pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

belajar menulis blog dengan mereka ini

Berkenaan 16 Januari, ada satu perkara berkaitan yang mahu saya ceritakan di sini. Kaitannya dengan diri saya sendiri telah saya ceritakan pada artikel yang lepas.



16 Januari yang mahu saya kaitkan kali ini adalah berkenaan seorang pendakwah muda yang bergiat melalui bidang penulisan, Hilal Asyraf namanya. Bahkan, Hilal Asyraf ini juga ada kaitannya dengan saya.





Kaitan pertama adalah dari segi persamaan tarikh lahir mengikut kalendar Masihi. Ini tak ada hal apa pun. Kebetulan kami lahir pada hari dan bulan yang sama, cuma berbeza tahun. Dia setahun lebih tua daripada saya.



Perkaitan kedua adalah beliau merupakan salah seorang daripada beberapa orang yang menjadi rujukan sebelum saya membina blog ini. Tapi bukannya rujukan secara langsung, sebaliknya saya cuma selalu mengikuti web kendalian beliau sehingga memberikan saya rangsangan semangat dan teknik untuk menulis.



Selain Hilal Asyraf melalui blog beliau yang bernama LangitIlahi, saya juga mendapat rangsangan menulis melalui beberapa blog lain seperti SaifulIslam.com, iMotivasi, FaizaL Yusup, dan banyak lagi.



Bahkan, sejak sekolah menengah lagi saya suka dengan penulisan. Cumanya sampai sekarang saya masih tak mahir menulis seperti mereka di atas.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk