meninggi, direndahkan.
Manusia, apabila dia meninggi diri di hadapan yang lain, Allah akan merendahkannya. Sebaliknya, apabila mereka merendah diri, Allah akan mengangkat martabat mereka ke suatu darjat yang tiada sesiapapun yang dapat menaikkan taraf mereka ke peringkat itu melainkan Allah.
Berkenaan ini, ada sebuah cerita menarik yang ingin saya kongsikan bersama anda. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Nazrul kepada saya dan rakan-rakan beberapa minggu lepas.
Ceritanya,
pada suatu masa, terdapat seorang ahli ibadat yang sangat banyak melakukan amal soleh kerana Allah. Diceritakan, kerana kesolehannya, lelaki ini diberikan kelebihan oleh Allah dengan kemuliaan bahawa apabila dia keluar untuk berjalan, maka akan ada cebisan awan gebu yang akan menaungi perjalanannya.
Namun, ketika itu juga, ada seorang hamba Allah yang selalu melakukan maksiat kepada Allah dengan sering melakukan kemungkaran-kemungkaran yang dilarang-Nya. Semua orang mengenal lelaki ini sebagai seorang yang banyak melakukan maksiat.
Ditakdirkan pada suatu hari mereka bertemu di perjalanan. Ketika bahu mereka hampir-hampir berselisih, masing-masing daripada keduanya memalingkan wajahnya daripada memandang pihak yang lain.
Tatkala itu sebuah keanehan berlaku. Awan bersih yang menaungi lelaki soleh tadi tiba-tiba beralih daripada beliau lantas berpindah kepada lelaki yang gemar bermaksiat.
Pelik.
Mengapa itu terjadi?
Nantikan sambungannya.