pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Inilah saya, anda pula siapa?


Assalamualaikum.


Pernah Tanya tak kepada diri sendiri siapa diri kita ini yang sebenar?

Maksud saya bukannya seperti diri sendiri sekadar yang teraksara di kad pengenalan - Mohd Naimul Firdaus bin Abd Latib, 16 Januari 1990, Kampung Keda Sungai Salleh, Serdang-Kedah, dll… tapi yang saya maksudkan adalah diri kita yang sebenar-benarnya.

Iaitu hakikat pengenalan diri kita yang sebenar.



Kalaulah pengenalan diri kita sekadar seperti yang termaktub macam yang saya tulis kat awal tadi, maka saya boleh sebutkan bahawa pengenalan diri jenis itu adalah untuk membezakan seorang manusia dengan makhluk yang lainnya.


Tiada yang istimewa.

Sedangkan kita semua meyakini bahawa manusia ini adalah makhluk yang sangat istimewa.


Bahkan, Allah sendiri mengiktiraf manusia sebagai makhluk-Nya yang paling istimewa apabila Dia berfirman di dalam Surah Al-Isra’ ayat 70 yang bunyinya:



“ Dan sesungguhnya Kami  telah muliakan anak-anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakn makhluk yang telah Kami ciptakan.”


Jadi, dengan begitu istimewanya manusia, apakah yang selayaknya dijawab jika ditanya siapakah kamu sebenarnya?


Jawapannya adalah terpulang kepada diri kita. Sejauh mana kita memandang keistimewaan dan kelebihan yang telah Allah berikan kepada kita, sejauh itulah kita akan menyatakan betapa tingginya hakikat sebenar pengenalan diri kita sebagai manusia.


Kalau Tanya saya, saya sudah jawab soalan ini secara ringkas siapa diri saya di dalam artikel yang lepas-lepas (klik).


Tapi, saya kongsikan di sini sebuah skema jawapan yang sangat bermakna iaitu sepertimana yang dijawab oleh  Imam Hassan al-Banna ketika beliau ditemuramah oleh seorang wartawan apabila beliau menjawab:


“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.


Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.


Inilah saya, anda pula siapa?”
Bottom of Form

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk