Bagaimana membina keseronokan berblog
Assalamualaikum.
Berblog sangat seronok jika kena gayanya. Ada orang bila sudah mendapat gaya berblog ini, dia dapat menghasilkan sehingga berbelas artikel sehari.
Jika anda mahu membina keseronokan berblog, mari kita kongsikannya. Saya pun bukannya pandai sangat.
Sampaikan apa yang anda tahu
Apabila anda menyampaikan apa yang anda ketahui, secara tidak langsung anda telah melakukan dua perkara sekaligus.
Yang pertamanya adalah anda akan dapat menulis artikel dengan kerap. Yang keduanya pula adalah maklumat yang anda sampaikan dapat dikongsi dengan ramai orang.
Ini kerana jika anda asyik rungsing apa yang mahu disampaikan, bilakah masanya artikel anda akan diterbitkan? Sedangkan anda sepatutnya sampaikan apa yang anda ketahui.
Lupakan tentang traffik, duit, follower
Supaya anda mendapat keseronokan berblog yang sebenar, elakkan diri daripada terlalu memikirkan perkara-perkara ini. Apabila asyik memikirkan traffik, follower dan duit, anda akan menjadi tertekan untuk menulis.
Ketika itulah keseronokan berblog akan hilang.
Sebaliknya jika anda sudah seronok berblog, anda akan mampu menghasilkan artikel dengan kerap. Ketika itulah traffik dan follower akan datang.
Cubalah jika anda tak percaya.