pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

cara untuk ikhlas


Assalamualaikum.


Semasa saya menjalankan peraduan promosi blog selama sebulan, seorang peserta bertanya kepada saya bagaimana cara untuk mendapatkan niat yang terbaik ketika melakukan sesuatu.


Er, peserta tersebut adalah piahbecok (kenapa namanya kelihatan negatif) yang amat baik hati telah kembali melontarkan soalan kepada saya mengenai ikhlas dalam melakukan amalan.


Saya dah sebut ini banyak kali. Tapi saya akan sebut lagi supaya kita selalu beringat.



Jenis-jenis niat


Ketika Imam Nawawi menghimpun hadis 40 dengan himpunan beliau yang sangat masyhur, beliau telah mensyarahkan hadis-hadis tersebut secara ringkas. Di dalam syarahannya berkenaan hadis pertama, Imam Nawawi menyebutkan terdapat 3 jenis niat yang diterima yang saya simpulkan seperti berikut:



  1.          Niat beramal kerana takut kepada Allah (dinamakan ibadah hamba).
  2.          Niat beramal kerana harapkan ganjaran syurga (dinamakan ibadah peniaga).
  3.          Niat beramal kerana malu dan bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat yang Allah kurniakan (dinamakan ibadah merdeka).


Ketiga-tiga niat ini adalah baik dan akan membawa kita kepada ikhlas melakukan amalan kepada Allah. Tidak kira apa jenis perbuatan kita, apabila diniatkan dengan tiga niat di atas, InsyaAllah akan diterima. Amalan yang harus seperti makan dan tidur untuk keperluan hidup (hidup seorang hamba Allah) apabila diniatkan dengan niat di atas juga diterima.


Namun yang terbaik di antara tiga jenis niat ini adalah niat yang ketiga iaitu beramal kerana malu dan syukur kepada Allah kerana cara ni diamalkan oleh nabi Muhammad S.A.W.


Sebelum terlupa, syarat untuk berniat yang mendapat kebaikan mestilah amalan tersebut sendiri adalah amalan yang tidak ditegah syarak. 


Dengan ini saya menjemput anda ke blog kak piah.Beliau ini walaupun namanya piahbecok, tapi sebenarnya tulisan beliau bagus-bagus juga.


p/s: penyertaan setakat sekarang adalah 6 blog, masih berbaki 4 blog terawal untuk mendapat peluang review secara percuma (klik untuk join).

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk