tafsir hari isnin
Mengikut Kalendar 2011 yang ada sekarang, 17 Januari adalah hari Isnin. Pada hari itu saya akan menduduki peperiksaan semester pertama, bagi tahun pengajian kedua saya di bumi bertuah Mesir ini.
Madah yang akan saya duduki adalah madah ketiga, iaitu madah Tafsir Ayat-ayat Hukum. Ada banyak juga perbahasan hukum di dalam silibus kami kali ini. Antaranya termasuklah perbahasan berkenaan penjagaan harta anak yatim, kemuliaan Baitullah dan Tanah Haram, hukum mengambil riba, memakan bangkai dan banyak lagi.
Pembahagiannya adalah berdasarkan ayat dan satu ayat pula biasanya ada sekitar tiga perbahasan hukum atau lebih. Ada 16 ayat, jadi semuanya tak adalah banyak mana pun...
Kemudian, hari Khamisnya pula merupakan hari terakhir imtihan bagi semester ini dengan subjek tauhid yang akan saya temui nanti. Tak lama lagi masa yang masih berbaki.
Jadi, disamping saya berusaha dengan mengulangkaji dan bertawakal, apa salahnya anda membantu dengan menghulurkan doa-doa yang ikhlas.
Saya dahului dengan ucapan jazakumullah khairal jazak.