sesekali bergurau
Sedikit kemaafan saya pohonkan daripada anda semua sidang pembaca di atas artikel semalam 'yang tergantung dan tidak faham apa yang hendak disampaikan' seperti kata bro akuBiomed dan 'sangkut' bak komen sis Surihati_ku.
Malah ada dua, tiga orang sahabat di dalam senarai YM saya (hassan_mujahid10@yahoo.com) pun turut memberi respon.
Baiklah, sekiranya anda membaca artikel saya itu dengan tenang dan tenteram sepertimana jurus yang sering dipraktikkan oleh Sang Asura yang merupakan seorang pencinta ekosistem di bumi (untuk pembaca buku Wira Tunggal sahaja), saya fikir anda masih dapat mengambil info dan perkongsian yang telah saya sediakan..
Kalau tak percaya cuba rujuk semula artikel saya semalam.
Ya, saya tidak nafikan di bahagian akhir artikel tersebut kelihatannya masih ada yang ingin dikongsi. Tapi seperti yang saya sebutkan, saya kurang berminat dengan artikel yang berjela.
Anda faham kan maksud saya?
Ok, kalau tak faham mari saya terangkan dengan lebih jelas.
Sebenarnya gaya penulisan yang seperti semalam antara lainnya adalah sebahagian daripada strategi pemasaran yang cuba saya lancarkan. Walaupun saya sendiri tidak pasti sama ada betul atau tidak teknik yang digunakan, tetapi saya juga tidak tahu adakah saya berjaya dengan teknik ini.
Pening kan ayat kat atas ni?
Jangan marah, nanti cepat tua..
;)
p/s : nantikan cerita sebenar yang ingin saya sampaikan tentang yang saya lihat tempoh hari
p/s 2: sekali sekala bergurau apa salahnya kan?
p/s x: tak semana-mena blogger dua orang kat atas tu dapat backlink.