pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Archive for 2010

gravatar

Puisi Akhir Masihi

ini adalah entri penutup untuk tahun ini, dikemaskini menggunakan handset.

maka, tiada edit-edit tulisan dan gambar, dan saya letakkannya di kategori live.



PUISI AKHIR MASIHI


bila hati mati,
semua perisa rasanya sepi.


ada yang dipandang indah,
namun itu hanyalah mimpi-mimpi indah,
di malam gelita.


lalu akhirnya tersedar,
mana si manisku tadi?
mana pengikutku yang memuji?
mana hartaku yang bertimba?


semua indah kembali sepi,
kerana hati yang telah mati,
bukannya buana menjadi sepi.




Twitter
Facebook
gravatar

yang terbaik turun dari langit 4

Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang lepas di sini (klik).



Tanda seterusnya bagi orang yang mendapat taufiq daripada Allah ialah dapat menyebarkan kebaikan dan dakwah kepada Allah S.W.T untuk mengislah(memperbaiki) manusia.



Menyebarkan kebaikan dan dakwah adalah suatu tugas yang sangat mulia dan besar pengertiannya kerana inilah peranan terbesar para rasul apabila Allah mengutuskan mereka kepada manusia untuk menyampaikan risalah murni daripada Allah S.W.T.


Twitter
Facebook
gravatar

yang terbaik turun dari langit 3

Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang lepas di sini (klik).



Selain dapat melakukan amalan soleh, secara khususnya tanda-tanda orang yang mendapat taufiq  juga adalah mendapat ilmu berkenaan agama.



Sabda Nabi kita Muhammad S.A.W,

“Barangsiapa yang Allah mengkehendaki baginya kebaikan, maka Allah akan menjadikan dia fakih (tahu dan amal) dalam urusan agama”

Twitter
Facebook
gravatar

yang terbaik turun dari langit 2



Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang lepas di sini (klik).




Apabila seorang hamba kepada Allah S.W.T mahukan kepada taufiq yang datangnya daripada Allah, tidak dapat tidak dia mestilah mengetahui apakah sebenarnya taufiq ini dan tanda-tanda orang yang mendapatnya.



Mengetahui tanda-tanda orang yang mendapat taufiq adalah diperlukan bagi orang yang menginginkannya kerana melalui tanda-tanda inilah dia akan berusaha untuk mendapatkannya.



Adapun jika tidak Berjaya mendapatkan taufiq sebagaimana yang didapati seperti para sahabat nabi, cukuplah dengan kita meniru perbuatan mereka kerana ulama kita menyebutkan bahawa meniru perbuatan orang yang baik-baik adalah satu kemuliaan.

Twitter
Facebook
gravatar

Yang terbaik turun dari langit 1

Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang lepas di sini (klik).



Taufiq secara umumnya dapat saya sebutkan adalah kemudahan daripada Allah S.W.T yang diberikan kepada hamba-Nya untuk hidup di muka bumi ini sebagai melaksanakan tuntutan kehidupan mereka yang sebenar, iaitu sebagai hamba Allah.

Twitter
Facebook
gravatar

Pengenalan tentang terbaik


Saya pernah mendapat mesej daripada beberapa orang sahabat yang antara lainnya kandungan mesej itu mengandungi nasihat yang pernah disebutkan oleh Sahabat Nabi, Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah.


Kata Sayyidina Ali R.A., sesuatu yang terbaik yang turun dari langit adalah taufiq. Adapun sesuatu yang terbaik yang naik dari bumi adalah ikhlas.

Twitter
Facebook
gravatar

tidak memilih

Entah mengapa, arus gelombang perubahan yang diharap-harapkan kelihatan tidak muncul-muncul. Titik Awal Muharram masih juga gagal menjadi penyambung kepada titik-titik perjalanan kita menuju titian kejayaan, sekalipun seruan kepada kejayaan itu berlangsung saban hari sebanyak lima kali.




Jika tarikh Muharam yang dipilihkan oleh para sahabat nabi sebagai tarikh untuk bermulanya Kalendar Islam ini tidak dijadikan juga sebagai tarikh untuk kita mulakan sebuah lonjakan ke arah perubahan, sedarlah bahawa kita sekarang sedang banyak berlengah.




Bukankah sudah banyak ‘dateline’ yang kita abaikan sebelum ini?


Twitter
Facebook
gravatar

blog jadi mangsa

Sebetulnya, pagi ini saya dijadualkan sebagai pengisi (sebenarnya pengongsi) bagi sesi tazkirah usai program Qiyamullail berjemaah AJKT-HEWI MKKK 2010/2011.



Namun, ketentuan Allah berlaku hingga Dia menangguhkan perkara yang sedemikian menjadi realiti.



Lantaran amanah yang tak tertunai, maka saya berhajat untuk melunaskannya di sini, di blog saya yang tak seberapa ini.



Begini.



Ada orang bertanyakan saya bagaimana mahu mendapatkan ikhlas dalam beramal. Seperti juga saya dan semua sahabat-sahabat di luar sana, persoalan ikhlas dalam amalan sangatlah menjadi perkara untuk diberikan perhatian sewajarnya. (klik)

Twitter
Facebook
gravatar

Tips Blogger Terhebat

Saya andaikan anda telahpun membaca artikel saya yang lepas, artikel bertajuk Entri Ke 100 di sini (klik).



Sehubungan itu, sebagai bonus kerana telah menghasilkan 100 artikel, saya ingin menghadiahkan kepada diri saya dan para pembaca semua tentang artikel kali ini, Tips Blogger Terhebat.



Sebelum itu, saya jelaskan di sini bahawa sungguhpun tajuknya menyebutkan tentang blogger, tetapi artikel ini sebenarnya dihasilkan untuk semua kita, sama ada yang menghasilkan blog ataupun tidak.



Dan kenapa saya katakan tips terhebat? (klik)




Kerana tips ini saya tak pernah dengar mana-mana blogger yang sebut.




Twitter
Facebook
gravatar

Entri ke 100

Alhamdulillah.



Ini adalah entri blog saya yang ke seratus.


Namun, banyakkah jika artikel-artikel yang saya terbitkan di blog ini mencecah ratusan artikel?


Bagi saya tidak banyak kerana untuk seorang blogger, ratusan artikel dalam masa hampir setahun belumlah banyak. Buktinya anda boleh lihat kepada mana-mana pemilik blog yang dikenali sebagai blogger, artikel mereka biasanya melebihi ratusan.


Namun, sedikit atau banyak, apabila kita timbangkannya dengan neraca agama, bilangan itu seakan-akan tidak memberi makna.


Mengapa?


gambar daripada Devianart.com

Twitter
Facebook
gravatar

cintakan dia



Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w : “Wahai Rasulullah, Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku”. Lalu Rasulullah s.a.w berkata : “Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri”. Umar pun berkata : “Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku”. Baginda berkata kepada Umar : “Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!” (Riwayat Muslim)


Jundub Ibn Sufyan r.a menerangkan : Bahawasanya Rasulullah SAW pada suatu hari berada di dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari baginda sudah berdarah. Maka berkatalah Rasulullah SAW : “Engkau hai anak jari tiada lain melainkan anak jari yang telah berdarah dan di jalan Allah apa yang telah engkau deritai”. (Bukhari dan Muslim)



read more...

Twitter
Facebook
gravatar

cara meningkatkan keghairahan



“Ish, takkan ana pulak. Orang lain ramai lagi, pilih orang lain la.” itulah jawapan yang sering kita berikan apabila kita diminta untuk menjadi seseorang yang dipertanggungjawabkan, terutamanya berkenaan dakwah.


Ayat “ana tak layak,” atau ”ana baru lagi” akan menjadi mangsa apabila kita beralasan.
Maka sebelum lebih banyak ayat yang akan menjadi mangsa, ada baiknya kita renungkan semula apa yang difirmankan oleh Allah berkenaan dakwah.


Twitter
Facebook
gravatar

mahu mengubah dunia


Antara kisah-kisah motivasi yang saya pernah dengar, terdapat sebuah cerita menarik berkenaan mengubah dunia.


Ceritanya begini, ada seorang pemuda yang sangat bersemangat untuk mengubah dunia. Sejak mula menginjak usia belasan tahun, dia telah menanam hasrat di dalam dirinya untuk mengubah sistem-sistem hidup manusia di dunia ini supaya manusia dapat hidup lebih aman, lebih bahagia.

gambar dari sini

Twitter
Facebook
gravatar

korban setiap hari


Apabila menyebut tentang Hari Raya Aidiladha, terdapat beberapa potong ayat al-Qur’an yang saya rasakan amat berkait rapat dengannya. Ayat-ayat ini adalah apa yang terkandung di dalam sebutan kita saban hari, yang kita bacakan di dalam Iftitah solat.




"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)". (Al-An'aam 6:79).




Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162)

Pada saya ayat-ayat ini sangat berkait rapat dengan kisah sejarah Aidiladha yang sedang kita rayakan hari ini.



Bagaimana?
rujuk gambar di sini


Twitter
Facebook
gravatar

cara menyusun perancangan

Kata-kata ulama yang sering kita dengar menyebut, kebenaran tanpa perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang


Memandangkan mengetahui langkah untuk mencapai kejayaan adalah sudah separuh daripada mendapatnya, maka di sini kita kongsikan.  

rujuk gambar di sini

Twitter
Facebook
gravatar

berdoalah kerana kekuatan itu milik Allah


ini adalah sedutan artikel saya yang pernah diterbitkan.

                                                 rujuk gambar di sini

Masa saya tingkatan satu di Ma’ahad dulu, antara cerita senior-senior yang saya ingat adalah tentang Azazil, sebelum dia bertukar watak menjadi Iblis.

Diceritakan, pada suatu hari sebelum manusia belum lagi diciptakan, para malaikat mendapat satu berita bahawa dari kalangan mereka para malaikat, akan ada seorang yang menjadi engkar kepada suruhan Allah. 



Twitter
Facebook
gravatar

khabarkan kepadanya


Khabarkan kepadanya,

rujuk gambar di sini


jika rasa ini mampu kukawal seperti langkah kakiku,
nescaya akan kuhalakan rasa ini sekehendak hatiku.

Namun rasa ini adalah ibarat edaran darah,
sekali jantung mengepam, seluruh jasad tersimbah.



Twitter
Facebook
gravatar

terkenang.

Tak dapat tidur nyenyak semalam. Bukan, bukan masalah rindukan kampung halaman. Bukan juga sibuk memikirkan buah hati idaman. Tetapi membelek diri yang semakin jauh dari jalan pedoman.

rujuk gambar di sini

Twitter
Facebook
gravatar

promonolog



Bagaimana harus kumulakan sedang aku tidak ingin semua ini berakhir. 

Namun, akhir adalah hasil berbanding langsung tiada.

Maka di sini kita bermula.


Twitter
Facebook
gravatar

cinta orang beriman



Saya mendapat respon yang kurang positif daripada beberapa orang sahabat apabila menulis beberapa status berkenaan cinta di facebook saya. Bahkan, sejak jauh sebelum itu lagi subjek cinta sering dipandang senget apabila ia diperbincangkan di mana-mana pun. Melayani perkara ini, saya terfikir bahawa perkongsian daripada web iMotivasi agak menarik untuk saya panjangkannya ke sini.

Twitter
Facebook
gravatar

Detik emas merah

Ramadhan sudah hampir berakhir. 


Satu perkara yang kita risaukan adalah, Ramadhan ini berakhir, sedangkan kita tidak berjaya membawa diri kepada sebuah penghijrahan ke arah kebaikan.

Justeru, baki masa yang amat sedikit ini, marilah kita bermuhasabah semula agar detik-detik terakhir kita mengharungi tarbiyah Ramadhan ini, tidak dibazirkan walaupun sesaat, bahkan setiap detik kita mengisinya dengan ibadah dan zikir.

rujuk gambar di sini




Twitter
Facebook
gravatar

bila hati remuk dan fikiran berkecamuk



Kadang-kadang, susahnya kehidupan sangat-sangat membuatkan kita terdesak. Lalu ketika itu ke manakah kita halakan tumpuan? Pada siapa yang kita mohonkan pertolongan? Arah apakah pula yang kita tujukan ketika hati berkecamuk dan fikiran remuk?

                                                  rujuk gambar di sini.


Twitter
Facebook
gravatar

bagaimanakah remaja Muslim bercinta?

Adakah anda bersetuju jika saya katakan begini,

“Tidak perlu mencanangkan cinta kamu kepada manusia kerana dia tidak akan faham betapa luasnya cintamu terhadapnya. Dan tidak perlu menghebohkan cintamu terhadap Pencipta kerana Dia sentiasa tahu betapa sempitnya cintamu itu”.

                                                   rujuk gambar di sini
Bagaimana, apa pendapat anda?

Twitter
Facebook
gravatar

Jika kamu berpuasa hari ini

Jika kamu berpuasa hari ini, maka ada baiknya risalah ini kamu baca dan renungkan.



                                                rujukan gambar di sini

Twitter
Facebook
gravatar

Pembakar semangat



Alhamdulillah! Kita sudah sampai hari ke 11 daripada bulan Ramadhan 1431 H.


Bagaimana? Cemerlangkah kita pada 10 hari Ramadhan yang berlalu?


Andai kata rasa-rasa diri kita tidak cemerlang, mari kita tebus ketidakcemerlangan kita tu pada 20 hari yang berbaki ni.


                                         rujuk gambar di sini



Twitter
Facebook
gravatar

Galau



Ketika hati ditawan, rindu akan menggigitnya.
Namun, hati tertawan pada siapa?
Hati sepertinya jugakah?
Atau Pencipta hati?

                                        rujuk gambar di sini




Twitter
Facebook
gravatar

JADUAL TERKINI MAJLIS TAFAQQUH FIDDIN 1431 H




JADUAL TERKINI MAJLIS TAFAQQUH FIDDIN 1431 H -bermula dari hari ini, Khamis, 19/08/10






Twitter
Facebook
gravatar

jadual kuliah tafaqquh bersama Syeikh Nuruddin


جدول تفقه في الدين مع الشيخ محمد نورالدين مربو
 لبنجري المكي 1431 ه

Twitter
Facebook
gravatar

Ramadhan pertama di Kaherah


Ada sesetengah perkara yang lukisannya tidak cukup warna untuk bercerita, tiada ada dakwat untuk menulisnya dengan aksara, dan tidak mampu bersuara untuk mengucapkannya dengan dengan kata.


Antaranya ialah perkara hari ini dan semalam.


Ramadahan pertama di Kaherah.

Twitter
Facebook
gravatar

sayang ke macam ni?


Saya berbual dengan seorang sahabat tentang kasih sayang, juga tentang bagaimana menghargai kasih sayang yang dikurniakan. Sebelum saya huraikan hasil perbualan kami, saya ingin menyoal anda dengan pertanyaan saya ini.

Soalan saya, kamu fikir, siapakah sebenarnya yang paling sayang kepada kamu?
                                                  rujukan gambar di sini.

Twitter
Facebook
gravatar

Sebelum ramadhan tiba


Pernahkah kita jumpa dalam mana-mana kejohanan sukan, yang menjadi pemenang adalah seorang peserta yang langsung tidak pernah berlatih sukan?
Atau, wujudkah dalam dunia ini, seorang pelajar yang lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan, namun dia tidak pernah melakukan latihan yang diberikan gurunya? Nak sedap lagi, dia bahkan langsung tak pernah belajar, wujudkah?

                                                              rujukan gambar di sini

Twitter
Facebook
gravatar

mohon pandangan

Assalamua'alaikum, (pembaca sila jawab)

Artikel kali ini tak ada catatan apa, sekadar mahu minta pendapat-pendapat orang ramai. Rasanya, semua orang nampak pertukaran template blog ini.


Jadi, sebagai penulis, saya perlu tahu bagaimana keinginan anda terhadap bentuk-bentuk penulisan saya di blog ini. Saya tak mahu jadi seorang penulis yang seronok sendiri. Sekurang-kurangnya, biarlah orang lain seronok walaupun saya tidak. Bukankah erti hidup ini pada memberi?

Twitter
Facebook
gravatar

remaja zaman sekarang







Kata orang, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Kata ulama, pemuda adalah satu cabang daripada cabang-cabang kegilaan. Kata Doktor Fadzilah Kamsah pula, manusia ada 3 peringkat kemiangan, yang terawalnya adalah pada usia 20 tahun.

anak muda, ke mana kamu melangkah?

Twitter
Facebook
gravatar

Nisfu Sya'aban, musyrik dan musyahin

Telah tertutup pintu-pintu rumah daripada menerima tetamu.
Juga,

Telah tertutup hati-hati manusia daripada menerima cinta.
Namun,
Adakah sudah tertutup pintu keampunan Sang Pencipta saat mendengarkan rintihan hati-hati yang merintih?



       Sy'aban, Ramadhan yang menghampiri




Twitter
Facebook
gravatar

rehatkan diri dari dunia



Kita selalu risau tentang jodoh, bimbang tentang rezeki hari esok dan gelisah fikir pasal hari mendatang nak tidur di mana. Tapi kita lupa untuk fikir tentang sesuatu yang lebih penting. Apakah itu?


                          risau sangat kah?

Itulah urusan kita selepas kita mati.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk