kenapa kamu belum menyesal
Assalamualaikum.
Bertemu lagi kita di skrin ajaib ini. Skrin yang padanya banyak terhimpun kebaikan, namun sebilangan besar daripada kita lebih mudah untuk mengeksploitasikannya menjadi keburukan.
Ya, boleh saja mengikut kata anda bahawa dunia akhir zaman memang begini.
Tetapi tatkala anda menyedari bahawa inilah zamannya bahawa berakhlak seindah santun Nabi kita Muhammad akan diganjari seratus pahala syahid, apa yang anda lakukan?
Unfaithfulby ~Siilin
"Nak buat macam mana, dunia akhir zaman.."
Di akhir zaman yang kita sendiri tidak tahu selama mana zaman ini akan berlanjutan, marilah kita perbanyakkan bekalan. Kita tidak mahu miskin di dunia. Tetapi adakah kita sanggup terhina di akhirat?
Jangan sampai zaman ini belum berakhir, kita sendiri sudah menemui permulaan kepada akhir. Ketika itu, penyesalan dengan darah mata sekalipun nilainya sudah tiada.
Menyesallah semasa masih di dunia.
Allah mengingatkan, "Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!"
"Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat).