berjaya di hujung telunjuk?
Setiap kali saya menulis, saya tahu bahawa tulisan saya itu pertamanya saya tujukan kepada diri, sebelum sampai kepada orang lain.
Tetapi, rasa tahu sahaja tidak cukup.
Saya sendiri perlu lebih menghayati apa yang saya tuliskan sebelum orang lain menghayatinya.
Namun, bak kata HM Tuah Iskandar di dalam buku motivasinya, ramai orang berjaya di telunjuk orang lain. Tetapi sedikit yang berjaya dengan telunjuknya sendiri.
Maka kali ini saya mengambil ruang ini untuk bermuhasabah.