pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

sesalan masa

Ketika kebanyakan orang meraikan kedatangan 1 hari bulan 1, 2011 dengan penuh keceriaan dan kegembiraan, saya memilih untuk melihatnya sebagai sebuah kehadiran yang disambut dengan sesalan.


Sesalan bahawa kerana tarikh dan masa ini, telah terlalu banyak manusia yang menjadi terhina di dalamnya.


Bahawa masa, dia telah menyaksikan sekian banyak orang yang jatuh, tenggelam, hanyut dan kelemasan.


Maka mengapa tidak untuk saya memandangnya sebagai sebuah sesalan?

                                             gambar hiasan



Bahkan, dengan mengkaitkan kepada masa, Allah juga telah menempatkan manusia di dalam kerugian.



Perhatikan,


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian." Surah Al-Asr ayat 1 dan 2.



Apa rasanya tuan sekalian mendengarkan ayat yang seperti ini? Bahawa Allah telah menjanjikan kerugian kepada manusia seluruhnya, sedangkan kita belum mampu menghayati erti rugi itu?



Bukankah dengan kerugian inilah, Khalifah Umar bin Abd Aziz meraung kesedihan pada setiap malam yang baginda lalui demi menghayati besarnya sebuah sesalan.



Sesalan masa, bahawa dengan masa ini kebanyakan manusia seringkali terlupa.



"Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia lupa tentang keduanya,  itulah nikmat sihat dan nikmat lapang." Mafhum hadis.



Lalu, setelah semua bentuk ancaman dan peringatan ini, di manakah letaknya perlindungan?



Ianya adalah masih dari tempat yang sama, iaitu apabila Allah meletakkan pengecualian kepada manusia yang menjadi tercela dengan masa,




"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." 



Sebagai penutup, saya katakan bahawa apabila dikaitkan dengan masa ini, terdapat makna yang terlalu mendalam, bagi mereka yang mahu berfikir.



Inilah hakikatnya, bahawa demi masa, manusia menjadi rugi , menjadi tercela, menjadi hina dan berdosa.



Melainkan yang beriman dan beramal soleh, yang menasihati kepada kebaikan dan kesabaran..
 


-Mohd Naimul Firdaus bin Abd Latib, Kaherah, 01/01/2011




Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk