kepada pencari bahagia
"Di mana letaknya kebahagiaan?" soal saya kepada Azam.
"Anta tanya ana? Padahal ana yang tanya anta kenapa sukar bahagia."
"Er, anta fikir kebahagiaan tu ada pada hartakah? Atau nama dan pangkat yang boleh buat kita bahagia?" Saya terus menyoal.
"Manalah ana tahu. Anta cerita sajalah, banyak pulak soalannya." Jawab Azam. Wajahnya mengerut keseriusan. Mungkin sudah lama dia pendamkan perkara begini.
Saya senyum. Apabila manusia mencari, dia sebenarnya sudah menggenggam kunci untuk menjemput penyelesaian supaya masuk. Sedangkan jawapan sudah menunggu di balik pintu. Sebaik sahaja anak kunci yang dicuba berpadanan, tiada keraguan lagi bahawa kejayaan akan menyertainya nanti.
Heh, entah apalah yang saya bebelkan ni!