pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Archive for September 2011

gravatar

bersih 2.0 : siapa yang taksub dan jawapan pokok kelapa

Assalamualaikum.


Hanya seorang manusia sahaja untuk layak kita bertaksub dengannya iaitu nabi kita Muhammad S.A.W. Selain baginda, tiada lagi manusia zaman ini yang layak mendapat pengktirafan sedemikian.


Namun sumber perundangan agama kita tidaklah terlalu kecil dan sempit hingga membataskan hukum-hukum kepada apa yang tertulis di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadis semata-mata.


Sebaliknya dua sumber ini menjadi asas yang akhirnya mewujudkan berpuluh-puluh lagi sumber pengambilan hukum untuk kita beramal dengannya (sama ada yang disepakati ulama seperti ijmak dan qias, mahupun yang ulama berselisih mengenainya seperti masolih mursalah, istihsan, 'uruf, adat dan berpuluh-puluh lagi sumber yang benar-benar diiktiraf oleh mereka).


Ianya adalah ibarat pokok kelapa yang jika kita mencubit walau dari bahagian manapun nescaya bahagian itu akan memberi manfaat dengan syarat bahagian itu memang berasal daripada pokok tersebut.


Twitter
Facebook
gravatar

sifat seorang isteri yang penyayang

Assalamualaikum.


Saya perasan juga ada kawan-kawan yang kemaskini artikel tentang hari ibu. Kemudian timbul pula pandangan beberapa orang yang lain bahawa meraikan ibu masing-masing tidak perlukan kepada hari-hari khusus, sebaliknya setiap masa.


Masalah ini saya tinggalkan untuk anda jawab sendiri kerana hakikatnya semua orang mahu sayang dan menghargai ibu masing-masing.


Cuma bila saya mengenang adanya hari ibu ini, secara tidak langsung ia akan mengheret kisah bagaimana seorang wanita menjadi isteri sebelum kemudiannya menjadi ibu.


by ~TheCalling


Twitter
Facebook
gravatar

motivasi petua mengatasi masalah cinta 1

Assalamualaikum.


Ada dua perkara utama yang anda perlu faham untuk mengatasi masalah cinta.


Yang pertama adalah mengetahui hakikat cinta.


Memang banyak pihak yang mentakrifkan cinta dengan makna dan terjemahan mereka tersendiri sehingga ada yang menyatakan cinta itu sebagai sesuatu yang subjektif. Namun Imam Ghazali sebenarnya telahpun memberikan kepada kita sebuah takrifan cinta yang cukup padat dan tepat dengan kata beliau bahawa, "cinta adalah suatu kecenderungan terhadap sesuatu yang memberikan manfaat".

undefined



Twitter
Facebook
gravatar

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia


Assalamualaikum.


Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.


                                                                     gambar hiasan

Twitter
Facebook
gravatar

umno kata mat sabu sebagai pengkhianat kerana mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan negara sedangkan yayasan warisan johor dan menteri besar johor yang umno sendiri terlebih dahulu mengiktiraf Mat Indera

Assalamualaikum.


siapa Mat Indera, video ucapan Mat Sabu, gambar mat sabu, sejarah peristiwa bukit kepong, gambar mat indera pejuang komunis, buku biografi pengukir nama johor, Mat Indera pejuang kemerdekaan sebenar, menteri besar umno sokong mat sabu, kisah mat indera, buku yayasan warisan johor, riwayat hidup, kisah sebenar mat indera, ucapan mat sabu, timbalan presiden pas, isu mat sabu, kesilapan umno


Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.


Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO.



Twitter
Facebook
gravatar

kawan lama dan blogger yang berhutang

Assalamualaikum.


Masih adakah pembaca setia blog ini yang mengikuti perkembangan sejak lebih setahun lalu?


Atau yang berkunjung ke sini adalah pelawat-pelawat baru yang secara tidak sengaja atau mungkin dipaksa-paksa untuk sampai akibat sesuatu yang telah menarik?(mungkin anda tak faham maksud saya jadi abaikan saja)


Saya tak tahu. Anda yang membaca mungkin ada jawapannya sama ada anda adalah pembaca lama yang mengikuti lebih beratus artikel di blog ini, atau kawan baru yang kali pertama menjejakkan kaki ke sini.


Dan untuk yang terakhir. Saya memang berhutang. Kebanyakannya hutang untuk bloglist atau backlink yang masih belum diselasaikan sejak beberapa minggu yang lalu.


Blogwalking pun jarang sangat. Anda faham kan saya ni sibuk?

Twitter
Facebook
gravatar

aku nak trafik percuma daripada jejaka terhangat

Assalamualaikum.




undefined


Kat atas ni adalah header blog jejaka terhangat. Jejaka terhangat ni ada buat satu cara khusus untuk derma trafik ke log-blog yang hantar penyertaan ke pogram(?) yang dia buat.





Twitter
Facebook
gravatar

ciri-ciri gadis murahan dan lelaki pengecut

Assalamualaikum.


Jom sentap sikit malam ni. Er, buat-buat faham sudah. Tentang lelaki pengecut dan gadis murahan.


Sebenarnya, bagi saya lelaki yang gemar bermain dengan perasaan wanita adalah seorang lelaki yang pengecut.


Mengapa?


Kerana dia hanya bermain dengan sehelai kapas yang lembut. Nipis, ringan dan mudah diterbangkan. Ke mana angin ingin menerbangkan, kapas mengikutinya dengan rela.

Twitter
Facebook
gravatar

panduan puasa sunat 6 hari Syawal dan qadha puasa

Assalamualaikum.




Dah puas raya kan? Jom puasa enam untuk bulan syawal ni pulak. Tapi saya tak sempat nak tulis penuh hukum-hukum dan cara pelaksanaan puasa 6 ni. Jadi saya salin ini daripada blog kawan untuk perkongsian kat bawah ni. Perbahasan tentang qadha puasa ramadhan yang tertinggal untuk dilakukan dalam bulan syawal pun ada.


Puasa 6 hari di bulan Syawwal adalah termasuk di dalam ibadah puasa Tathawwu’ (amalan ketaatan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah). Kebanyakan ahlil ilmi mengatakan sunnat berpuasa 6 hari di bulan Syawwal termasuklah Ibn Abbas, Thaus, Sya’bi, Maimun bin Mahran, Ibn Mubarak, Imam Syafi’e, Imam Ahmad, Ishaq dan lain-lain.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk