bergunung-gunung tingginya.


Menangis kerana maksiat-maksiat kita ini, kita telah dijauhkan dari khusyuk kepada-Nya. Menangis kerana maksiat-maksiat ini, kita jadi dekat dengan dunia. Malah tidak mahu berpisah dengan dunia ini.


Sedangkan dunia ini tidak lebih berharga dari sebelah sayap nyamuk pun. Malah dunia ini pernah baginda nabi sifatkan sebagai bangkai, dan orang yang menggemarinya adalah haiwan yang menggerumuni bangkai.


Marilah menangis kerana kita tidak mampu untuk melazimi solat sunat tahajjud, marilah menangis kerana kita selalu terlupa membaca ayat-ayat suci Al-Quran, marilah menangis kerana kita sukar sekali untuk solat fardu berjemaah di awal waktu.


Marilah menangis dengan air mata keinsafan sebelum sampai masanya nanti apabila kita menangis dengan darah mata sekalipun, insaf kita itu tertolak.





Marilah menangis dan bersujud kepada Allah dengan sujud yang sebenar. Sementara kita masih mampu sujud sebelum sampai masanya nanti kita hanya mampu berlutut,


“Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.” Surah al-Jaathiah ayat 28


Marilah, kita kita menangis dan bersujud kepada-Nya dengan penuh ketundukan hati.


Kita ini,kita beriman kepada-Nya.

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."




Twitter
Facebook

assalamualaikum warahmatullah......
subhanallah.....
ana x mmpu nk komen @ kata apa2 bila baca post ni
terasa sangat, terasa banyak sangat kekurangan pada diri....
dan....

ana doakan semoga ustaz sentiasa ingat, kuat serta dapat banyak bersabar atas segala dugaan dan cabaran yang mendatang....

ana rasa, kalau ulang baca lagi, mungkin air mata yang di tahan ini akan mengalir.
moga terus dalam rahmat dan redho Ilahi...

cintai Allah, kasihi Rasulallah sallallahu a'laihi waalihi wasallam, sayangi islam....
wassalamua'laikum warahmatullah wabarakatuh...

anonymous,
waalaikumussalam,
insyaAllah.. terima kasih atas doa dan nasihat saudara, semoga dengan ini kita lebih terarah dalam menuju redha-Nya.
menangislah, kamu akan hebat dengannya.

salam wbt..

..air mata kerana Allah, insyaAllah akan jd saksi ketundukan kita di akhirat kelak..kan ustaz??

p/s: menangisla wahai jiwa..semoga itu mmpu mnyucikan kamu..

Seri Bunga,
waalaikumussalam,
insyaAllah, betul kata Bunga, mata yang seperti itu, akan menjadi kemudahan di hari yang payah nanti.
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, yaitu mata yang menangis karena ketakutan kepada Allah dan matayang pada malam hari menjaga (musuh datang) dalam melakukan peperangan fi-sabilillah. "

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

wallahu'alam

salam,
subhanallah..ya, terasa kkurangan n dosa yg bgitu mnggunung..
syukran akhi ats artikel nya yg brmkna..

ariffah9,
subhanallah..komen kamu juga sudah banyak memberi peringatan kepada saya, syukran atas segalanya

al-faqir al-kulimi at March 25, 2010 at 12:04 AM

salam...hai naim,,,mabruk ya akhi,,,tersentuh hati ini,,,abg zul kagum dengan penulisan yang ikhlas dan mampu menggerakkan hati&akal untuk bertanya akan tuntutan yang belum dilaksanakan,,Ya Allah!!!
*Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang.
*Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun.
**ayuh kita mengingatinya bersama-sama,,,Renung2kan dan selamat beramal...bitaufiq

Terima kasih abg zul, ana akan ingat pesanan ini. insyaAllah. kebaikan, sama-sama kita bergerak ke arahnya.

salam..

Hamba itu menangis lagi..
Dek cintanya pada Yang Maha Agung kini berbalas..
Walau hitam hatinya dipenuhi noda..
Namun, wajahnya masih dipandang mulia oleh Pencipta..

Sungguh!
Allah itu Maha Penyayang..
Tanpa kita, Dia tidak rugi sedikitpun..
Tapi tanpaNYA, kita pasti merana..

Menangislah duhai pemuda pemudi Islam..
Kerana tiada pembaziran air mata dalam jihad padaNya..
Padamkan neraka Jahanam dengan mutiara penyesalanmu..
Engkau tidak akan rugi duhai syabab!

-wallahuallam-

Hey! I simply would like to give a huge thumbs up for the
great data you might have right here on this post. I will be coming back
to your weblog for more soon.

My web-site: grammar rules semicolon however

Hi there! I simply would like to give a huge thumbs up for the nice information you
have right here on this post. I will likely be coming back to your blog
for extra soon.

My website ... clear semi auto airsoft pistols

Whats up! I simply want to give a huge thumbs up
for the good info you have got here on this post. I will be coming again to your blog for more soon.


Feel free to surf to my web page ... umarex mp5 semi automatic 22lr

Hiya! I just want to give a huge thumbs up for
the good info you have here on this post. I can be coming again to your blog for extra
soon.

Feel free to visit my web blog: seoul tower ville 2011

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk