pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

hari nuzul Al-Qur'an 2011 17 Ramadhan | jangan salah faham


“Ustaz, Al-Quran sebenarnya turun berapa hari bulan?” tanya seorang penghantar emel.

“Kami puas berbalah tentang tarikh sebenar Nuzul al-Quran” kata seorang yang lain pula. (Nuzul Al-Qur’an pada 17 Ramadhan atau Perang Badar sebenarnya)



Hairan.

Semasa saya belajar subjek Ulum al-Quran dahulu, kita diberitahu bahawa al-Quran turun secara berperingkat. Ada kata satu. Ada kata dua, ada kata tiga. Ramainya berpendapat satu atau dua. Tarikhnya pun diperselisihkan ulamak sama seperti banyak isu tarikh yang lain, sebagai menunjukkan kepada kita persoalan tarikh tidak pernah menjadi agenda penting generasi Islam yang awal kecuali dalam beberapa perkara yang asas sahaja.
                                                                         hari nuzul Al-Qur'an 2011 17 Ramadhan | salah faham 
                                                                  Unfaithfulby ~Siilin
Apatah lagi mahu membayangkannya sebagai punca berbalah.


Sungguh tidak masuk akal.

Biarlah tarikh mana pun ia, asalkan tujuan penurunan al-Quran itu ditunaikan. Al-Quran dimuliakan sebagai rujukan kehidupan si hidup, bukan bekalan kematian si mati.

“Pelik sungguh orang Selangor. Al-Quran diturunkan sebagai galakan kepada manusia bekerja. Tetapi sempena turunnya al-Quran, orang Selangor bercuti kerja pula!” rungut orang Kuala Lumpur dan Putrajaya di pagi hari dalam kereta masing-masing.

*Nuzul Al-Qur’an pada 17 Ramadhan atau Perang Badar sebenarnya
*ada sebahagian ulama berpendapat lailatul Qadar terjadi pada malam 17 Ramadhan..banyak pendapat..
cuma yang sohihnya 17 ramadhan adalah berlakunya Badar Al-Kubra..



Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk