promonolog
Bagaimana harus kumulakan sedang aku tidak ingin semua ini berakhir.
Namun, akhir adalah hasil berbanding langsung tiada.
Maka di sini kita bermula.
Aku dan kamu katakan, alangkah indah dan betapa nikmatnya tatkala kita mencinta sedang cinta itu dibalas.
Tetapi, cinta itu tidak mesti dibalas cinta. Ada cinta ganjarannya dendam. Ada pula cinta pulangannya tiada. Seperti cintaku kepadanya, atau juga kamu dan dia, mungkin.
Aku dan kamu, kita sendiri ketahui bagaimana cerita berdiri, atau latar membelakangi.
Tunggu.
Hanya aku katakan, di sini kita bermula. Pasti akhirnya ada, mungkin belum menjadi.