pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

download senarai lagu raya baru dan lama | lirik lagu raya

Assalamualaikum.




klik sini kalau nak download koleksi himpunan album lagu raya

Kalau anda bukak ke google insight for search hari ini, anda akan dapat lihat kata kunci utama untuk minggu ini bagi senarai carian google Malaysia adalah lagu raya tanpa mengkhususkannya sama ada download lagu raya terbaru atau lama, atau sekadar mencari lirik lagu raya malah tidak dikhususkan kepada tajuk-tajuk atau penyanyi-penyanyi bagi lagu raya tertentu.




Antara penyanyi yang banyak menyanyikan senarai lagu raya termasuklah siti nurhaliza dengan lagu bila hari raya menjelma dan meriah suasana hari raya.




Tapi bila fikir balik saya jadi hairan. Hari ni kan baru 8 Ramadhan. Kita ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum raya menjelma. Tapi kenapa lagu raya dah jadi top search?






Kalau dah sampai tahap cari lagu raya, maknanya mesti dah start fikir pasal raya. Betul tak? Entah-entah dah ada yang download lagu raya yang baru atau lama untuk dijadikan ringtone handset.




Sedangkan kita baru seminggu puasa. Sayanglah kalau puasa kali ni kita tak tumpukan sepenuh hati.




Puasa memang setahun sekali. Tapi puasa yang kita lalui sekarang tak akan berulang lagi. Ramadhan 1432 Hijrah hanya akan berlaku sekali sahaja. Bahkan yang dikatakan sekali sahaja bukan sekadar untuk seumur hidup kita, tetapi seumur hidup dunia ini pun dunia juga tak akan dapat menikmati ramadhan 1432 H untuk kali kedua.




Nasihat saya kita janganlah sudah mula fikir pasal raya. Sampai nak cari lirik dan download lagu raya baru dan lama ni. Tumpukan terhadap Ramadhan yang di depan mata.




Setiap saat ramadhan adalah sebaik-baik saat yang pernah wujud. Janganlah kita jadi manusia celaka seperti yang nabi kita pernah aminkan ketika baginda mendengar Malaikat Jibril menyebutkan, "Celaka lah umatmu Muhammad apabila masuk dirinya di bulan Ramadhan dalam keadaan tidak baik dan keluar dirinya dari bulan Ramadhan juga dalam keadaan tidak baik."



Saya tulis ni untuk menasihati diri sendiri dan anda semua. Semoga artikel download senarai lagu raya baru dan lama | lirik lagu raya ni memberi manfaat kepada anda yang membaca, lebih-lebih lagi kepada saya yang menulis.


Ramadhan Syahrul At-Taghyir.

klik sini kalau nak download koleksi himpunan album lagu raya

Wassalam.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk