pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

hadis-hadis kelebihan 5 amalan di bulan ramadhan 1

Assalamualaikum.




Hadis-hadis Nabi kita yang menyenaraikan kelebihan dan keutamaan amalan-amalan di bulan Ramadhan sangatlah banyak, tetapi saya memilih untuk fokus kepada 5 perkara ini.



MEMBACA AL QUR’AN


Rasulullah S.A.W memerintahkan untuk kita memperbanyakkan membaca Al-Quran kerana bulan ini adalah bulan Al-Qur’an.

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). (QS Al-Baqarah : 185)

Allah S.W.T memilih Ramadhan untuk dijadikan bulan yang diturunkan Al-Qur'an padanya meninggalkan sebelas lagi bulan yang lain supaya dengan ini kita mengetahui betapa eratnya hubungan di antara Ramadhan dengan Al-Qur'an.


undefined
                                                       hadis-hadis kelebihan 5 amalan di bulan ramadhan 1



Maka apalah nilai ramadhan kita jika bulan mulia ini tidak digandingkan dengan memperbanyakkan pembacaan Al-Qur'an serta mentadabbur dan mengamalkan ayat-ayatnya sedangkan Allah S.W.T. Yang Mencipta segala sesuatu telahpun menggandingkan kedua-duanya dengan rapat.

Adakah kita tega untuk melupakan susunan Allah tersebut dengan mengabaikan gandingan ini?



MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui. (QS Al-Baqarah : 261)

Cuba anda bacakan ayat di atas. Ayat ini menceritakan perumpamaan bagi orang yang bersedekah kerana Allah ibarat biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai sedangkan bagi setiap tangkai pula ada seratus biji. Maknanya semua ada tujuh ratus biji daripada satu benih yang kita semaikan.


Tetapi tidak cukup dengan tujuh ratus biji, Allah kemudiannya menyambung lagi dalam ayat yang sama bahawa Allah berkuasa melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki dan kurnia Allah adalah Maha Luas.


Kita tak akan dapat membayangkan betapa luasnya kerajaan dan kekuasaan Allah S.W.T.


Maka cukup untuk anda bayangkan bahawa kedudukan manusia berbanding bumi adalah sangat kecil jika dilihat dari sudut saiz. Namun, bumi bukanlah satu-satunya planet yang Allah ciptakan, bahkan kedudukan bumi dalam sistem suria sendiri adalah sangat kecil sedangkan Allah menguasai beribu (jika bukan berjuta) lagi sistem-sistem lain yang sama atau lebih besar daripada sistem suria di alam ini.


Maka dengan besarnya (baru dari sudut saiz) kerajaan Allah ini, mengapa kita masih ragu dengan jaminan pahala berlipat ganda daripadaNya?


Apalah sangat seratus dua yang anda sedekahkan berbanding kerajaan bumi dan langit yang Allah kuasai.


Artikel hadis-hadis kelebihan 5 amalan di bulan ramadhan ini akan bersambung ke siri 2. InsyaAllah.


Dijemput untuk anda kongsi artikel ini dengan klik like ataupun share melalui icon FB di bawah.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk