pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

tolonglah selamatkan saya daripada neraka

Assalamualaikum.


Kata Umar R.A, “hendaklah kamu memperbanyakkan diri mengingati neraka kerana kepanasannya teramat dahsyat, kedalamannya teramat jauh dan penukulnya dicipta daripada besi.”


Ya Allah, tolonglah selamatkan hambaMu ini daripada nerakaMu.


Hanya kepada engkaulah hamba memohon pertolongan. Mana lagi tempat untuk hamba mengadu jika bukan Engkau yang memandang hamba dengan pandangan RahmatMU.


Dengan kekuasaan yang Engkau miliki wahai Tuhan seluruh alam, selamatkanlah kami daripada nerakaMu.


Kami mendengar dahsyatnya neraka melalui cerita-cerita benar daripada nabiMu. Kasihilah kami kerana kami adalah umat baginda yang dikasihiMu wahai Tuhan. Kami tahu baginda kekasihMu, maka kami mengasihi baginda melebihi kasih kami kepada diri kami sendiri.


Ya Allah, Engkaulah yang mengatur hidup kami. Maka berilah kami aturan yang baik. Kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.


Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat meminta. Dan sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Yang menerima permintaan.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk