pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Dr Hassan Ali dipecat | PAS pecat Hassan Ali - pandangan saya

Assalamualaikum.


PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan terhadap exco kerajaan Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.

Pengumuman itu juga disiarkan ditvpas.com.

Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.
Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada  perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai perdana menteri jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya


Akhirnya PAS membuat keputusan yang dikira agak penting sekurang-kurangnya buat masa ini kerana isu Dr Hassan Ali benar-benar membuatkan ramai penyokong PAS bagai cacing kepanasan.


Pandangan saya sebagai peribadi, keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat hendaklah diterima dengan lapang dada dan penuh kesedaran oleh semua pihak.


Seperti yang kita semua maklum, PAS sebagai Jemaah Islam tertua di Malaysia yang mengambil jalan politik sebagai medium untuk mendaulatkan undang-undang Syariah di sebelum ini telah melalui banyak ujian dan pengalaman selama ini. Malah, PAS pernah terpaksa melepaskan Yang Dipertuanya (jawatan lama bagi Presiden) iaitu Dr Asri Muda semasa PAS masih dalam fasa memperkuatkan pegangan ahli terhadap dasar dan perjuangan PAS.


Ini membuktikan PAS tidak pernah berjuang untuk individu, sebaliknya sentiasa mendokong dasar perjuangan iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai paksi utama perlaksanaan Syariah.


Semoga semua pihak sama ada dapat menerima keputusan ini dengan sebaik-baiknya. Walaupun beliau dipecat ini tidak bermakna Dr Hassan Ali telah gugur daripada jalan dakwah. Sebaliknya inilah peluang untuk beliau membuktikan perjuangan yang didokong oleh beliau selama ini benar-benar ikhlas dan bukannya  atas desakan apa-apa faktor luaran.


Datuk Dr Hassan Ali juga masih boleh membuat permohonan untuk merayu keputusan ini. Tetapi ini semua bergantung kepada keputusan beliau. Mungkin adalah lebih baik beliau menerima keputusan ini dan cuba menjadi ahli bebas dengan makna yang sebenar.


Mungkin beliau boleh memikirkan untuk memberi pandangan sebagai orang luar yang berpengalaman. Berilah pandangan dan kritikan yang membina.


Berilah pandangan yang benar-benar membawa kebaikan kepada perjuangan Islam.


Ada juga sahabat saya yang berkomen di FB dengan katanya,


SIRAH telah menukilkan, pemecatan khalid al-walid oleh oleh s.umar BUKAN kerna KEKURANGAN khalid al-walid, tapi KEPERLUAN semasa pada ketika itu untuk meletakkan keyakinan tentera kepada ALLAH..

isu yang sama pernah berlaku dalam IM sewaktu pemerintahan Hasan Hudhaibi dan dipecatnya Muhammad Al-Ghazali.. syeikh hasan berkata "Kami memecat beliau bkn menafikan ilmu dan tawadhu'nya. Tetapi kepentingan menjaga disiplin, undang2 dalam kerja jamaah ikhwan adalah diutamakan."

Lalu kita harus mengerti bahawa pemecatan Hassan Ali mungkin bukan sepenuhnya kerana kesalahan dan kekurangan yang ada ada pada beliau, tetapi KEPERLUAN kepada KEMASLAHATAN semasa di dalam PAS dan PR..


Wallahu'alam..

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk