pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

berdoalah kerana kekuatan itu milik Allah


ini adalah sedutan artikel saya yang pernah diterbitkan.

                                                 rujuk gambar di sini

Masa saya tingkatan satu di Ma’ahad dulu, antara cerita senior-senior yang saya ingat adalah tentang Azazil, sebelum dia bertukar watak menjadi Iblis.

Diceritakan, pada suatu hari sebelum manusia belum lagi diciptakan, para malaikat mendapat satu berita bahawa dari kalangan mereka para malaikat, akan ada seorang yang menjadi engkar kepada suruhan Allah. 





Ketika itu semua malaikat berasa gentar. Masakan tidak, derhaka kepada Allah hukumnya neraka yang kekal abadi!

Lalu masing-masing para malaikat pun mendapatkan Azazil. Beliau ini adalah ketua para malaikat supaya mendoakan keselamatan mereka memandangkan Azazil ini adalah makhluk yang paling dekat di sisi Allah. Maka Azazil pun mendoakan mereka tanpa terkecuali seorang pun.

Namun, dia terlupa untuk mendoakan dirinya hingga itu dijadikan asbab untuk dia nantinya menjadi derhaka kepada Allah.

Apa kaitannya cerita ini dengan perbincangan kita?

Kaitannya adalah, boleh jadi sekarang kita adalah seorang hamba Allah yang banyak melakukan taat. Solat tak pernah tinggal, berjemaah lagi. Al-Qur’an tiap-tiap hari kita baca dan macam-macam lagi amalan yang baik-baik. Namun itu semua tidak memberi jaminan bahawa kita akan selamat.

Berbanding dengan orang yang banyak melakukan maksiat hari ini, boleh jadi nantinya dia bertaubat. Siapa tahu perkara akan datang? 

Tiada siapa melainkan Allah.

Hari ini Allah takdirkan orang lain yang melakukan maksiat. Bagaimana kalau esok kita pula yang ditakdirkan? 



"ya Allah, berilah kepada kami kebaikan di dunia dan di Akhirat. Masukkan kami semua ke dalam SyurgaMu dan jauhkan kami dari NerakaMu. Ameen!”



Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk