mencari Lailatul Qadar | tanda-tanda malam Al-Qadr 2011 yang perlu difahami sebaiknya
Assalamualaikum.
Mengenai mencari malam Al-Qadr dengan melihat kepada tanda-tanda yang wujud pada malam yang bernama Lailatul Qadar tersebut, kita sering mendengar kata orang seperti lihat pada sebelah paginya – tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain.
Sayangnya, kita lebih terfokus mencari dengan melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat.