pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

teknik menarik pembaca ke blog



Assalamualaikum.


Tahukah anda teknik menulis artikel yang baik dan kreatif boleh menyebabkan pembaca tersangkut di blog anda selama hampir bilangan jam.


Anda mahu tahu caranya?


Mari kita kongsikan. Saya pun bukannya tahu sangat.


Tajuk yang menangkap


Sebelum sampai ke blog anda, para pembaca terlebih dahulu akan melihat tajuk artikel yang anda tuliskan. Jika mereka tertarik, barulah link artikel anda  akan diklik.


Sebab itu tajuk artikel sangat penting. Cuba lihat artikel saya bertajuk ustazah yang cantik, isinya adalah biasa iaitu menuntut para muslimah supaya menutup aurat dengan sempurna. Tetapi jika saya menuliskan tajuknya seperti ‘kepentingan menutup aurat’, anda fikir ramaikah yang akan membaca?


Kadang-kadang saya melebihkan masa menghasilkan artikel dengan memikirkan tajuknya melebihi masa menulis isi artikel itu sendiri.


Sususan ayat yang berpatutan


Tidak perlu menulis ayat yang terlalu berbunga-bunga dan bersastera. Ayat-ayat dengan perkataan ringkasan juga perlu dielakkan.


Ayat seperti ‘ak tlis blog sbb ak ska’ menunjukkan bagaimana tidak berdisiplinnya anda dalam menulis blog.


Isi artikel yang bermanfaat


Pembaca akan berpuas hati dengan isi yang bermanfaat yang anda kongsikan bersama mereka. Bahkan sebenarnya inilah yang mereka cari.




Jika kena gayanya, artikel anda akan dikongsi di facebook dan blog-blog mereka.


Malangnya ada juga pembaca sukakan gosip dan fitnah. Penyebaran perkara ini akan mengundang dosa dan murkan Allah.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk