pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

cerita saya di Mesir

Saya mahu bercerita kepada anda.


Tetapi ini bukanlah cerita tentang rakyat Mesir yang masih berdemonstrasi untuk menyuarakan tuntutan-tuntutan mereka di mana-mana yang mereka fikirkan perlu. (Tapi janganlah di depan pintu bangunan kuliah kami pun buat juga, telinga tak mampu nak tapis suara sorakan berbanding mendengar syarahan doktor).


Ini juga bukan cerita bagaimana sesaknya pengangkutan-pengangkutan di sini. Bayangkan, kopiah putih saya sampai terjatuh akibat berasak-asak dengan para penumpang bas 3 jim semasa pulang dari kuliah tadi. (Mujur ada kawan arab yang tolong sambut tadi, kalau tak lunyai lah agaknya kopiah putih tu dipijak kaki-kaki agam mereka).


Tapi cerita ini masih menyabitkan mereka, memandangkan merekalah yang saban hari saya temui di sini.



Ok, dipendekkan cerita hari ini saya pergi kuliah lagi. Itu wajiblah kan, buat apa jadi pelajar kalau tak pergi belajar.


Dan macam biasa, saya pergi kuliah naik bas awam yang banyak di sini.


Bas sini sekali naik bayar 0.50 Pound Mesir(seoalah-olahnya macam RM 0.50, tapi pound Mesir jauh lebih rendah nilai dari ringgit), dari satu perhentian sampai ke perhentian yang satu lagi. Maksud saya kalau macam bas Sungai Petani - Alor Star, naiklah dari Sungai Petani ke, dari Guar Chempedak ke, atau dari Simpang Kuala yang lagi 2 km nak sampai Alor Star pun harganya tetap sama, 0.50 Pound. Balik pun harga macam itu juga. Murah kan?


Ok, ok. Jangan bosan lagi. Dah nak sampai subjek utama pun.


Semasa dalam bas itulah sesuatu terjadi. Sedang saya duduk-duduk, tiba-tiba...


Eh, macam saspen tak?


Anda janganlah cakap saspen. Macam perli pula saya rasa. Tahulah diriku ini tidak pandai bercerita, tapi janganlah diperli-perli sedemikian rupa..


Hehe, kalau anda tak mahu gelak pun, biarlah saya gelak sorang-sorang.


Sebabnya saya tidak bercadang untuk artikel ini ditulis begini. Sungguh, pada awalnya ada sebuah kisah teladan yang ingin saya kongsikan bersama anda.


Tetapi tulis punya tulis, akhirnya sampai ke sini. Saya pula jenis yang kurang minat dengan artikel yang berjela. Jadi kisah teladan yang dirancangkan awal tadi saya simpankan dulu.


Takpa kan macam tu?


Harapnya masih ada kebaikan yang dapat saya kongsikan. Sekian, moga berjumpa lagi.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk