pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

hantar kad ucapan raya online | kad raya facebook | muhasabah aidilfitri

Assalamualaikum.


hantar kad ucapan raya online, kad raya facebook, kad raya elektronik, Download kad ucapan Hari Raya Aidilfitri 2011M/1432H, Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Kad Hari Raya Aidilfitri Online, Tempahan Kad Raya, Download Kad Raya, Kad Raya Percuma, Kad Raya Online Free Download, Tempah Kad Raya, Kad Raya Kartun, koleksi Ucapan Raya, hantar kad raya ke emel dan facebook.



Untuk menghantar kad raya siber secara online ke emel sila klik sini, http://media.mmu.edu.my/gong/postcard/index.raya.shtml

Untuk aplikasi kad raya melalui facebook di sini, http://www.facebook.com/apps/application.php?id=77593285012




Selamat Hari Lebaran, Minal ‘aideen wal faaizeen… bait-bait lagu raya ini sedang berputar berulang-ulang kali di radio. Ucapan yang sama juga kerap tercoret di kad-kad raya sama ada yang bersetem, atau yang dikirim secara elektronik.

Namun, pernahkah kita benar-benar memikirkan erti di sebalik pengucapan tersebut? Terfikirkah kita betapa besarnya makna di sebalik ungkapan itu? Atau sekali lagi, ia hanya ucapan tanpa makna, seperti Assalamualaikum yang gersang dari rasa sebuah doa, atau Insya Allah yang hanya kosmetik untuk cadangan memungkiri janji? Fenomena kata-kata tanpa makna ini memang sudah lama wujud, sudah lama berlaku.

undefined
hantar kad ucapan raya online, kad raya facebook, kad raya elektronik, Download kad ucapan Hari Raya Aidilfitri 2011M/1432H, Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Kad Hari Raya Aidilfitri Online, Tempahan Kad Raya, Download Kad Raya, Kad Raya Percuma, Kad Raya Online Free Download, Tempah Kad Raya, Kad Raya Kartun, koleksi Ucapan Raya, hantar kad raya ke emel dan facebook



Sebagai hamba, kita perlu sentiasa beringat bahawa Allah menciptakan kita hanya dengan satu tujuan, iaitu untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Semuanya mesti jadi ibadah. Jika umur 60 dan tidur sehari 8 jam, jumlah tidur selama 20 tahun itu mesti dijamin yang ia adalah ibadah. Seandainya semua itu tersia menjadi sisa, maka muflislah kita mengadap Allah di Padang Mahsyar. Oleh itu, adat kebiasaan yang baik mesti diangkat menjadi ibadah.



Kita mengucapkan tahniah atas kejayaan kita untuk memenuhi tuntutan Ramadhan, melepasi proses Tarbiyahnya dan akhirnya, kita melambai senja Ramadhan yang menyinsing dengan suatu diri yang tinggi. Tinggi kerana kita telah menundukkan nafsu, kita telah menghidupkan hati dan kita telah meringankan tubuh badan untuk beribadah. Malah kita juga telah mengubah sikap kepada yang lebih baik, sesuai dengan ciri-ciri asal yang telah dikurniakan Allah kepada kita. Ya, kita telah kembali kepada Fitrah, ‘kembali ke jalan Allah’. Inilah erti ‘Aideen iaitu orang yang kembali.

Mereka yang berjaya menyerlahkan kembali Fitrah diri yang selama ini terkurung di perangkap nafsu dan kejahilan, adalah manusia yang berjaya.
“Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan dirinya dari belenggu nafsu” (Asy-Syams 91: 9)
Inilah erti al-Faa’izeen yang kita sebutkan. Maka cerminlah keadaan diri kita semua. Apakah kita telah kembali kepada fitrah diri yang sebenar selepas Ramadhan ini? Apakah apabila al-Quran menyebut ciri-ciri orang mukmin, di dalam ayat yang banyak dan pelbagai, kita menepati ciri tersebut? Dan benarkah kita telah berjaya?
Seandainya tidak, ungkapan-ungkapan itu hanyalah sebagai satu ejeken. Mengejek diri sendiri yang jelek, kerana menyarungkan pakaian sutera, pada ‘tunggul manusia’ yang tiada harga…

Moga benar-benar kita ini kembali kepada fitrah, sebelum kita kembali kepada Allah. Kerana itu sahajalah erti Fa’izeen dan mereka sahajalah yang beroleh al-Falah…


hantar kad ucapan raya online, kad raya facebook, kad raya elektronik, Download kad ucapan Hari Raya Aidilfitri 2011M/1432H, Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Kad Hari Raya Aidilfitri Online, Tempahan Kad Raya, Download Kad Raya, Kad Raya Percuma, Kad Raya Online Free Download, Tempah Kad Raya, Kad Raya Kartun, koleksi Ucapan Raya, hantar kad raya ke emel dan facebook


Untuk menghantar kad raya siber secara online ke emel sila klik sini, http://media.mmu.edu.my/gong/postcard/index.raya.shtml

Untuk aplikasi kad raya melalui facebook di sini, http://www.facebook.com/apps/application.php?id=77593285012

Maklumat lanjut untuk menghantar kad raya ada disediakan di link-link tersebut.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk