pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

cinta orang beriman



Saya mendapat respon yang kurang positif daripada beberapa orang sahabat apabila menulis beberapa status berkenaan cinta di facebook saya. Bahkan, sejak jauh sebelum itu lagi subjek cinta sering dipandang senget apabila ia diperbincangkan di mana-mana pun. Melayani perkara ini, saya terfikir bahawa perkongsian daripada web iMotivasi agak menarik untuk saya panjangkannya ke sini.



Menurut para motivator di iMotivasi, CINTA adalah salah satu emosi positif pada peringkat yang paling atas, maksudnya paling positif. Dengan memiliki perasaan cinta, ia sebenarnya menarik beberapa emosi positif yang lain untuk memenuhi jiwa manusia dengan kebaikan. Ketika itu, keyakinan dalam diri meningkat, perasaan ingin marah juga akan mengurang, semuanya terkumpul apabila di dalam diri manusia itu ada perasaan cinta. Menarik bukan?

Pada saya, teori-teori motivasi yang diketengahkan di web tersebut sangat bertepatan dengan perkara-perkara yang ditetapkan di dalam syariat Islam kerana Islam sejak sebelumnya telah menganjurkan kepada umat manusia supaya tidak mengabaikan cinta. Hadis-hadis nabi yang menyebut orang beriman perlu menyintai saudaranya, bernikah sebagai separuh daripada agama dan banyak lagi hadis-hadis lain secara langsung menyokong bahawa cinta sebenarnya adalah sesuatu yang sangat diperlukan di dalam kehidupan manusia.

Bahkan, Islam sangat praktikal apabila menyediakan sebuah ruang yang begitu luas kepada manusia untuk melampiaskan cintanya. Orang beriman, sekalipun mereka tiada ruang untuk menumpahkan cintanya kepada mana-mana manusia, mereka sentiasa ada Allah untuk dicintai. Tanpa keyakinan bahawa adanya Allah untuk semua makhluk menumpahkan cinta, tidaklah menghairankan apabila peratusan kes bunuh diri di negara-negara tertentu sangat tinggi.  


Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk