pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

doa berbuka puasa ramadhan dan doa selepas berbuka serta kepentingannya

Assalamualaikum.


Untuk artikel doa berbuka puasa ramadhan dan doa selepas berbuka dan kepentingannya ni, sebenarnya saya nak kongsikan dengan anda tentang kelebihan dan kepentingan berdoa secara umumnya.

Tapi tak apa, sebelum tu saya kongsikan dulu doa yang disusun oleh ulama kita untuk kita bacakan ketika berbuka puasa dan selepas berbuka puasa.


Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa. Telah hilang dahaga dan sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Ok. Berdoa ni adalah salah satu tanda kehambaan di dalam diri kita. Apabila kita berdoa, itu merupakan tanda bahawa kita sebagai hamba Allah mengakui keagungan Allah sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa dan memiliki segala-galanya.


Yang lebih penting dari itu adalah berdoa merupakan bukti kita merendah diri dan akur dengan seluruh perasaan bahawa diri kita ini penuh dengan kelemahan dan tidak mampu melakukan apa-apa melainkan dengan keizinan daripada Allah.

doa berbuka puasa ramadhan dan doa selepas berbuka serta kepentingannya


Allah sangat suka apabila kita merendah diri di hadapanNya Yang Maha Tinggi( tapi Dia tidak bertempat maka jangan disangka tinggi itu dari segi jarak atau saiz). Dan kerana kesukaanNya itulah maka Dia menjadikan ada waktunya permintaan dan doa-doa kita kepadaNya lewat dikabulkan.


Sebabnya kerana Dia suka melihat kita lebih lama menadah tangan dan merendah diri di hadapanNya.


Kesimpulannya, Allah suka kita berdoa. Ini diriwayatkan melalui banyak hadis-hadis nabi kita dan diperakui sendiri oleh Allah S.W.T apabila Dia berfirman di dalam beberapa ayat di dalam Al-Qur'an yang menyuruh kita supaya berdoa kepadaNya. semak sini, kisah hamba Allah berdoa di bulan ramadhan.


Jadinya. Apabila Allah sendiri suka kita berdoa, maka kita bagaimana?


p/s: masih tak lari dari tajuk doa berbuka puasa ramadhan dan doa selepas berbuka serta kepentingannya kan?

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk