pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Nuzul Al-Qur’an pada 17 Ramadhan atau Perang Badar sebenarnya

Assalamualaikum.


Benarkah Nuzul Al-Qur’an terjadi pada 17 Ramadhan seperti yang difahami oleh sebilangan umat Islam? Bagaimana pula dengan peristiwa perang Badar?


Jawapan saya ialah, ulama kita berselisih pendapat mengenai persoalan Nuzul Al-Qur'an ini. Adapun tarikh berlakunya peperangan pertama umat Islam iaitu perang badar hampir semuanya berpakat menyatakan ia berlaku pada tarikh 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah.



Menurut riwayat yang lebih kuat mengatakan Nuzul Qur’an pada 17 Ramadhan adalah tidak tepat.




Ini kerana banyak riwayat yang sahih bahkan Al-Qur’an sendiri menyebut secara jelas bahawa turunnya Al-Qur’an itu ialah pada malam al-Qadr dan hal ini bertepatan dengan riwayat yang sahih yang mengatakan berlakunya Al-Qadar ( lailatul qadar ) itu pada sepuluh malam yang terakhir bukan 17 Ramadhan.


Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an pertunjuk kepada manusia..” (Al-Baqarah : 185).


Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Qur’an itu pada malam al-Qadar” (Al-Qadr : 1).

Maka di dalam masalah nuzul al-qur’an ianya tidak dapat dipastikan bilakah diturunkan Al-Qur’an itu secara tarikh tepat iaitu pada hari ke berapa dan malam apakah baik 17 apakah 18 dan apakah malam 19 Ramadhan.


Nuzul Al-Qur’an pada 17 Ramadhan atau Perang Badar sebenarnya
undefined



                                                               
Diriwayatkan rasulullah pernah bersabda : “ Diturunkan suhuf Ibrahim pada malam pertama di bulan Ramadhan dan diturunkan Taurat…dan diturunkan Al-Qur’an pada malam 24 Ramadhan” (hadith ini hasan riwayat Ahmad dan Ibn Abi Hatim dan Ibn Jarir dengan rijalnya rijal yang siqah kecuali Imran al-Qathan dan dianya soduq waham dan punyai syahid dari hadith Ibn Abbas yang marfu’ .



Dikeluarkan oleh Ibn Jarir dan Abi Hatim dan juga Baihaqi dan lain-lain mengenai soalan Athiyah ibn Aswad kepada Ibn Abbas ra berkenaan penurunan Al-Qur’an yang disebut berlaku pada malam lailatul qadar dalam Bulan ramadhan, maka dijawab oleh Ibn Abbas ra dengan mengatakan ianya (Al-Qur’an) diturunkan sekaligus pada malam lailatul qadar dalam bulan Ramadhan (dalam riwayat lain Ibn Abbas mengatakan ianya (Al-Qur’an) diturunkan secara jumlah keseluruhannya pada malam 24 Ramadhan ke Baitul Izzah di langit dunia dan kemudiannya Jibrail as... menurunkannya kepada rasulullah sedikit demi sedikit) Sahih riwayat Tibrani no. 12243 dan Disahihkan oleh Hakim dan disepakati Adz-zahabi, Baihaqi dan Ibn Jarir.



Secara sahih penurunan Al-Qur’an sekaligus keseluruhannya berlaku pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan dan hal itu jelas disepakati.





Namun apakah Lailatul Qadar itu yang berlakunya penurunan Al-Qur’an tersebut dari sisi Allah ke langit dunia di Baitul Izzah ialah pada malam ke 17 Ramadhan maka ini tiada dalil yang jelas. Malah waktu-waktu seperti yang mengatakan pada malam sekian dan sekian juga tidak tepat kerana lailatul Qadar itu berbeza-beza pada setiap tahun menurut kehendak Allah dan juga pada lailatul Qadar yang mana satukah berlakunya penurunan atau nuzul Al-Qur’an itu pun hanya diketahui oleh Allah swt.


Sekian sahaja sedikit perkongsian mengenai Nuzul Al-Qur’an pada 17 Ramadhan atau Perang Badar sebenarnya. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk