bersih 2.0 : siapa yang taksub dan jawapan pokok kelapa
Assalamualaikum.
Hanya seorang manusia sahaja untuk layak kita bertaksub dengannya iaitu nabi kita Muhammad S.A.W. Selain baginda, tiada lagi manusia zaman ini yang layak mendapat pengktirafan sedemikian.
Namun sumber perundangan agama kita tidaklah terlalu kecil dan sempit hingga membataskan hukum-hukum kepada apa yang tertulis di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadis semata-mata.
Sebaliknya dua sumber ini menjadi asas yang akhirnya mewujudkan berpuluh-puluh lagi sumber pengambilan hukum untuk kita beramal dengannya (sama ada yang disepakati ulama seperti ijmak dan qias, mahupun yang ulama berselisih mengenainya seperti masolih mursalah, istihsan, 'uruf, adat dan berpuluh-puluh lagi sumber yang benar-benar diiktiraf oleh mereka).
Ianya adalah ibarat pokok kelapa yang jika kita mencubit walau dari bahagian manapun nescaya bahagian itu akan memberi manfaat dengan syarat bahagian itu memang berasal daripada pokok tersebut.
Maka jika anda ingin mengambil manfaat daripada mana-mana bahagian kelapa, perlulah dipastikan sama ada benar bahagian ini memang bersumberkan pokok kelapa kerana jika tersalah pilih, anda akan memilih lumut-lumut yang akhirnya hanya akan mengotorkan pakaian anda.
Makanya lagi hanya orang yang benar-benar mengenali pokok kelapa akan dapat mengetahui mana satu bahagian yang benar-benar bersumberkan pokok tersebut bahawa itulah pokok kelapa, yang semua orang patut untuk mengambil faedah daripadanya.
Namun orang-orang yang tidak kenal benar dengan pokok ini hanya membataskan faedah kelapa kepada buahnya yang dijadikan santan dan air buah mudanya yang enak diminum.
Mereka sama ada langsung tidak tahu atau sekadar tidak yakin bahawa dari pokok itu batangnya pernah dbuat titi, dan dari pokok itu juga pernah wujud alat yang kita namakannya penyapu lidi.
Mereka sama ada tidak tahu ataupun tidak yakin kerana pengenalan mereka terhadap pokok kelapa masih terbatas. Mungkin kerana mereka yang malas mengenalinya atau mungkin juga kerana mereka masih belum diberikan hidayah dan peluang oleh Allah untuk memandangnya sambil menilai manfaat-manfaat yang banyak itu.
Tetapi siapakan yang benar-benar mengenali pokok kelapa?
Yang benar-benar mengenali pokok kelapa adalah orang-orang yang sentiasa bersama si pokok lurus itu. Mereka berpagi bersama kelapa, dan petangnya juga masih bersama kelapa. Pokok kelapalah yang mereka pandang dan renung apabila siang mula menjelma, dan pokok bertuah itulah juga yang mereka lihat dan tenung apabila malam mula menjelma.
Akhirnya pokok kelapa dan segala ciri-cirinya menjadi sebati dengan pemikiran dan corak hidup mereka.
Hanyasanya yang benar-benar berasa gerun kepada Allah adalah dari kalangan hamba-hambaNya yang mengetahui(ulama). Bahkan orang berilmu(ulama) adalah pewaris para nabi.
Para ulama mengenali Allah dan mereka mengetahui selok belok agama ini kerana merekalah pewaris para nabi yang mana khazanah para nabi cukup bernilai termasuklah ilmu dan kefahaman, semangat dan kesungguhan, juga keberanian dan ketaatan.
Bahkan senarai khazanah ini terus memanjang kepada seluruh perkara-perkara kebaikan.
Namun masih wujudkah ulama yang seperti itu pada zaman ini?
Soalan itu memang berasas maka kerana itulah nabi kita pernah meyakinkan para sahabat dengan sabda baginda, umatku( yang dibimbing para ulama) tidak akan bersepakat terhadap perkara keburukan. Tangan Allah bersama jamaah dan sesiapa yang bersendirian, dia bakal bersendirian di neraka! (yang saya tak boldkan ni saya tak pasti hadis atau tidak. tapi yang diboldkan tu memang hadis. ada dalam kitab kuliah saya.)
Maka inilah keyakinan kita kerana keyakinan seperti ini adalah bersumberkan kepada petunjuk yang paling lurus dan pautan yang tidak akan goyah. Iaitu manusia bernama Muhammad S.A.W yang kita layak bertaksub dengannya.
Sesungguhnya Allah benar-benar sedang menguji para hambaNya. Dia menyediakan syurga dan neraka maka itulah dua balasan yang setimpal untuk mereka-mereka yang pernah hidup dan merasai nikmat-nikmat kehidupan yang tidak pernah diberikan kepada makhluk yang lain daripada mereka.
Inilah masanya untuk kita kembali menyemak sejauh manakah kita mengenali agama kita sendiri. Janganlah kerana nyamuk yang membingitkan, kita akhirnya membakar kelambu.
p/s: maaflah ni saja yang mampu saya sediakan. sebarang pendapat dan pandangan jika ada boleh diturunkan di ruangan komen di bawah. penyebaran artikel ini seluas-luasnya amat digalakkan. semoga Allah memandang kita walaupun apalah nilainya amalan-amalan kecil ini berbanding nikmatNya yang maha banyak.
p/s: ulasan yang paling baik berkenaan BERSIH yang saya pernah baca, klik BERSIH: Agar Tanah Airku Terus Bermaruah
Подтверждаю · 715 weeks ago
tapi, jika entri ni dibuat dalam bentuk santai, lebih sedap bunyinya. sebab, tak semua pembaca blog, biasa cara penulisan bentuk buku. entri ni dah menariki, cuma pendekatan santai tu, agak kurang..
hm..dibandingkan dengan is mengenai kelapa, kenapa tak diringkaskan entri ni, terus menerus kepada persoalan dari tajuk.contoh isi (pada saya antara yang bersesuaian untuk entri ini) :
taksub terhadap sesuatu? renungkan diri kenapa perlu taksub? ok, kita ambil contoh pegangan beberapa mazhab. mazhab ini punya pandangan, pemahaman, hujjah tersendiri mengenai sesutau hukum yang perlu dirungkaikan. walaupun mereka berlainan pendapat, dan bertegas dengan pendirian mereka berdasarkan pemahaman masing2, kenapa mereka tidak bertelagah? sedangkan mereka berlainan pendapat? walhal dalam islam sendiri, apabila berlaku pertindihan perkara tertentu contohmnya isu gambar dan ukiran bentuk zat ciptaan-Nya, kita boleh memilih diantara pendapat hukum salah satu mazhab bagi membolehkan kita bertindak berdasarkan hukum yang berkait dengan situasi..
nampak? dihuraikan mengikut yang perlu.. sebab pointnya, hanya 1. taksub.
dan antara isi yang sesuai untuk dikaitkan, ialah pegangan dan pendapat mazhab yang berlainan.
p/s: harap dapat buat penambahbaikan dari segi keceriaan template. sidebar widget disebelah kiri kelihatan 'kosong'. ceriakannya untuk nampak lebih menarik. misalnya menukar saiz font dan jenisnya. dan jangan lupa, tambahkan point pada tajuk supaya setiap satu isinya tak nampak kelihatna bercantum dengan isi atas.
=)
My recent post Gunakan Ayat Al-Quran Untuk Sembuhkan Penyakit Athritis Pada Blogger.
anonymous 77p · 715 weeks ago
WTF:!! FLOSS VAGINa KhAS Untuk WANITA
Melukis menggunakan Zakar
OMG:!! Notebook Spesial Untuk Tentera
Pelacur Terkaya di dunia, 6tahun boleh dapat 4m4.2 Juta
China gunakan pekerja cantik untuk Bank AIR MANI
GIla!! [gambar] doktor rogol pesakit yang tidak sedarkan diri
Abe · 715 weeks ago
ini hadis ke?
naimulfirdaus 86p · 715 weeks ago
:)
My recent post bersih 2.0 : siapa yang taksub dan jawapan pokok kelapa
sutera · 715 weeks ago
My recent post Contest: Tagline Kreatif by AlyaEsprezzo
AmenoWorld · 715 weeks ago
naimulfirdaus 86p · 715 weeks ago
btw kita memang boleh taksub dengan nabi Muhammad S.A.W. baginda adalah sumber hukum. apa yang baginda sebut dan buat memang akan jadi hukum. sebabnya baginda tak akan melakukan sesuatu melainkan itu adalah wahyu..
kalau kita tak taksub dengan baginda macam mana kita nak dapatkan iman yang sebenar sedangkan beriman dengan baginda adalah sebahagian daripada rukun iman.
syiah wujud sebab taksub dengan Ali R.A. bukan sebab taksub dengan Nabi.
terima kasih sangat-sangat sebab letak lnk saya kat situ.
jazakallah khairan..
My recent post bersih 2.0 : siapa yang taksub dan jawapan pokok kelapa
ciksembang · 714 weeks ago
My recent post Laut Marmara Istanbul dan Kapal Mavi Marmara
rasma · 631 weeks ago
My recent post FAKTA NUTRISI RUMPAI LAUT