pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Dua asas menulis blog

Assalamualaikum.


Menulis blog ada asas tersendiri yang diperlukan supaya anda ada fokus dan tahu bagaimana untuk berblog dengan baik. Bahkan untuk menjadi pemblog yang Berjaya bukan sekadar menulis, tapi mengurus blog.


Saya simpulkan asas mengurus blog terbahagi kepada dua. Yang pertama adalah dari sudut menyusun blog yang meliputi kesesuaian template, widget-widget yang bermanfaat, dan loading blog yang cepat.


Yang kedua adalah teknik menulis artikel. Antara perkara yang terpenting dalam bahagian artikel pula antaranya pemilihan tajuk blog dan olahan idea dalam artikel.


Kedua-dua bahagian ini penting. Namun salah satunya akan menjadi lebih penting mengikut kepada tahap penerimaan pembaca blog anda atau tahap pembabitan anda terhadap blog anda sendiri.


Tak faham?


Begini, anda mesti mahukan blog anda dibaca oleh orang lain. Maka apabila orang lain datang ke blog anda, ada dua perkara pertama yang akan dilihatnya.


Susun atur blog dan artikel blog.


Bagi penyunjung yang pertama kali datang, yang pertama akan dilihatnya adalah susun atur blog (loading tidak lambat dan susunan widget yang kemas) dan tajuk artikel (jika tajuk menarik barulah artikel akan dibaca).


Jika anda dapat menarik pembaca dari sudut ini, blog anda tidak menjadi masalah untuk dilawati untuk kali kedua dan ketiga selepas itu.


Bagi penyunjung yang sudah biasa datang ke blog anda pula (selepas tertarik dengan artikel dalam blog anda), aspek susunan template dan tajuk blog sudah boleh dilonggarkan, sebaliknya anda mesti memberi perhatian terhadap olahan ayat dan idea yang disampaikan di dalam blog.


Sebab itu menulis artikel perlu ada fokus dan isi yang baik.


P/s: kalau tak faham rujuk kepada yang lebih arif.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk