pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

DIYANA - Pemilik cintaku

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Saya melihat-lihat diri, pada jasad yang sedang memandu kenderaan amal, untuk membawa roh bertemu Tuhan Yang Esa.

Saya juga merenung-renung diri, pada roh yang selalu diganggu nafsu perosak, akhirnya jasad dan roh sama-sama kecundang.

SAYA SEORANG HAMBA

Saya seorang hamba biasa, hina barangkali lebih tepat. Hati dan jiwa saya, selalu cenderung kepada dunia.

Mata yang tidak ditundukkan daripada memandang para gadis, kadang-kadang membuatkan hati saya bergolak.

Lidah saya yang tidak bertulang, biasa lancar sahaja mengeluarkan isinya. Yang mengandungi nista itulah yang saya kesali.

Fikiran saya, keinginan saya, selalu melencong dari-Nya.

Saya inginkan redha-Nya. Saya juga mahukan rahmat-Nya.

Tapi, amalan saya, kehidupan saya, entah ke arah mana saya tujukan.

Saya tak ingin banyak, cukup apabila dikejutkan tidur dan ditanyakan kaifa asbahta, saya dapat menjawab asbahtu a’la fitratil Islami. Pada waktu petang, di dalam bas, jalan-jalan ke dirosah, balik dari jamik Azhar, berdepan laptop, menghadapi makanan, menikmati tidur, saya ingin ini terjelma dalam hidup saya. Asbahtu wa amsaktu a’la fitratil Islami.


Tuhan, bantulah hamba-Mu ini.

Bantulah agar gerak badan saya, langkahan kaki saya, hayunan tangan saya, cenderung hati saya, semuanya terarah dengan satu tujuan – Allahu maksudi, wa redha hu matlubi.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(surah al-Fatihah ayat 5 dan 6)



DIA YANG SEMPURNA – DIYANA

Tuhan saya, Dia Allah Yang Maha Esa.

Hanya Dia Yang Sempurna. Semata-mata Dia.

Dia paling Berkuasa. Dia memiliki semua Kehebatan. Rahmat-Nya tersangat Luas. Tidak berjarak, tanpa sebarang batas.

Dia lebih Sempurna dari segalanya. Dia lebih Kaya dari infiniti. Abstrak pun tidak mampu gambarkan Dia.

Dia Yang Sempurna, fikiran kita mustahil dapat memikirkan Hal Dia. Tak akan dapat. Maka tidak perlu berfikir. Yakinkan dalam hati, segala kesempurnaan, semua kebaikan, Dia lah pemiliknya.

Tuhan saya Yang Sempurna ini, Dia tuhan kita semua.

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Fatihah ayat 2 dan 3)

Twitter
Facebook

i'Allah.sama2 kita berusaha mencapai redhonya..

al-faqir al-kulimi at April 6, 2010 at 10:27 AM

assalamualaikum naim.....
*Hamba memang selalu alpa dan terbuai oleh mimpi danbalasan yang indah hingga membuatkan diri rasa seperti Raja adakalanya seperti malaikat.
*ketahuilah wahai saudaraku "Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya."

*Jadilah kita seperti sediakala jangan terlalu ikutkan ombak laut sedangkan kita hanya desiran sungai kerana"Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik." dan "Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut"

*Ayuh bersama laksanakan tuntutan sebagai hamba,,renung-renungkan dan selamat beramal:)

Ayuh semua para mujahid
Ayuh semua para mujahidah
Mari bersama kita nyalakan
Bara perjuangan di dalam diri
Agar tertegak kalimah Ilahi!

moga2 kita semua tabah dan sabar menghadapi ujian yang mendatang..ya allah,moga hambamu terlepas dari godaan syaitan...

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk