pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

membebel kepada saudara se-Islam





Manusia bertindak mengikut apa yang dia nilaikan bermakna baginya.



Maka apabila Abu Jahal memilih dunia dan segala perhiasannya sebagai tempat membina semangat bertindak, jelaslah bahawa dunia itulah yang menjadi nilai paling bermakna bagi Abu Jahal.




Lain halnya dengan orang Islam, kita memilih untuk menjadi hamba kepada Allah, lantas segala yang dilakukan adalah usaha untuk memperoleh keredhaan-Nya. Hal ini demikian kerana sistem nilai orang Islam meyakini bahawa apa-apa yang Allah janjikan itulah yang terbaik.



Adapun yang berlaku dalam realiti umat Islam sekarang, ianya adalah tidak semua kesilapan kita bebankan di atas bahu mereka. Ini kerana realiti semasa jugalah yang menyebabkan orang Islam lemah dari memperjuangkan ketinggian Islam.


Di mana-mana sahaja usaha untuk meninggikan syiar Islam dilakukan, di situ jugalah cabaran terbesar dari melakukannya wujud.



Bahkan, cabaran-cabaran ini bukan sahaja dalam bentuk fizikal dan material seperti yang banyak berlaku pada zaman sebelum ini, sebaliknya ia dilakukan dengan cara yang lebih halus dan berkesan, iaitu dengan merosakkan sistem nilai orang Islam sendiri.


Mereka menggerakkan seluruh usaha untuk mengalihkan pandangan orang Islam daripada berdiri tegak di atas landasan syariat yang sebenar sehinggakan kita melihat bukan sahaja orang awam yang menghadapi masalah, bahkan kesatuan-kesatuan umat Islam di peringkat antarabangsa jugat tidak ada yang terselamat.



Inilah saat akhir zaman di mana sesiapa yang dapat melaksanakan sunnah nabi diganjarkan dengan 100 pahala syahid. Inilah zamannya dan inilah masanya yang disebutkan sebagai zaman di mana melaksanakan sunnah ibarat menggenggam bara api.


Bara akan padam jika dilepaskan, dan tangan akan terbakar jika bara terus digenggam...




*er kalau tak faham, sebenarnya ini adalah komen saya di blog seorang sahabat di sini (klik)

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk