pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

peluang promosi blog selama sebulan

Assalamualaikum.


Saya tak pasti jika anda berminat untuk saya promosikan blog anda di sini. Tapi jika anda berminat, saya menjemput anda menyertai peraduan kali ini.


Sebenarnya saya memang tak minat dengan peraduan. Bahkan inilah kali pertama saya buat. Harapnya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anda semua.


Saya bercadang untuk pilih 5 blog pada bulan Julai depan, jadi kalau permintaan lebih daripada 5 blog maka saya terpaksa pilih. Caranya mudah saja. Cuma 3 perkara yang anda perlu buat.




  • Ulaskan berkenaan artikel saya bertajuk hamba zaman sekarang / atau tulis satu artikel yang bertajuk serupa (hamba zaman sekarang) di blog anda. Ulasan / artikel yang ringkas adalah lebih baik.

  • Nyatakan jika anda selalu ke blog saya atau tidak sebelum ini beserta alasan untuk jawapan anda tersebut.

  • Tag dan maklumkan kepada 5 orang (atau sekurangnya 3) blogger yang anda rasakan berminat dengan peraduan ini.


Pemilihan (jika penyertaan melebihi 5 blog) adalah berdasarkan kecenderungan saya sendiri. Antara sudut pemarkahan yang saya pilih adalah dari sudut blog menarik, referral terbanyak, entri terkreatif dan lain-lain.


Terbuka kepada semua pemblog di mana sahaja. Tarikh tutupnya adalah pada 12.00 malam 31 Jun waktu Malaysia.


Sebarang penyertaan atau permasalahan sila nyatakan di ruang komen di bawah artikel ini.



update 27 Mei: 

  • tarikh tutup penyertaan dilanjutkan ke 12.00 malam 31 Jun 2011.
  • pemenang akan diumumkan dalam minggu pertama bulan Julai dan akan dipromosikan seperti kemaskini artikel daripada blog Tok Esah di sebelah kiri blog saya ini.
  • semua blog yang menghantar penyertaan pula akan dimasukkan ke dalam senarai bloglist yang terbaru.
  • hadiah tambahan juga diberikan kepada 10 blog terawal yang menghantar penyertaan. rujuk artikel terbaru promosi blog.


Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk