pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

perkara yang perlu dilakukan jika terlanjur

Assalamualaikum.


Janganlah sama sekali anda berasa sanggup untuk ditempatkan walau sekejap di neraka Allah. Mintalah sesungguh-sungguhnya supaya dijauhkan daripada tempat yang sangat dahsyat ini.


Saya cakap begini kerana ada waktunya yang anda melakukan maksiat secara sedar, sedangkan anda amat mengetahui setiap kemungkaran kepada Allah, balasannya sangatlah berat.


Anda bayangkan, semua unsur yang ada di dalam neraka dicipta daripada api. Bahkan bukan api seperti api yang kita temui di dunia, tetapi api yang dikatakan 70 kali ganda lebih dahsyat.


Pernahkah anda tersentuh besi panas seperti kuali atau periuk nasi yang panas? Atau pernahkah anda melhat bekas plastik atau botol plastik yang dimasukkan kuah atau air yang panas?


Anda akan melihat ketika itu bekas-bekas plastik tadi akan mengecut atau melebur disebabkan kepanasan cecair yang dikenakan kepadanya.


Maka itulah perbandingannya.


Bayangkan jika yang menjadi bekas plastik tadi adalah jasad anda yang segar bugar itu. Bayangkan yang akan dituangkan cecair panas ke atasnya adalah wajah anda yang cantik dan manis itu. Diceritakan, ahli neraka akan dituangkan cecair panas melalui kepalanya yang panasnya bahan tersebut hingga menyebabkan muka mereka melebur, isi perut mereka hancur, dan kulit-kulit tubuh mereka mencair sehngga tersangkut di buku lali dan tumit mereka.


Lalu berjalanlah mereka dengan menyeret kulit-kulit tubuh yang melekat di kaki seperti berjalannya pengantin perempuan yang mengheret busana labuh.


Maka jika sudah terlanjur berdosa, segeralah memohon ampun kepadaNya. Allah maha Penerima Taubat. Dia akan mengampunkan hambaNya yang ikhlas memohon keampunanNya.


Janganlah sekali-kali kita berputus asa daripada pertolongan Dia Yang Maha Menolong ini.


Ya Allah, rahmatilah kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Merahmati, dan jangalah Engkau menyiksa kami kerana sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas kami.


Amin.


p/s: ikuti kisah seksaan ahli neraka. klikmesti tonton: cerita seksaan neraka

Twitter
Facebook

Comments (9)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
bagus nasihat ni.. manusia ni perlu diingatkan selalu.. :)
My recent post Contest Blog Saya Comel
1 reply · active 682 weeks ago
hai slm dh name manusia sememang nye pelupa jd kene ingt2 kn selalu kn....
hamba Allah yg hina's avatar

hamba Allah yg hina · 707 weeks ago

takut bila dengar pasal neraka.....
hamba Allah yg Daif's avatar

hamba Allah yg Daif · 707 weeks ago

moga kita dijauhkan dr azab neraka dan dimasukkan ke syurga...
Bagus artikel ini. Teruskan menulis tuan.
My recent post 5 Sebab Pembaca Blog Tidak Berkongsi Entri Kita Di Facebook
saya tumpang baca ya. syukran.. :-)
seboleh-bolehnya setiap hari bermuhasabah dan bertaubat maka tidaklah akan membebankan seseorang itu dengan dosa. jika kita terlajur maka itu adalah satu perkara yang malang.......
tertipu dengan tajuk..
semoga yang memberi komen diatas dari kalangan beriman dan kata-kata keramat diatas menjadi teladan kepada semua insan

Post a new comment

Comments by

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk